Renew Auto Insurance
Perbezaan Pelindungan Pihak Pertama Dan Pelindungan Pihak Ketiga Blog Featured Image
Auto Insurance

Apakah Perbezaan Pelindungan Pihak Pertama Dan Pelindungan Pihak Ketiga

Perbezaan Pelindungan Pihak Pertama Dan Pelindungan Pihak Ketiga Blog
3.21KViews

Bagi pemilik-pemilik kenderaan bermotor di Malaysia, anda pasti sudah biasa mendengar tentang pelindungan ‘first party’ (pihak pertama) dan juga ‘third party’ (pihak ketiga). Anda pasti sedar bahawa harga premium untuk kedua-dua jenis pelindungan ini adalah berbeza-beza. Jadi, tentu dari segi khidmat yang diberikan juga adalah berbeza. Tetapi tahukah anda apakah perbezaan di antara dua jenis pelindungan ini?

Perbezaan Lain Di Antara Dua Jenis Pelindungan Ini

1. Kerugian

Secara umumnya, pelindungan pihak pertama akan menanggung hampir kesemua kerugian yang di alami oleh kereta anda sekiranya berlaku kemalangan tidak kiralah anda yang melanggar orang itu, atau anda yang dilanggar. Jika anda yang dilanggar, anda boleh membuat tuntutan pihak ketiga kecuali untuk kes langgar lari. Anda juga masih boleh membuat tuntutan sekiranya kemalangan tersebut berlaku disebabkan kecuaian anda sendiri. Contohnya kemalangan tersebut berlaku disebabkan anda tertidur atau sedang menggunakan telefon bimbit. Pelindungan pihak ketiga pula merupakan, pelindungan yang paling asas yang wajib diambil oleh setiap kenderaan di Malaysia. Tetapi pelindungan pihak ketiga ini cuma akan menanggung kos kerugian yang dialami oleh pihak lain di dalam kemalangan tersebut. Katakanlah anda mengalami kemalangan, kos baik pulih yang dialami oleh pihak satu lagi akan ditanggung oleh syarikat insurans anda. Untuk kerugian yang anda alami pula, anda harus mengeluarkan duit poket anda sendiri.

2. Trak Tunda / Road Assistance

Untuk pelindungan pihak pertama, syarikat insurans akan memberikan pelindungan kepada anda sekiranya anda kenderaan anda rosak akibat kemalangan atau pun mengalami masalah enjin dan juga tayar. Mereka akan menghantar bantuan trak tunda atau ‘road assistance’ ke lokasi kejadian untuk membantu menyelesaikan masalah anda. Semua kos baik pulih serta upah trak tunda ini akan ditanggung sepenuhnya oleh polisi insurans anda. Tetapi bagi pelindungan pihak ketiga pula, pemilik insurans tidak akan menerima manfaat seperti ini. Sekiranya berlaku kemalangan atau kerosakan, segala kos untuk mengupah trak tunda atau kos baik pulih, perlu ditanggung sendiri oleh pemilik polisi. Tetapi ada juga sesetengah syarikat insurans yang menawarkan khidmat trak tunda kepada pemilik polisi pelindungan pihak ketiga. Namun begitu, pemilik polisi masih perlu membuat bayaran tertentu.

Ada juga yang memberikan manfaat servis trak tunda dengan syarat pemilik insurans perlu melanggan polisi ‘Driver Passenger Accident’. Apa-apa pun, anda boleh merujuk terus kepada syarikat insurans untuk mendapatkan kepastian tentang manfaat ini.

3. Pelindungan Tambahan

Polisi insurans kenderaan pihak pertama memberikan pelindungan yang lebih menyeluruh kepada pemegang polisi. Sebagai contoh, mereka yang mengambil polisi insurans pihak pertama boleh memohon pelindungan tambahan daripada banjir, rusuhan, cermin hadapan dan banyak lagi. Untuk pemegang polisi pelindungan pihak ketiga pula, pelindungan yang diberikan adalah terhad. Sebagai contoh, untuk kes banjir dan juga kerosakan cermin kenderaan, pemilik tidak boleh membuat tuntutan kepada syarikat insurans. Ini bermakna segala kos perlu ditanggung sendiri oleh pemilik kenderaan. Disebabkan oleh perbezaan ini, anda akan mendapati insurans pihak ketiga lebih murah berbanding dengan insurans pihak pertama. Tetapi dari segi pelindungan yang ditawarkan, tentulah polisi insurans pertama lebih baik. Terdapat satu lagi jenis pelindungan insurans kenderaan yang ada di Malaysia iaitu pelindungan insurans kenderaan komprehensif yang menawarkan pelindungan paling menyeluruh kepada pemilik kenderaan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman web Fincrew yang memberikan peluang kepada anda mencari polisi insurans terbaik mengikut kemampuan anda. Seperti yang kita semua sedia maklum, kos untuk membaik pulih kenderaan adalah tinggi. Jadi, tidak salah untuk melabur lebih bagi menjamin kewangan anda di masa hadapan.

Leave a Reply