Renew Auto Insurance
Jenis-jenis Pelindungan Insurans Kenderaan Blog Featured Image
Auto Insurance

Jenis-jenis Pelindungan Insurans Kenderaan

Jenis-jenis Pelindungan Insurans Kenderaan Blog
2.41KViews

Polisi insurans kenderaan akan melindungi pemilik kenderaan daripada liabiliti kewangan sekiranya berlaku kemalangan jalan raya dan juga musibah lain seperti kecurian dan juga kebakaran. Sesuatu pelindungan insurans itu akan bergantung kepada polisi yang anda pilih. Terdapat tiga jenis pelindungan asas bagi insurans kenderaan. Mari kita lihat apa yang mereka tawarkan dan pelan mana yang paling sesuai mengikut keperluan anda.

Join Fincrew Official Telegram Channel

Insurans Kenderaan Pihak Ketiga

Polisi motor pihak ketiga merupakan pilihan pertama yang tersedia untuk sesiapa yang ingin menginsuranskan kenderaan mereka. Seperti namanya, pelan ini akan melindungi anda sekiranya berlaku kerosakan harta benda dan juga kecederaan kepada pihak ketiga. Jika anda terlibat dalam kemalangan jalan raya, polisi ini akan memberikan pelindungan kewangan untuk sebarang kecederaan atau kerosakan yang dialami oleh pihak ketiga. Walaupun ini merupakan polisi yang paling murah, perlu diingatkan ianya hanya akan memberikan pelindungan yang penting sahaja. Kenapa anda perlu memilih pelan ini: Polisi motor pihak ketiga merupakan satu idea yang paling baik untuk pemandu yang tidak menghabiskan banyak masa memandu kenderaan mereka.

Insurans Kenderaan Pihak Ketiga, Kecurian Dan Kebakaran

Polisi insurans jenis ini agak rumit sedikit kerana ia memberi pelindungan bagi pelbagai kemungkinan. Berikut merupakan cara pelan insurans ini akan melindungi anda:

  1. Kerosakan harta benda dan kecederaan pihak ketiga – Jika anda terlibat dalam kemalangan, sebarang liabiliti untuk pihak ketiga yang terlibat akan dilindungi oleh pelan ini.
  2. Kebakaran – Jika berlaku kebakaran yang bukan disebabkan oleh anda, di mana kereta anda mengalami kerosakan, polisi ini akan melindungi anda.
  3. Kecurian – Kecurian kenderaan merupakan satu perkara biasa, jadi polisi ini akan memberikan ketenangan fikiran. Ia menawarkan pelindungan kewangan sekiranya kenderaan anda dicuri.

Walaupun tidak begitu menyeluruh, pelan ini menawarkan pelindungan yang lebih baik berbanding dengan polisi asas insurans pihak ketiga. Kenapa anda perlu memilih pelan ini: Ini merupakan pilihan terbaik untuk mereka yang mahukan pelindungan daripada kecurian dan kebakaran, tetapi tidak mahu pelan yang paling mahal.

Join Fincrew Official Youtube Channel

Insurans Kenderaan Komprehensif

Seperti juga namanya, pelan komprehensif ini menawarkan pelindungan secara menyeluruh kepada pemilik kenderaan. Jika anda memilih pelan ini, ia merangkumi kedua-dua pihak iaitu pihak ketiga dan juga kenderaan anda yang terlibat dalam kemalangan tersebut. Anda juga boleh memohon pampasan untuk masa di mana anda tidak menggunakan kenderaan anda itu. Polisi insurans motor komprehensif ini juga turut menawarkan pelindungan kewangan untuk kes kecurian dan kebakaran. Syaratnya, kebakaran tersebut adalah akibat kemalangan dan anda tidak dipertanggungjawabkan atas kecurian yang berlaku itu. Kenapa anda perlu memilih pelan ini: Ia menawarkan pelindungan menyeluruh, menjadikan ianya sesuai untuk pemandu yang memandu kereta mereka setiap hari.

Manakah Insurans Kenderaan Yang Terbaik Untuk Anda?

Walaupun segalanya bergantung kepada keputusan anda, insurans kenderaan komprehensif akan menawarkan pelindungan yang lebih menyeluruh. Anda juga boleh menyesuaikan polisi anda dengan mengambil pelindungan tambahan. Ini termasuklah premium berikut:

  1. Kemalangan diri – Ia akan memberikan pelindungan kecederaan kepada anda atau penumpang.
  2. Pampasan untuk tempoh pembaikan yang dianggarkan – Jika anda tidak menggunakan untuk suatu tempoh tertentu, anda mungkin berhak untuk mendapatkan pampasan.
  3. Cermin depan – Cermin hadapan anda mungkin pecah tanpa sebab yang jelas. Jika ini berlaku bukan disebabkan oleh kemalangan jalan raya, tambahan ini akan memberikan pelindungan kewangan.
  4. Liabiliti penumpang di sisi perundangan – Pihak ketiga mungkin akan membuat tuntutan terhadap anda kerana kecederaan yang disebabkan oleh penumpang di dalam kenderaan anda. Sebagai alternatif, penumpang anda mungkin akan menuntut anda atas kerosakan yang mereka alami dalam kemalangan tersebut. Anda akan mendapat pelindungan kewangan sekiranya ini berlaku.
  5. Banjir – Jika kenderaan anda mengalami kerosakan akibat banjir, anda akan menikmati pelindungan kewangan.

Leave a Reply