Ia berlaku lebih kerap daripada apa yang anda fikirkan. Anda mempunyai syarikat insurans auto yang sangat bagus kepada anda selama bertahun-tahun. Tiba-tiba, anda mendapati bahawa harganya lebih tinggi daripada yang sepatutnya. Anda tidak dapat mengakses diskaun tertentu atau perkhidmatan mereka sudah tidak sebagus dulu. Walau apa pun, anda sudah tahu sudah tiba waktunya untuk anda bertukar syarikat insurans. Tapi, bagaimana untuk anda melakukannya? Memahami proses ini sangat penting kerana inilah satu-satunya cara anda boleh menukar syarikat insurans dengan betul. Kami akan membimbing anda melalui langkah-langkah yang akan membantu anda untuk mencapai tujuan anda dengan mudah!
Selamat datang! Saya (nama) duta jenama Fincrew. Dalam episod Siri Video Insurans360 kali ini, saya akan berkongsi maklumat penting yang anda perlukan untuk membantu anda membuat pertukaran yang lancar dari syarikat insurans semasa anda kepada syarikat insurans auto terbaik untuk anda! Jadilah yang pertama menonton lebih banyak lagi video berguna seperti ini! Apa yang anda perlu lakukan adalah tekan ikon ‘Subscribe’ dan aktifkan notifikasi supaya anda dapat menonton video hebat kami sebaik sahaja ia dimuat naik. Jika anda sudah melakukannya, berikut merupakan 5 langkah kami untuk membantu anda dalam mendapatkan syarikat insurans serta polisi kenderaan terbaik di luar sana!
Langkah 1- Terokai Dan Pertimbangkanlah Pilihan Baru Terlebih Dahulu
Ambil sedikit masa untuk meneliti pelbagai jenis pelindungan di luar sana. Perkara terakhir yang ingin anda lakukan adalah keluar dari polisi pelindungan yang teruk dan kemudian memilih polisi pelindungan yang lebih teruk lagi. Mencari polisi pelindungan yang tepat akan membaiki semua perkara anda tidak berpuas hati dengan pelindungan semasa anda.
Langkah 2- Pilih Masa Yang Sesuai
Bila berkaitan dengan insurans, masa adalah sangat penting. Oleh sebab anda tidak boleh memandu kenderaan anda tanpa pelindungan insurans anda tidak boleh membuang sahaja polisi semasa anda sebelum mengaktifkan polisi baru. Tempoh polisi insurans juga adalah berbeza-beza, bergantung kepada di mana anda mengambil insurans. Ini merupakan perkara penting yang perlu dipertimbangkan, terutamanya jika anda berpindah dalam tempoh ini. Oleh itu, pastikan anda mencari masa untuk proses menukar syarikat insurans secepatnya.
Langkah 3- Hubungi Syarikat Insurans Semasa Anda
Dalam situasi tertentu, syarikat insurans semasa anda mungkin bersedia untuk berunding bagi memastikan anda kekal bersama mereka. Sebelum menyelesaikan pertukaran tersebut, anda boleh menghubungi syarikat insurans semasa anda untuk menekankan masalah yang anda hadapi. Sekiranya mereka sanggup bertolak ansur, hebat! Jika tidak, pastikan untuk bertanya sekiranya terdapat sebarang penalti apabila menukar pelindungan anda sebelum tarikh ia berakhir.
Langkah 4- Teliti Pilihan Baru Anda Secara Meluas
Setelah melihat pilihan anda dan mencari syarikat insurans kenderaan baru, jangan terburu-buru untuk menandatangani sebarang polisi baru. Pastikan anda meluangkan masa untuk meneliti syarikat insurans baru itu untuk mencari sebarang tanda amaran. Anda juga boleh melihat ulasan tentang syarikat tersebut daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai, mendengar pendapat daripada ahli yang pernah dan sedang diinsuranskan.
Langkah 5- Pastikan Insurans Semasa Anda Dibatalkan Dan Ambil Langkah Terakhir
Jangan membuat sebarang andaian di sini, kerana menjalankan dua polisi insurans penuh secara serentak boleh membawa kepada implikasi undang-undang yang serius. Pastikan anda berhubung dengan syarikat insurans semasa anda dan pastikan mereka telah membatalkan pakej anda secara sah sebelum menandatangani kontrak akhir dengan syarikat insurans baru anda. Sekarang anda telah tahu semua yang perlu anda ketahui untuk menukar syarikat insurans dengan efektif. Jika anda mahukan lebih banyak informasi, tinggalkan kami dengan tanda ‘Like’ dan komen di bawah. Pastikan anda ‘Subscribe’ dan aktifkan notifikasi supaya anda tidak terlepas video menarik dalam siri video Insurans360 ini! Nantikannya!