Renew Auto Insurance
Apakah Penjelasan Mudah Mengenai Insurans Kereta Blog Featured Image
Insuran360Video Series

Apakah Penjelasan Mudah Mengenai Insurans Kereta?

Apakah Penjelasan Mudah Mengenai Insurans Kereta blog
1.07KViews

Mendapatkan insurans, mengekalkannya dan memperbaharui polisi apabila perlu merupakan amalan standard bagi pemilik kenderaan. Namun, adalah selamat untuk mengatakan bahawa ramai pemandu yang tidak begitu tahu tentang insurans kenderaan melainkan perkara asas sahaja.

Compare & Renew Auto Insurance
Savings up to RM300 + Road Tax Deliver To Your Door Step

Apakah Sebenarnya Insurans Kereta?

Pada dasarnya, polisi insurans auto merupakan kontrak bertulis antara anda dan syarikat insurans yang melindungi anda daripada menanggung kerugian kewangan jika kenderaan anda mengalami kerosakan atau insiden kecurian. Sebagai balasan, anda perlu membayar apa yang disebut Premium. Perlu diingatkan sejauh mana pelindungan yang diberikan syarikat insurans kepada anda adalah bergantung kepada jenis pelan pelindungan yang anda ambil bersama mereka. Di Malaysia terdapat tiga jenis insurans kereta iaitu:

Perlindungan Pihak Ketiga

Mengikut peraturan pemanduan di negara ini, anda mesti memiliki polisi insurans auto sebelum memandu kenderaan anda di jalan raya. Ini merupakan pelindungan paling sedikit yang boleh anda ambil untuk kenderaan anda. Ia juga adalah yang paling murah. Bagaimanapun, skop pelindungan adalah minimum kerana anda hanya diinsuranskan untuk kerosakan kepada harta benda, kenderaan serta individu lain, tidak lebih dari itu.

Perlindungan Pihak Ketiga, Kebakaran Dan Kecurian

Ini merupakan penambahbakan kepada pelindungan asas Pihak Ketiga untuk pemandu yang sanggup membayar lebih sedikit. Perlu dinyatakan bahawa mendapatkan polisi ini adalah mengikut pilihan masing-masing. Beberapa faedah melakukannya termasuklah hakikat bahawa anda diinsuranskan terhadap kerugian kewangan sekiranya kenderaan anda rosak akibat kebakaran dan kecurian. Tapi, anda tidak diinsuranskan untuk membaiki kenderaan anda sekiranya ia rosak akibat kemalangan.

Perlindungan Komprehensif

Ini merupakan polisi pelindungan paling luas dan mahal yang anda boleh ambil untuk kenderaan anda hari ini. Anda bukan sahaja dilindungi sepenuhnya dari segi kewangan sekiranya berlaku kerosakan pada kenderaan atau harta benda Pihak Ketiga, tetapi anda juga tidak perlu mengeluarkan duit poket anda sendiri sekiranya kereta anda mengalami kerosakan akibat kebakaran atau kecurian. Anda juga diinsuranskan untuk pembaikan jika kereta anda rosak akibat pelanggaran, dengan syarat anda bukan pihak yang bersalah. Untuk menuntut bayaran, anda perlu membuat laporan polis terlebih dahulu dalam tempoh 24 setelah kemalangan. Seterusnya, pindahkan kenderaan anda ke bengkel panel syarikat insurans anda atau syarikat insurans pemandu yang bersalah bergantung kepada kejadian kemalangan. Anda kemudian perlu menggunakan khidmat ‘Adjuster Berlesen Bebas’ untuk membantu anda menilai perkara-perkara seperti kos kerosakan dan pampasan yang sesuai untuk jangka masa yang anda perlukan tanpa kenderaan.

Setelah itu, anda perlu bersedia dengan:

  1. Salinan asal laporan polis anda
  2. Keputusan laporan anda
  3. Salinan kad pengenalan dan lesen memandu anda
  4. Kad pendaftaran kereta anda
  5. Laporan penyelaras, bil kos pembaikan dan bukti bergambar mengenai kemalangan tersebut

Dan hanya itu yang perlu anda ketahui mengenai insurans auto buat masa ini! Adakah anda mempunyai sebarang soalan mengenai insurans kereta di Malaysia setakat ini? Tinggalkan di bahagian komen di bawah, dan kami akan respons segera!

Leave a Reply