Renew Auto Insurance
Langkah-langkah Penting Semasa Mengemukakan Tuntutan Insurans Kereta Blog Featured Image
Insuran360Video Series

Langkah-langkah Penting Semasa Mengemukakan Tuntutan Insurans Kereta

Langkah-langkah Penting Semasa Mengemukakan Tuntutan Insurans Kereta Blog
1.3KViews

Mengikut statistik, pemandu yang paling berhati-hati pun akan terlibat dalam kemalangan kenderaan sekurang-kurangnya sekali dalam sejarah pemanduan mereka. Adakah anda tahu apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kejadian buruk? Kesalahan apa yang harus anda hindari dalam proses mengemukakan tuntutan insurans kenderaan anda? Teruskan menonton untuk mengetahui maklumat tentang ini danncd banyak lagi!

Hai! Saya Yuna duta jenama Fincrew, dan dalam video ini saya akan menunjukkan kepada anda bagaimana untuk berjaya dalam proses mengemukakan tuntutan insurans untuk kenderaan anda! Adakah anda ingin berjimat dalam insurans kenderaan? Jadi, anda tidak boleh ketinggalan walau satu video dalam siri Video Insurans360 kami! Cukup sekadar klik butang ‘Subscribe’ dan aktifkan notifikasi supaya anda dapat menonton semua video terdahulu dan mengakses video akan datang dari kami sebaik sahaja ia dimuat naik! Sekarang, sudah selesai semuanya, mari kita mulakan.

Hari ini di negara ini, anda boleh menuntut salah satu daripada dua jenis insurans ini. Anda boleh mengemukakan Tuntutan Kerosakan Sendiri atau tuntutan Pihak Ketiga bergantung pada jenis kemalangan. Berikut merupakan penerangan ringkas bagaimana anda boleh mengemukakan tuntutan tersebut!

Tuntutan Insurans Kerosakan Sendiri

Penting untuk diingatkan bahawa anda tidak boleh mengemukakan tuntutan ini terhadap mana-mana sahaja pelindungan insurans kenderaan. Anda mesti memiliki polisi insurans kenderaan komprehensif sekiranya kemalangan tersebut berlaku bukan diakibatkan oleh anda. Tapi, anda mungkin akan kehilangan hak istimewa Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD). Berikut merupakan cara bagaimana proses ini berjalan. Pertama, anda perlu:

Hubungi Syarikat Insurans Anda

Lebih cepat anda lakukannya, lebih baik. Ini kerana mereka bertanggungjawab untuk memberitahu anda langkah-langkah seterusnya yang perlu anda ambil termasuk bengkel mana harus anda bawa kenderaan anda itu untuk dibaiki. Lebih cepat anda lakukannya, lebih cepat kenderaan anda itu bakal kembali ke jalan raya.

Failkan Laporan Polis

Langkah ini sangat penting dan anda perlu peka dengan masa. Anda akan didenda sekiranya tidak melakukannya semasa diminta! Pastikan anda menghubungi polis selewat-lewatnya dalam tempoh 24 jam setelah kemalangan berlaku!

Dokumenkan Kemalangan Tersebut

Ambil bukti fotografi semua kenderaan yang terlibat dalam kemalangan, kumpulkan maklumat lesen, perincian plat kenderaan, dan semua maklumat lain yang berkaitan.

Sediakan Dokumen Berkaitan

Di bengkel yang telah ditentukan, anda akan diminta untuk melampirkan dokumen tertentu. Sebahagiannya merangkumi salinan asli laporan polis dan laporan penyiasatan anda, borang tuntutan daripada syarikat insurans anda, bil pembaikan, kad pengenalan anda dan pihak ketiga. Anda juga akan diminta untuk menyerahkan dokumen yang sama kepada syarikat insurans anda dan juga entiti lain yang diperlukan.

Compare & Renew Auto Insurance
Savings up to RM300 + Road Tax Deliver To Your Door Step

Tuntutan Insurans Pihak Ketiga

Setelah anda membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam, anda juga mesti:

Menyediakan Dokumen Yang Diperlukan Untuk Tuntutan Pihak Ketiga

Secara asasnya, ia merangkumi dokumen seperti gambar kenderaan anda yang rosak, plat lesen, dan nombor plat kereta.

Pindahkan Kenderaan Anda Ke Bengkel Insurans Pihak Ketiga

Langkah ini juga sangat menitik beratkan soal masa. Pastikan anda memindahkan kenderaan anda ke bengkel pembaikan pihak ketiga yang ditetapkan sebaik sahaja kemalangan berlaku dengan secepat mungkin.

Dapatkan ‘Adjuster’ Bebrlesen Untuk Menilai Kerugian

Anda juga perlu membawa ‘adjuster’ berlesen untuk membantu anda menilai kos pembaikan dan Pampasan untuk Waktu Pembaikan yang Dinilai atau CART.

Kumpulkan Semua Dokumen Yang Berkaitan

Fail-fail ini merangkumi item asal seperti salinan asal laporan polis dan laporan penyiasatan anda, borang tuntutan dari syarikat insurans anda, bil pembaikan, kad pengenalan anda dan juga pihak ketiga serta laporan keputusan yang diberikan polis kepada anda.

Dengan ini, anda boleh mengemukakan tuntutan ganti rugi khas dan am untuk menampung semua perbelanjaan akibat kemalangan tersebut. Sekiranya anda ingin menonton lebih banyak lagi video bermanfaat seperti ini, jangan lupa untuk ‘Like’ video ini ‘Subscribe’ dan aktifkan notifikasi. Jadi anda akan dapat menonton video akan datang kami dengan segera! Terima kasih kerana menonton!

Leave a Reply