Renew Auto Insurance
Apakah Jenis Perbezaan Dalam Perlindungan Insurans Auto Blog Featured Image
Insuran360Video Series

Apakah Jenis Perbezaan Dalam Perlindungan Insurans Auto?

Apakah Jenis Perbezaan Dalam Perlindungan Insurans Auto Blog
1.75KViews

Insurans kenderaan merupakan sesuatu yang sangat penting bagi pemandu di negara ini. Lupakan seketika bahawa ia merupakan kewajipan menurut undang-undang bagi membolehkan anda memandu kenderaan anda itu di atas jalan raya, tapi pertimbangkan implikasi kewangannya. Tidak ada siapa pun yang berharap ia akan berlaku, tapi bayangkan sekiranya anda terlibat dalam kemalangan. Tanpa insurans auto, anda perlu menanggung segala kos yang besar itu dari poket anda sendiri! Memiliki insurans merupakan satu bentuk pelindungan kewangan yang dapat membantu sekiranya anda terlibat dalam masalah. Benar, insurans adalah penting. Tapi, jenis insurans yang anda ambil juga sangat penting. Apakah jenis-jenis insurans yang ada untuk anda hari ini? Kenapa penting untuk anda memilih insurans yang tepat? Ketahui tentangnya dan banyak lagi sekarang!

Helo! Saya Yuna, duta jenama Fincrew dan dalam episod Siri Insurans 360 kali ini, anda akan menemui pilihan insurans auto yang tersedia untuk anda serta keperluan setiap satu daripadanya. sebelum kita teruskan, cepat ‘Subscribe’ ke saluran kami dan aktifkan notifikasi. Terdapat beberapa pilihan yang boleh dipilih dari insurans auto yang ada pada hari ini. Perlu diingatkan, skop pelindungan insurans berubah dari polisi ke polisi. Dari pelindungan yang paling sikit, inilah polisi insurans auto yang boleh anda temui!

Perlindungan Pihak Ketiga

Setiap pemilik kenderaan tahu bahawa mereka perlu memiliki insurans sebelum mereka boleh memandu secara bebas. Mereka yang ingin membelanjakan jumlah paling minimum sekadar memenuhi syarat tersebut boleh memilih polisi pelindungan Pihak Ketiga. Seperti namanya, apabila anda memilih pelindungan insurans ini, anda hanya akan diinsuranskan untuk kos pembaikan untuk kenderaan atau harta benda individu lain. Sekadar itu sahaja pelindungan untuk polisi ini. Jika anda mahukan pelindungan yang lebih lagi, anda perlu bersedia untuk mengeluarkan wang yang lebih banyak. Berikut merupakan pilihan lain yang boleh anda ambil:

Perlindungan Pihak Ketiga, Kebakaran Dan Kecurian

Ini boleh dikatakan sebagai pilihan pertengahan yang mana ia sering diambil berat dalam polisi insurans auto. Ia lebih mahal daripada polisi pelindungan sebelum ini, dengan menawarkan skop pelindungan yang lebih luas. Di bawah pelindungan polisi ini, anda bukan sahaja dilindungi dari segi kewangan sekiranya anda merosakkan kenderaan pihak lain, tapi anda turut dilindungi jika kereta anda mengalami kerosakan akibat kebakaran. Sekiranya ada bahagian kereta anda dicuri, atau keseluruhan kereta anda dicuri, insurans ini akan melindungi kerugian anda!

Perlindungan Komprehensif

Ini boleh dikatakan sebagai pelindungan insurans paling mahal yang boleh anda ambil. Namun, ia menawarkan semua ciri pelindungan dalam kedua-dua polisi tadi dengan tambahan pelindungan lain yang lebih banyak. Sebagai contoh, dengan insurans kenderaan komprehensif, jika anda terlibat dalam kemalangan, polisi ini akan merangkumi kos membaiki kereta anda disamping menanggung kos membaiki kenderaan atau harta benda individu lain. Paling menarik, terdapat beberapa pelindungan tambahan yang tak mungkin anda dapat manfaatkan sekiranya anda tidak menggunakan pelan insurans Komprehensif. Akhir sekali, polisi mana pun yang anda pilih, ia perlu dipilih berdasarkan keperluan anda.

Compare & Renew Auto Insurance
Savings up to RM300 + Road Tax Deliver To Your Door Step

 

Leave a Reply