Renew Auto Insurance
Membuat Tuntutan No Fault Own Damage Blog Featured Image
Auto InsuranceDriver Guides

Membuat Tuntutan No Fault Own Damage

Membuat Tuntutan No Fault Own Damage Blog
5.25KViews

Kerosakan akibat kemalangan bukan hanya berlaku apabila anda sedang memandu di atas jalan raya sahaja. Kemalangan juga boleh berlaku walaupun anda tidak memandu kenderaan anda itu. Contohnya, kenderaan lain melanggar kereta anda dalam keadaan kereta anda itu berada di tempat parkir. Jika ini berlaku, apa yang boleh anda lakukan? Kos nak membaiki bahagian yang kemik atau calar bukannya murah. Bolehkah anda membuat tuntutan kepada pihak insurans?

Compare and renew car insurance with fincrew

1. Siapa Yang Langgar?

Perkara pertama yang perlu anda lakukan apabila berdepan dengan situasi ini adalah, periksa dahulu cermin hadapan kereta anda. Lihat sama ada terdapat sebarang nombor telefon atau pun kad nama diselitkan pada wiper. Kalau anda bernasib baik, anda boleh menyelesaikan hal ini secara baik diluar mahkamah atau terus membuat tuntutan insurans daripada pelaku tersebut.

2. Tidak Tahu Siapa Pelaku?

Bagi kebanyakan kes, pelaku selalunya akan terus melarikan diri setelah melakukan kerosakan. Jadi, anda tidak tahu siapa yang menyebabkan kereta anda kemik atau calar. Jika ini berlaku, anda boleh memfailkan ‘No Fault Own Damage’ (NFOC) dari syarikat insurans anda. Adakah ini akan menyebabkan anda kehilangan ‘No Claim Bonus’ dalam polisi insurans? Jawapannya, tidak. Ini kerana kemalangan yang berlaku ini bukan disebabkan oleh salah anda.

3. Hubungi Syarikat Insurans

Anda perlu membuat laporan kepada pihak polis dalam tempoh 4 jam setelah anda sedar tentang kerosakan tersebut. Setelah itu, barulah anda membuat laporan kepada syarikat insurans anda dan menghantar kenderaan anda ke bengkel panel yang terdekat. Pastikan anda menghantar kereta anda ke bengkel panel insurans untuk memastikan tuntutan anda berjaya. Dokumen yang diperlukan untuk memfailkan tuntutan No Fault Own Damage (NFOC) adalah :

  • Tuntutan rasmi daripada syarikat insurans
  • Salinan asal laporan polis
  • Salinan asal hasil siasatan polis
  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan lesen
  • Kad pendaftaran kenderaan terkini
  • Resit bagi kos pembaikan
  • Gambar kerosakan kenderaan sewaktu kemalangan tersebut berlaku (jika ada)

4. Ketahui Kos Baik Pulih

Setiap bengkel panel akan mempunyai pelaras kerugian berlesen bebas (independent licensed adjuster) yang akan menilai segala kos kerosakan yang dialami akibat kemalangan tersebut. Kemudian mereka akan mengeluarkan laporan kerugian untuk kenderaan anda. Jadi, simpan laporan ini untuk rujukan pihak insurans. Pelaras kerugian ini juga boleh membuat anggaran tempoh masa bagi menyiapkan kenderaan anda. Ini dipanggil ‘Compensation for the Actual Repair Time’ (CART) dan anda boleh tuntut dari syarikat insurans. Ia biasanya akan mengambil masa di antara satu ke dua minggu sebelum laporan tuntutan ini diluluskan. Jadi anda terpaksa menggunakan duit anda sendiri untuk menanggung kos kerosakan sebelum anda berjaya mendapatkan pampasan dari syarikat insurans.

5. Tidak Bertangguh

Jangan berlengah untuk melaporkan tuntutan kepada syarikat insurans. Lebih lama anda tangguh, lebih lambat anda akan mendapat pampasan yang sepatutnya. Jika perlu, anda boleh menghubungi terus syarikat insurans anda untuk memahami prosedur yang harus anda lakukan bagi menyiapkan dokumen yang diperlukan secepat mungkin. Kalau anda mempunyai kenderaan lain, mungkin anda tidak akan begitu terkesan. Tetapi sekiranya itu adalah satu-satunya kenderaan untuk anda berulang-alik ke tempat kerja, menghantar anak ke sekolah dan lain-lain, ia pasti akan menyukarkan hidup anda. Anda mungkin terpaksa mengeluarkan belanja lebih untuk menggunakan pengangkutan awam atau Grab.

Malang itu tidak berbau, tetapi kita boleh mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan masalah yang lebih besar. Contohnya dengan mengambil pelindungan insurans kenderaan komprehensif. Anda boleh mula membandingkan sebut harga insurans kenderaan di Fincrew.my. Laman ini mempunyai pelbagai polisi insurans dari syarikat insurans yang berbeza. Anda juga boleh memperbaharui insurans kenderaan dan cukai jalan di sini dengan percuma. Menarik bukan?

Leave a Reply