Renew Auto Insurance
Bagaimana caranya untuk memilih syarikat insurans auto Blog Featured Image
Insuran360Video Series

Bagaimana caranya untuk memilih syarikat insurans auto?

Bagaimana caranya untuk memilih syarikat insurans auto Blog
1.77KViews

Dalam dunia hari ini, banyak syarikat insurans telah mula memanfaatkan jurang pengetahuan sebahagian besar pihak yang diinsuranskan untuk mendapatkan lebih keuntungan daripada mereka. Ramai pemilik kenderaan pastinya tidak suka mendengar tentang hal ini, tetapi ianya benar. Tapi, bagaimana anda boleh mengubah perkara ini dan pada masa yang sama masih mendapat insurans berkualiti yang sesuai dengan kehendak anda? Adakah cara untuk mencari dan memilih pihak insurans yang memberikan premium yang berbaloi dengan setiap sen yang anda bayar? Berita baik untuk anda, ada! Ia mungkin memerlukan sedikit usaha, tetapi di akhir nanti anda pasti gembira dengan hasilnya.

Hello, semua! Saya Yuna. Saya merupakan duta jenama Fincrew dan jurucakap bagi siri video insurans360 Fincrew, dan saya akan membimbing anda dalam menjelaskan apa yang perlu anda ketahui dan hindari ketika memilih syarikat insurans auto terbaik untuk melindungi anda. Jangan ketinggalan dalam mendapatkan sebarang maklumat terkini berkaitan dengan insurans! Maklumat seperti inilah yang akan memberikan perbezaan terhadap apa yang anda bayar untuk sesuatu pelindungan.

Dapatkan info terkini mengenai apa yang ada dalam Siri Video Insurans360 kami! Hanya klik pada butang ‘Subscribe’ dan aktifkan notifikasi untuk memastikan anda tidak terlepas pandang. Jadi, setelah anda melakukannya, mari kita ke persoalan utama.

Bagaimana Anda Memilih Syarikat insurans Auto yang Tepat?

Sejujurnya banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum anda mengambil apa-apa keputusan. Bagaimanapun, kami telah memecahkannya kepada bahagian-bahagian kecil bagi memudahkan anda memahaminya. Hanya ikut panduan yang kami berikan bagi mendapatkan pelindungan yang tepat untuk kereta anda!

Tip nombor 1 – Tentukan Jenis Perlindungan Yang Anda Perlukan

Ramai pemilik kenderaan yang terburu-buru menghubungi syarikat insurans tanpa mengetahui jenis pelindungan yang sebenarnya mereka mahukan. Ini boleh menjadi satu kesilapan besar kerana membuatkan anda bakal menerima bulat-bulat sebarang cadangan yang diberikan oleh syarikat insurans yang anda hubungi itu. Sebelum menghubungi sesiapa pun, pastikan anda mengetahui jenis pelindungan yang ada di luar sana dan memilih pelindungan yang sesuai dengan anda terlebih dahulu. Ini akan membantu anda untuk menentukan syarikat insurans mana yang perlu anda pilih.

Tip nombor 2 – Jangan Pilih Syarikat Insurans Pertama Yang Anda Jumpa

Tidak kiralah betapa menariknya premium dan pelindungan yang ditawarkan, jangan terus memilih syarikat insurans auto yang pertama anda temui. Ambil masa untuk meneliti sebanyak mana alternatif yang ada sebelum memilih yang terbaik. Untuk maklumat tambahan, pastikan anda memilih syarikat insurans berdasarkan kriteria yang lebih relevan berbanding hanya harga yang murah. Benar, harga itu penting, tetapi masih ada perkara lain yang perlu anda pertimbangkan.

Tip nombor 3 – Teliti Polisi Anda

Kami bersetuju yang perkara ini mengambil masa dan agak memeningkan. Tapi, ini penting bagi memastikan anda memilih syarikat insurans auto terbaik untuk kenderaan anda. Insurans akan menentukan berapa banyak yang perlu anda belanjakan sekiranya berlaku kemalangan. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk mengetahui secara tepat bagaimana anda akan dilindungi dan pelindungan tambahan apa yang anda perlukan. Melalui dokumen ini juga, anda dapat menentukan sama ada anda selesa dengan polisi ini secara keseluruhannya. Sekiranya anda terjumpa mana-mana klausa yang anda tidak faham, lebih mudah jika anda berbincang dengan syarikat insurans terbabit sebelum anda menandatangani dokumen tersebut.

Tip nombor 4 – Ketahui Cara Memfailkan Tuntutan dan Bagaimana Ia Berfungsi

Benar, tidak ada siapa pun yang berharap untuk terlibat dalam apa jua kemalangan. Tetapi, lebih baik untuk kita tahu bagaimana proses memfailkan tuntutan dan bagaimana ia berfungsi dengan syarikat insurans yang anda pilih itu. Jadi, anda akan lebih bersedia sekiranya perlu.

Untuk mengetahui lebih lanjut tip-tip berguna tentang bagaimana cara untuk mendapatkan syarikat insurans dan polisi yang tepat untuk anda, pastikan anda ‘Like’ video ini. ‘Subscribed’ saluran video Fincrew official dan tekan butang notifikasi. Terima kasih kerana menonton, dan jumpa lagi!

Compare & Renew Auto Insurance
Savings up to RM300 + Road Tax Deliver To Your Door Step

 

Leave a Reply