Renew Auto Insurance
Gagal Membayar Membayar Premium Insurans Kereta Blog Featured Image
Auto Insurance

Gagal Membayar Premium Insurans Kereta

Gagal Membayar Membayar Premium Insurans Kereta Blog
1.28KViews

Insurans kenderaan wajib untuk diperbaharui pada setiap tahun setiap kali pemilik kenderaan ingin memperbaharui cukai jalan. Tetapi terdapat beberapa situasi di mana pemilik gagal untuk memperbaharui premium mereka disebabkan terlupa atau mempunyai masalah kewangan. Walau apa juga alasannya, pemilik perlu berusaha untuk menjelaskan premium insurans mereka. Mujurlah, walaupun anda gagal membuat bayaran tepat pada masanya, pihak insurans masih lagi akan memberikan ‘grace period’. Tetapi ini juga bergantung kepada perjanjian di antara anda dengan syarikat insurans tersebut. Ini tak bermakna yang anda masih boleh mengambil ringan terhadap tanggungjawab anda untuk membayar premium insurans kenderaan. Berikut merupakan beberapa masalah yang bakal anda hadapi sekiranya anda gagal membuat bayaran premium insurans anda:

1. Tidak Boleh Memperbaharui Cukai Jalan

Yang ini tentu ramai yang sudah tahu. Anda tidak dapat memperbaharui cukai jalan sekiranya kenderaan anda itu tidak mempunyai pelindungan insurans. Apabila cukai jalan pun tak ada, kenderaan anda tidak dibenarkan untuk dipandu di atas jalan raya. Sekiranya anda memandu juga kenderaan tersebut dan ditangkap, anda boleh dikenakan denda sehingga RM3,000! Sekiranya ini berlaku, rekod pemanduan anda akan tercalar dan anda akan juga akan mempunyai rekod kesalahan trafik dengan pihak polis. Tak berbaloi mempunyai rekod buruk semata-mata memandu tanpa cukai jalan bukan?

2. Pelindungan Akan Terbatal

Polisi insurans yang anda ambil sebelum ini juga akan dibatalkan. Ini bermakna kenderaan anda kini sudah tidak dilindungi sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti kerosakan akibat kemalangan, kebakaran, kecurian dan sebagainya. Kos untuk membaiki kereta bukanlah murah. Jadi, tentunya anda boleh membayangkan bagaimana seksanya ingin menanggung kos baik pulih kereta anda dengan duit poket sendiri. Lebih teruk lagi, jika anda yang menyebabkan kemalangan yang mengakibatkan bukan sahaja kerosakan harta tetapi juga kecederaan terhadap pihak lain, pastinya lebih banyak wang yang perlu anda keluarkan untuk menanggung segala kos kerugian ini.

3. Insurans Luput

Kegagalan untuk memperbaharui insurans tepat pada masanya akan menyebabkan insurans anda luput. Ia akan membuatkan anda tidak mendapat pelindungan yang sepatutnya untuk satu tempoh tertentu sehinggalah anda memperbaharui polisi tersebut. Pihak insurans akan memberikan satu tempoh yang digelar ‘grace period’ sebagai satu peluang untuk anda menjelaskan bayaran premium insurans tanpa sebarang caj penalti. Andai kata anda masih tidak menjelaskan bayaran premium selepas tempoh ‘grace period’ ini, barulah pihak insurans menamatkan polisi anda secara rasmi. Perlu diingatkan, tempoh ‘grace period’ yang diberikan mungkin berbeza di antara setiap syarikat insurans. Selalunya, tempoh ‘grace period’ yang diberikan adalah 30 hari. Sebaiknya, dapatkan kepastian tentang hal ini dengan pihak insurans anda.

4. Premium Baru Lebih Mahal

Kalau anda nak tahu, lewat membayar premium insurans boleh menyebabkan anda dikenakan bayaran premium yang lebih tinggi nanti. Bukan itu sahaja, anda juga bakal berdepan dengan kesukaran untuk membuat pinjaman di masa hadapan. Pihak bank akan melihat anda sebagai pelanggan yang berisiko tinggi berdasarkan rekod pembayaran insurans yang tidak menepati masa ini. Mereka akan menganggap anda sebagai seorang yang sukar menjelaskan bayaran tepat pada masanya.

5. Memberikan Kesan Terhadap Skor Kredit

Mungkin ada yang tidak tahu bahawa pembayaran insurans kenderaan turut mempengaruhi rekod dalam CCRIS. Kelewatan membayar premium insurans tepat pada masanya akan mencacatkan skor kredit. Anda tentu tahu apa maknanya bukan? Rekod CCRIS yang kurang baik akan menyukarkan anda untuk mendapatkan apa-apa sahaja pembiayaan dari pihak bank.

Lihat, betapa banyaknya kesan negatif yang bakal anda hadapi jika anda gagal membuat bayaran premium insurans anda. Sekiranya anda merupakan seorang yang sentiasa sibuk dan tidak mempunyai masa untuk melakukan pembaharuan insurans pada waktu pejabat, kini ada cara yang lebih mudah iaitu dengan melayari sahaja laman web Fincrew. Di sini anda boleh memperbaharui insurans anda sepantas 3 minit sahaja!

Leave a Reply