Renew Auto Insurance
Kenapa Insurans Kereta Sangat Penting Untuk Setiap Pemandu Di Malaysia Blog Featured Image
Auto Insurance

Kenapa Insurans Kereta Sangat Penting Untuk Setiap Pemandu Di Malaysia?

Kenapa Insurans Kereta Sangat Penting Untuk Setiap Pemandu Di Malaysia Blog
2.07KViews

Bagi para pemilik kereta, pasti ramai yang selalu mengeluh sewaktu sampai masa untuk memperbaharui insurans kenderaan masing-masing. Iyalah, harga premium insurans kereta bukanlah murah. Tambah lagi jika anda mengambil polisi yang menawarkan pelindungan yang lebih baik seperti pelindungan insurans komprehensif. Sudahlah anda diwajibkan untuk memperbaharui insurans tersebut setiap tahun bersama dengan cukai jalan. Kadang-kadang bila duit pun tengah kurang, pasti ada juga yang merungut kenapalah, setiap pemilik kereta diwajibkan untuk mengambil polisi insurans kenderaan bukan? Mari kami kongsikan kepada anda apa yang perlu anda tahu tentang insurans kereta, dan kenapa ianya penting untuk para pemandu.

Compare & Renew Auto Insurance
Savings up to RM300 + Road Tax Deliver To Your Door Step

1. Diwajibkan Kerajaan

Anda tentu tahu bahawa, setiap pemilik kereta diwajibkan untuk mendapatkan pelindungan insurans kenderaan setiap kali ingin memperbaharui cukai jalan mereka. Anda tidak boleh memperbaharui cukai jalan sekiranya anda tidak mempunyai pelindungan insurans kenderaan. Jadi, bagi yang mungkin tengah mempunyai masalah kewangan atau pun jarang menggunakan kereta tersebut, mereka akan membeli sekurang-kurangnya pelan insurans pihak ketiga supaya mereka dapat memperbaharui cukai jalan.

2. Melindungi Pemandu Daripada Sebarang Kemungkinan Di Atas Jalan Raya

Insurans kereta sangat penting bagi memberikan pemandu pelindungan daripada sebarang kemungkinan buruk yang mungkin akan berlaku. Contohnya seperti kemalangan, kecurian mahupun kebakaran. Jika berlaku sebarang kejadian tidak diingini seperti di atas, pihak insurans akan memberikan pampasan ke atas kerosakan yang dialami oleh anda atau pihak lain dalam kemalangan tersebut. Tetapi, jenis tuntutan yang akan diberikan adalah berbeza-beza mengikut jenis pelindungan yang diambil oleh pemilik kenderaan tersebut. Sebagai contoh, jika anda memilih untuk mendapatkan pelindungan insurans pihak ketiga, syarikat insurans tidak akan menanggung kerugian atas kerosakan yang dialami oleh kereta anda, sebaliknya hanya akan membayar pampasan kepada pihak lain yang anda langgar itu. Kalau anda tidak pasti, jenis pelindungan yang membolehkan anda membuat tuntutan kepada syarikat insurans, anda boleh terus berhubung dengan ejen insurans kereta anda. Jadi, senang cerita, insurans kenderaan ini akan membantu menyelamatkan duit poket anda daripada membayar kos baik pulih kenderaan yang boleh mencecah ribuan ringgit.

3. Jenis Insurans Yang Boleh Dipilih

Pemilihan pelan insurans yang tepat sangat penting supaya anda menerima pelindungan yang sesuai dengan keperluan anda. Di Malaysia, terdapat tiga jenis pelindungan insurans yang boleh anda pilih iaitu polisi pihak ketiga, polisi pihak ketiga, kebakaran dan kecurian serta polisi komprehensif. Ketiga-tiga jenis polisi ini memberikan tahap pelindungan yang berbeza-beza. Pelindungan yang paling asas dan murah adalah polisi insurans pihak ketiga. Manakala yang paling mahal serta menawarkan pelindungan yang menyeluruh kepada pemandu dan juga mangsa lain dalam kemalangan tersebut adalah polisi pelindungan komprehensif.
Pemilik kereta juga masih boleh menambah beberapa lagi pelindungan yang dirasakan perlu di dalam polisi insurans komprehensif ini, sebagai contoh, pelindungan untuk cermin hadapan kenderaan serta pelindungan dari kecurian aksesori.

4. Boleh Dikenakan Penalti

Mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, anda boleh dikenakan sehingga RM1,000 serta tiga tahun penjara sekiranya anda ditangkap memandu tanpa insurans kenderaan. Disebabkan anda tidak dapat memperbaharui cukai jalan tanpa insurans kenderaan, anda akan dikenakan tambahan denda sehingga RM3,000. Banyak bukan? Jadi pilih, nak bayar denda sampai beribu ringgit atau nak perbaharui sahaja insurans?

Fincrew Roadtax Calculator
Roadtax Calculator

Sekarang anda pasti sudah nampak betapa pentingnya untuk mengambil polisi insurans kereta bukan? Jika anda risau tidak tahu mahu memilih polisi insurans yang tepat, anda boleh layari laman perbandingan insurans Fincrew. Anda boleh membandingkan sebut harga yang ditawarkan oleh pelbagai syarikat insurans yang anda di Malaysia. Ini memberikan peluang kepada anda untuk memilih pelan insurans yang sesuai dengan bajet masing-masing.

Leave a Reply