Kita semua tentu sudah tahu apa yang boleh diharapkan pelbagai polisi insurans kereta sekiranya kita terlibat dalam kemalangan atau kenderaan tersebut dicuri atau rosak. Tapi, bagaimana pula dengan perkara-perkara kecil? Bolehkah insurans kereta merangkumi kos perbelanjaan seperti tayar yang rosak? Ketahui tentangnya dan banyak lagi dalam episod hari ini dari siri Video Insurans360!
Selamat datang! Saya duta jenama Fincrew (nama). Setiap Ringgit dikira! Ketahui jika anda dilindungi bagi kerosakan tayar serta kos kecil lain akan benar-benar membantu mengurangkan apa yang perlu anda bayar dari poket sendiri. Siri Insurans360 memberi penerangan tentang aspek-aspek yang kurang diketahui dalam dunia insurans kereta. Belajar tip dan nasihat berguna bila anda ‘Subscribe’ saluran kami dan aktifkan notifikasi untuk menerima video terbaru dari kami. Jika anda sudah melakukannya, mari kita lihat isi dari video hari ini.
Polisi Insurans Kereta Menanggung Kerosakan Tayar?
Sama ada anda dilindungi kerana kerosakan tayar atau tidak, ia bergantung pada beberapa faktor. Sebagai permulaan, hanya polisi Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian serta polisi insurans kereta komprehesif akan menerima faedah seperti ini. Polisi insurans paling asas iaitu polisi Pihak Ketiga tidak merangkumi apa-apa jenis pembaikan pada kereta anda. Selain itu, walaupun dengan polisi Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian serta polisi kenderaan Komprehensif, anda masih perlu meneliti secara terperinci mengenai spesifikasi polisi pelindungan anda bagi melihat dengan tepat apa pelindungan anda, di mana isu seperti kerosakan tayar kenderaan anda itu akan diambil kira.
Sebagai contoh, jika lokasi geografi anda mempunyai banyak lubang dan keadaan jalan yang teruk dipertimbangkan semasa anda mengambil polisi, pelindungan seperti insurans Komprehensif akan membayar pampasan jika lubang jalan merosakkan tayar anda. Seperti yang kami telah terangkan, situasi di mana tayar rosak telah mempengaruhi sama ada insurans akan menanggung perbelanjaan tersebut atau pun tidak. Satu lagi contoh, tayar anda boleh rosak akibat kebakaran. Dalam keadaan seperti ini, polisi pelindungan Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian akan membayar untuk pembaikan tersebut, sekiranya anda memfailkan tuntutan. Sama juga jika tayar kereta anda di toreh atau dicuri, anda akan dibayar balik oleh syarikat insurans bagi membaiki atau menggantikan barang-barang ini jika anda menggunakan polisi insurans kereta Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian atau polisi Komprehensif.
Ini disebabkan kedua-dua polisi ini membuat peruntukan untuk melindungi kerosakan untuk situasi yang tidak melibatkan perlanggaran. Oleh itu, dengan syarat tayar anda rosak disebabkan situasi yang dijelaskan tadi, Polisi insurans kereta Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian dan juga polisi Komprehensif akan memastikan anda tidak perlu mengeluarkan duit anda untuk membaiki kerosakan tersebut. Tapi, jika kerosakan tersebut berlaku disebabkan masalah haus, anda perlu mengambil tanggungjawab kewangan untuk menggantikannya sendiri tanpa mengira polisi mana yang anda ambil. Prinsip yang sama juga diguna pakai apabila tayar kereta anda rosak disebabkan melanggar objek tajam. Ingat bahawa beberapa syarikat insurans mungkin menawarkan pakej-pakej tambahan yang boleh anda ambil yang akan memberikan pelindungan kepada anda untuk situasi seperti ini.