Renew Auto Insurance
Apakah Perlindungan Yang Diberikan Oleh Insurans Kereta Blog FEatured Image
Insuran360Video Series

Apakah Perlindungan Yang Diberikan Oleh Insurans Kereta?

Apakah Perlindungan Yang Diberikan Oleh Insurans Kereta Blog
1.66KViews

Sama ada anda baru sahaja menyertai kumpulan pemilik kenderaan di negara ini atau tidak mempunyai banyak masa untuk melihat perincian polisi insurans kereta anda, anda mungkin akan mendapati diri anda bertanya:

  1. Apa yang sebenarnya dilindungi oleh insurans kereta saya?
  2. Apakah keistimewaan memiliki perlindungan?
  3. Untuk situasi yang bagaimana saya tidak diinsuranskan?

Anda berbelanja besar untuk perlindungan insurans kereta anda setiap tahun. Bukankah ini masanya untuk anda mengetahui lebih lanjut mengenainya? Tidak mahu berasa tertekan semasa melakukannya? Perkara pertama yang perlu anda tahu semasa mempertimbangkan seluas mana perlindungan insurans kereta anda adalah, ia bergantung sepenuhnya kepada polisi apa yang anda ambil dengan syarikat insurans anda. Ini bermaksud apa yang dilindungi untuk anda dari segi kewangan adalah berkaitan secara langsung dengan mana satu antara tiga jenis pakej insurans utama yang anda ambil untuk kenderaan anda.

Sebagai contoh, jika anda mendapatkan perlindungan Pihak Ketiga, satu-satunya perlindungan yang boleh anda harapkan jika anda terlibat dalam kemalangan yang mengakibatkan kerosakan pada kenderaan, individu atau harta benda orang lain, anda tidak perlu menanggung perbelanjaan tersebut dari poket anda sendiri. Kesannya, jika anda merosakkan kenderaan anda atau diri sendiri dalam kemalangan tersebut, anda perlu menanggung kos tersebut dengan duit sendiri. Bagaimanapun, jika anda menggunakan Perlindungan Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian, anda boleh mengharapkan sedikit perlindungan kewangan daripada syarikat insurans anda.

Compare & Renew Auto Insurance
Savings up to RM300 + Road Tax Deliver To Your Door Step

Mereka bukan sahaja akan menanggung semua perbelanjaan pihak ketiga yang terlibat dalam kemalangan, tapi, anda juga berpeluang mengemukakan tuntutan jika kenderaan anda dicuri atau dirosakkan. Selain itu, jika kenderaan anda terlibat dalam kebakaran, anda tidak perlu menanggung sendiri kos pembaikan atau penggantian. Seperti yang anda jangkakan, Pakej Perlindungan Komprehensif menawarkan rangkaian perlindungan yang lebih luas kepada pelanggan. Selain daripada menguruskan kedua-dua pakej sebelum ini, ia memberikan anda lebih perlindungan kewangan jika kereta anda mengalami kerosakan akibat pelanggaran. Tapi, itu cuma akan berlaku jika anda tidak bersalah. Sekarang anda telah mengetahui semua senario yang dilindungi oleh pelbagai jenis pakej insurans kereta. Berikut merupakan beberapa situasi yang tidak dilindungi oleh polisi insurans standard. Tidak ada insurans kereta yang akan melindungi anda jika ini berlaku;

  1. Kecederaan tubuh atau kematian anda sendiri
  2. Kecederaan atau kematian penumpang anda
  3. Kecurian aksesori yang dipasang pada kenderaan anda
  4. Kerosakkan kereta anda yang disebabkan oleh bencana alam seperti banjir
  5. Kerosakan atau kehilangan kereta anda akibat usang

Dan, sekarang anda telah tahu semua yang dilindungi oleh insurans kereta anda.

Leave a Reply