Renew Auto Insurance
Tips Penjimatan Bagi Yang Ingin Memperbaharui Insurans Kenderaan Blog Featured Image
Auto InsuranceDriver Guides

Tips Penjimatan Bagi Yang Ingin Memperbaharui Insurans Kenderaan Secara Online

Tips Penjimatan Bagi Yang Ingin Memperbaharui Insurans Kenderaan Blog
1.07KViews

Ramai tahu kos untuk membeli atau memperbaharui insurans kenderaan pastinya mahal terutama sekali bagi kenderaan baharu. Sebab itulah anda akan dengar mereka merungut ataupun mengeluh setiap kali perlu memperbaharui insurans kenderaan mereka. Tapi, jangan risau. Anda masih lagi mampu untuk menjimatkan duit anda semasa memperbaharui insurans biarpun secara online. Berikut merupakan beberapa tip yang boleh anda gunakan untuk menjimatkan duit anda semasa ingin membeli atau memperbaharui insurans kenderaan:

1. Letak Nilai Insurans Yang Tepat

Semasa proses membeli insurans kenderaan, anda perlu meletakkan nilai insurans kereta mengikut nilai pasaran semasa kenderaan itu. Dengan cara ini, anda cuma perlu membayar jumlah yang sepatutnya sahaja. Anda juga boleh memilih nilai yang dipersetujui bersama dengan syarikat insurans. Tetapi pastikan nilai tersebut tak lebih dan tak kurang. Ini mengelakkan anda daripada kerugian. Sebagai contoh, jika anda meletakkan nilai yang lebih tinggi daripada nilai pasaran, anda akan dikenakan premium yang lebih tinggi. Tetapi bila anda meletakkan nilai yang rendah pula, tiba masa untuk anda membuat tuntutan, anda terpaksa mengeluarkan duit lebih untuk menanggung kerosakan yang anda alami. Ini kerana pihak insurans memberikan jumlah pampasan yang lebih rendah. Jadi, lebih baik jika anda meletakkan nilai yang tepat untuk keuntungan anda.

2. Pilih Perlindungan Yang Sesuai

Seperti yang sedia maklum, terdapat 3 jenis polisi insurans kenderaan yang ada di Malaysia iaitu polisi pihak ketiga, polisi pihak ketiga, kebakaran dan kecurian dan juga polisi komprehensif. Walaupun polisi insurans kenderaan komprehensif menawarkan perlindungan yang lebih menyeluruh, mungkin anda tidak memerlukan kesemua perlindungan yang ditawarkan di dalam polisi terbabit. Sebagai contoh, anda cuma menggunakan kereta untuk menghantar anak ke sekolah yang jaraknya hanya 5 minit perjalanan. Jadi, rasanya tidak perlu anda mengambil polisi komprehensif yang mahal. Cukup sekadar membeli polisi insurans pihak ketiga sahaja. Jadi, selidik dan kaji dahulu setiap jenis polisi untuk mencari polisi mana yang seharusnya anda ambil. Bila sudah tahu polisi yang tepat untuk anda, barulah mudah untuk anda membuat perbandingan harga premium yang ditawarkan antara sebuah syarikat insurans dengan syarikat insurans yang lain.

3. Lihak Promosi

Bukan produk lain sahaja yang ada promosi, insurans juga ada promosi. Lagipun, zaman sekarang terdapat pelbagai premium insurans yang ditawarkan oleh pelbagai syarikat insurans yang berbeza. Jadi, pastinya syarikat-syarikat insurans ini akan berlumba-lumba menawarkan pelbagai promosi menarik bagi menarik minat pelanggan. Tugas anda cuma perlu peka, bila agaknya pihak insurans akan melakukan promosi harga menarik.

4. Buat Perbandingan

Bagi yang sering membaca tentang tip-tip penjimatan, anda pasti sudah selalu mendengar nasihat supaya sentiasa membuat perbandingan harga sebelum mengambil keputusan untuk membeli sesuatu. Kaedah yang sama juga boleh dilakukan jika anda ingin membeli atau memperbaharui polisi insurans kenderaan anda. Ini kerana terdapat banyak pilihan pelan insurans kenderaan yang ditawarkan oleh pelbagai syarikat insurans di luar sangat. Harga premium yang mereka tawarkan juga berbeza-beza di antara satu syarikat dengan satu syarikat yang lain. Jadi, jika anda ingin berjimat, anda perlulah meluangkan sedikit masa untuk membandingkan polisi insurans yang ada di luar sana.

Compare & Renew Auto Insurance
Savings up to RM300 + Road Tax Deliver To Your Door Step

Di zaman yang serba canggih ini, anda boleh menjimatkan masa anda untuk melakukan semua perkara di atas tanpa perlu meninggalkan keselesaan rumah anda. Anda boleh melakukan segalanya dihujung jari sahaja. Antara laman web perbandingan insurans yang anda boleh lawati adalah Fincrew.my. Di sini anda bukan sahaja boleh membandingkan serta mendapatkan sebut harga insurans kenderaan, tetapi anda juga boleh mendapatkan maklumat-maklumat terkini tentang insurans kenderaan di Malaysia. Jadi, apa tunggu lagi? Layarilah laman web Fincrew sekarang!

Leave a Reply