Renew Auto Insurance
Lesen Memandu Saya Tamat Tempoh Sewaktu Kemalangan Blog Featured Image
Driver Guides

Apakah Yang Akan Berlaku Jika Lesen Memandu Saya Tamat Tempoh Sewaktu Kemalangan?

Lesen Memandu Saya Tamat Tempoh Sewaktu Kemalangan Blog
1.55KViews

Jika anda mahu memandu kereta di Malaysia, anda perlu mempunyai lesen memandu yang sah. Kerajaan menghendaki semua orang memperbaharui lesen mereka secara berkala? Apa yang bakal berlaku sekiranya anda terlepas memperbaharui lesen anda dan terlibat dalam kemalangan? Berikut merupakan maklumat yang perlu anda tahu sebagai persediaan sekiranya terpaksa berhadapan dengan situasi tersebut.

Tidak Memperbaharui Lesen Memandu Boleh Mengakibatkan Anda Didenda

Anda perlu memastikan lesen memandu anda adalah sah dan mematuhi undang-undang. Lesen yang telah tamat tempoh bermakna anda bakal dikenakan denda, yang mana adalah perkara yang amat serius di Malaysia. Menurut undang-undang, anda mungkin perlu membayar RM1,000 dan mungkin akan turut dikenakan hukuman penjara selama 3 bulan. Selain daripada risiko didenda, lesen memandu yang sah juga akan memberikan anda ketenangan fikiran. Undang-undang diwujudkan bersebab, dan setiap orang perlu mematuhinya.

Apa Yang Akan Terjadi Jika Saya Terlibat Dalam Kemalangan Dan Lesen Saya Telah Tamat Tempoh?

Anda mungkin tidak menyedari bahawa lesen anda telah luput kerana anda terlupa untuk menyemak tarikhnya. Mungkin anda terlupa untuk memperbaharuinya. Walau bagaimanapun, undang-undang tidak peduli dengan sebab ini, yang paling penting, lesen anda tidak sah pada masa kemalangan. Sekarang, mari kita bayangkan, anda sedang memandu kenderaan dan melakukan segala mengikut apa yang telah ditetapkan, tapi seseorang melanggar anda dari belakang. Lebih baik jika tidak bersalah mengakibatkan kemalangan tersebut, ini bermakna insurans akan menanggung segala kerosakan. Tapi, benarkah begitu? Sukar untuk memberikan jawapan yang tepat kerana ia mungkin bergantung pada syarikat insurans dan juga polisi yang anda pilih. Itulah sebabnya perkara terbaik yang boleh anda lakukan, adalah dengan membaca terma serta syarat perjanjian anda. Anda perlu melihat bahagian pengecualian dalam polisi tersebut. Kebanyakan agensi tidak akan membayar pampasan atas kerosakan jika lesen memandu anda tidak sah. Ini bermakna pemandu yang terlibat dalam kemalangan itu tidak akan mendapat pampasan sekiranya tidak memiliki lesen memandu yang sah. Terdapat beberapa pengecualian yang dibuat oleh syarikat insurans pada masa lalu, Itulah sebabnya membaca terma perjanjian adalah jawapan terbaik yang dapat kami berikan kepada anda.

Bagaimana Jika Orang Lain Yang Memandu Kereta Tersebut?

Katakanlah anda terlibat dalam kemalangan, tapi rakan anda yang memandu. Syarikat insurans dan polis akan melihat lesen siapa yang memandu. Ini bermakna polisi insurans anda sah untuk kes seperti ini. Tarikh tamat tempoh lesen memandu anda tidak bermaksud anda telah melanggar polisi insurans anda. Tapi tindakan anda yang memandu tanpa lesen yang sah yang telah melanggar polisi tersebut.

Pandemik COVID-19 Dan Mengapa Lesen Memandu Kereta Tamat Tempoh Sah Pada 2020?

Walaupun wabak Covid-19 telah mempengaruhi seluruh dunia, kerajaan Malaysia telah mencuba sebaik mungkin untuk mengambil tindakan bersama dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pada ketika ini, kita sedang berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Menurut maklumat yang diberikan oleh pihak berkuasa, anda tidak diwajibkan untuk memperbaharui lesen memandu selagi PKPP masih lagi dilaksanakan, iaitu sehingga 31 Disember 2020. Ini bermakna undang-undang akan menganggap lesen anda sah walaupun sebenarnya ia sudah tamat tempoh. Walau bagaimanapun, anda perlu diingatkan bahawa anda mempunyai masa selama 30 hari bermula dari tarikh tamat PKPP untuk memperbaharui dokumen tersebut.

Leave a Reply