Renew Auto Insurance
Memperbaharui Cukai Jalan blog featured image
Auto InsuranceDriver Guides

Bolehkah Anda Memperbaharui Cukai Jalan Jika Ada Tunggakan Saman?

Memperbaharui Cukai Jalan blog
1.63KViews

Anda sedang mengemas laci untuk mencari geran kenderaan kerana ingin memperbaharui cukai jalan dan juga insurans kenderaan. Tetapi. tiba-tiba terjumpa surat saman. Baru anda teringat yang anda mempunyai tunggakan saman yang perlu dijelaskan. Jadi, bolehkah anda memperbaharui cukai jalan dan juga insurans sekiranya anda mempunyai saman yang tertunggak? Untuk soalan ini, selalunya anda akan menerima pelbagai jenis jawapan. Ada yang kata boleh. Tetapi ada pula yang kata tidak boleh. Mana satu yang betul? Jawapannya, anda perlu menyelesaikan tunggakan saman itu terlebih dahulu sebelum boleh memperbaharui cukai jalan dan juga insurans. Tidak kiralah saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau pun saman Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sebelum itu, ada dua jenis saman yang perlu anda tahu iaitu:

Saman Senarai Hitam

Saman jenis ini akan menghalang anda daripada memperbaharui cukai jalan selagi tidak diselesaikan kerana rekod kesalahan anda telah dimasukkan ke dalam sistem JPJ. Selalunya saman jenis ini akan diberikan terus sewaktu sekatan jalan atau semasa anda ditahan di tepi jalan. Jika anda menerima surat Saman POL.257 atau Saman JPJ (P)22, segeralah langsaikan saman tersebut kerana ini bermakna nama anda bakal disenarai hitam. Contoh kesalahan yang dikenakan saman adalah :

  1. Tak memiliki lesen memandu/lesen memandu telah tamat tempoh
  2. Cukai jalan dan insurans telah tamat tempoh
  3. Tak pakai tali pinggang keledar/topi keledar

Jika anda ingin memastikan status saman anda, anda boleh melayari laman web rasmi JPJ.

Saman Bukan Senarai Hitam

Saman jenis ini pula, surat saman akan dihantar terus ke alamat yang tertera dalam IC anda. Contoh saman adalah:

  1. Saman ‘speedtrap’/AES
  2. Saman ekor
  3. Saman kesalahan meletak kenderaan

Walaupun nama anda tidak disenarai hitamkan, tetapi jangan bertangguh untuk menyelesaikan saman ini kerana anda boleh disaman lagi RM300 di bawah Seksyen 53 APJ 1987 bagi saman yang sedia ada.

Bagaimana Pula Dengan Saman Majlis Perbandaran?

Selain JPJ dan juga PDRM, anda boleh disaman oleh kerajaan tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan juga majlis perbandaran bagi isu tempat letak kenderaan. Antara contoh kesalahan adalah:

  1. Tak bayar kupon tempat letak kereta
  2. Double park
  3. Tak parkir dalam kotak kuning

Jika dahulu, anda mungkin boleh mengabaikan sahaja saman daripada majlis tempatan ini. Tetapi bermula tahun 2011, pihak JPJ telah mula bekerjasama dengan majlis perbandaran untuk menguatkuasakan pungutan denda. Tetapi, anda tidak perlu risau, saman daripada pihak majlis perbandaran ini tidak akan terus senarai hitamkan nama anda. Anda masih boleh membuat pembayaran dalam tempoh 45 setelah disaman.

Untuk Kereta Terpakai, Pemilik Lama Atau Pemilik Baru Yang Perlu Bertanggungjawab?

Anda cuma perlu menunjukkan dokumen pembelian kereta seperti salinan borang pertukaran nama serta geran baru kepada pihak JPJ. Jika di dalam sistem saman tersebut dikeluarkan sebelum ditukar nama, nama tidak perlu membayar saman tersebut. Tetapi, jika anda membeli kereta tersebut secara ansuran dengan kawan dan masih belum ditukar nama, anda perlulah berunding dengan rakan anda itu supaya dia menyelesaikan samannya. Bagi anda yang tidak mempunyai duit untuk membayar saman-saman tersebut, anda boleh menunggu pihak berkuasa mengeluarkan diskaun saman. Bila dah bayar saman, jangan pula lupa untuk cepat-cepat memperbaharui cukai jalan dan juga insurans.

Saman yang diterima bukanlah murah, ada yang sampai beratus malahan beribu. Jadi, untuk menjimatkan belanja bagi pembaharuan cukai jalan dan insurans, anda boleh melayari laman web Fincrew.my bagi mencari pelan insurans yang bukan sahaja memberikan pelindungan terbaik tetapi juga dengan sebut harga yang berpatutan. Anda berpeluang membandingkan pelan-pelan insurans dari syarikat-syarikat insurans yang ada di Malaysia pada bila-bila masa sahaja.

Leave a Reply