Renew Auto Insurance
Apa Yang Perlu Anda Lakukan Sekiranya Anda Mengalami Kemalangan Blog Featured Image
Auto InsuranceDriver Guides

Apa Yang Perlu Anda Lakukan Sekiranya Anda Mengalami Kemalangan

Apa Yang Perlu Anda Lakukan Sekiranya Anda Mengalami Kemalangan Blog
3.21KViews

Kata orang, malang itu tidak berbau. Di saat kita memandu dengan berhari-hati dan berhemah pun, kita masih lagi berpotensi untuk terlibat dalam kemalangan. Jika berlaku kemalangan, kebanyakan pemandu selalunya akan berasa panik dan tidak tahu apa yang harus mereka lakukan. Jadi, setiap pemandu perlu bersedia dari segi mental dan mengetahui serba sedikit langkah-langkah yang perlu dilakukan sekiranya terpaksa berhadapan dengan situasi ini. Jika anda tahu apa yang perlu anda lakukan, sekurang-kurangnya ia akan mengurangkan rasa panik dalam diri dan memudahkan anda untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu anda lakukan sekiranya terlibat dalam kemalangan jalan raya.

1. Periksa Diri Dan Persekitaran

Perkara pertama sekali yang perlu anda lakukan sekiranya terlibat dalam kemalangan adalah jangan panik dan periksa tubuh badan anda untuk melihat sekiranya anda mengalami sebarang kecederaan. Kemudian lihat persekitaran anda. Jika mampu, dan keadaan sekeliling anda selamat, cuba alihkan kenderaan anda ke kawasan yang lebih selamat dan buka ‘hazard lamp’. Jika kenderaan anda tidak boleh digerakkan ke tempat lain dan anda berada ditengah-tengah lebuh raya yang sibuk, keluar dari kenderaan dan tunggu di tempat yang selamat. Sekiranya anda tersekat di dalam kenderaan dan tidak dapat keluar dari kenderaan tersebut dan tunggu bantuan tiba. Perlu diingatkan, anda perlu berhati-hati dalam menerima bantuan pihak yang tidak dikenali. Ini kerana terdapat banyak kes, mangsa kemalangan menjadi mangsa khidmat trak tunda. Sebaiknya tunda sehingga rakan anda tiba atau hubungi saya khidmat ‘road assistance’ yang disediakan oleh syarikat insurans anda. Jangan lupa untuk mencatat nombor pendaftaran trak tunda, nama pemandu dan juga nombor telefon pemandu trak tunda tersebut.

2. Bertenang Dan Jangan Panik

Dalam keadaan ini, anda perlu cuba bertenang dan jangan panik. Untuk kes yang agak serius, telefon khidmat ‘road assistance’ bagi membantu anda. Terangkan situasi anda kepada mereka dan tunggu sehingga bantuan tiba. Untuk pengetahuan anda, khidmat ‘road assistance’ ini tidak terhad kepada kes-kes kemalangan sahaja. Ia turut menawarkan khidmat untuk membantu sekiranya kenderaan anda rosak atau pun tayar pancit. Mereka juga akan menghantar mekanik untuk membaiki kerosakan tersebut.

3. Kumpulkan Bahan Bukti

Catat masa serta lokasi di mana kemalangan tersebut berlaku. Ambil gambar kemalangan serta sebarang kerosakan yang dialami oleh kenderaan anda dan juga kenderaan lain yang terlibat. Dapatkan juga nombor telefon, nombor lesen memandu, nombor kenderaan tersebut, nombor plat kenderaan dan juga maklumat syarikat insurans. Jangan sesekali mengaku sebagai punca kemalangan, bersetuju menyelesaikan kes dengan tawaran wang atau menandatangani apa-apa dokumen. Ini akan menyebabkan anda gagal untuk mendapatkan tuntutan insurans nanti.

4. Buat Laporan Polis

Segeralah pergi ke balai polis untuk melaporkan kejadian kemalangan tersebut. Pastikan laporan dibuat dalam tempoh kurang 24 jam setelah kemalangan berlaku, Jika tidak, anda boleh didenda.

5. Hubungi Syarikat Insurans Anda

Setelah itu, anda perlu segera menghubungi pihak insurans anda bagi memulakan proses membuat tuntutan kerugian. Anda perlu membuat memulakan proses tuntutan ini dalam masa 7 hari setelah kemalangan tersebut berlaku Jangan lupa untuk membawa bersama segala dokumen yang diperlukan seperti salinan laporan polis, salinan kad pengenalan, bukti kemalangan dan sebagainya. Kemudian anda boleh membawa kenderaan anda itu ke bengkel panel syarikat insurans tersebut untuk dibaiki. Mereka akan menilai kos kerosakan sebelum mempertimbangan bayaran pampasan yang akan diberikan kepada anda. Proses ini mungkin akan memakan masa terutamanya jika kerosakan yang dialami adalah serius. Jadi bersedia untuk mendahulukan duit anda untuk menanggung kos kerosakan tersebut.

Untuk mendapatkan pelan insurans kenderaan terbaik, lawatilah laman web Fincrew.my. Ini bagi memastikan anda sentiasa dilindungi dari kejadian yang tidak diingini seperti di atas.

Leave a Reply