Renew Auto Insurance
Cara Untuk Pindahkan NCD blog featured image
Auto Insurance

Cara Untuk Pindahkan NCD Kepada “Insurer” Atau Kenderaan Baharu

Cara Untuk Pindahkan NCD blog
3.13KViews

Ada tak di antara anda semua yang ingin menukar syarikat insurans kerana ingin mencuba polisi dari syarikat lain yang lebih menarik? Atau mungkin anda ingin membeli kenderaan baharu dan mahu menggunakan polisi insuran dari kenderaan lama? Jika anda sedang memikirkan untuk dua perkara ini, jangan lupa pula untuk memindahkan ‘No Claim Discount’ (NCD) atau Diskaun Tiada Tuntutan anda kepada syarikat insurans atau kenderaan baru anda. Kalau tidak, rugi nanti! Bagi anda yang masih belum tahu apa itu NCD, NCD adalah diskaun yang diberikan kepada pemilik insurans sekiranya pemilik insurans tidak membuat apa-apa tuntutan dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh pembelian polisi tersebut. Anda juga layak menerima NCD sekiranya tidak ada sebarang tuntutan yang dibuat terhadap anda daripada pihak ketiga. Untuk maklumat anda, anda boleh mendapat diskaun NCD sehingga 55% selepas 5 tahun. Banyak bukan? Kerana itu, anda perlu sentiasa berhati-hati dan memandu dengan cara yang berhemat agar tidak berlaku sebarang kemalangan yang menyebabkan anda terpaksa membuat tuntutan kepada syarikat insurans. Sekiranya anda ingin bertukar syarikat insurans dan juga kenderaan baharu, anda boleh memindahkan NCD lama anda kepada pihak insurans dan juga kenderaan baharu itu. Ini kerana NCD akan kekal kepada penama insurans tersebut. Jadi, kalau anda nak bertukar syarikat insurans atau kenderaan baharu pun, anda tidak perlu risau NCD anda terbatal.

No Claim Discount Checker Banner

3 Keadaan NCD Tidak Boleh Dipindahkan

  • -Pindahkan kepada nama orang lain.
  • -Guna pihak ketiga untuk pindahkan NCD
  • -Tukar NCD daripada kenderaan peribadi kepada kenderaan komersial.

Perkara Yang Tidak Akan Mempengaruhi NCD

Mungkin ramai yang beranggapan, kalau berlaku sahaja kemalangan atau pun tuntutan dibuat, anda tidak akan mendapat NCD. Sebenarnya ia bergantung kepada siapa yang menyebabkan kemalangan, cara tuntutan dan banyak lagi faktor. Berikut merupakan situasi yang tidak akan menjejaskan NCD.

  1. Kos kerosakan ditanggung sendiri dan tidak memohon pampasan dari syarikat insurans.
  2. Kos kerosakan ditanggung oleh pihak ketiga tanpa membuat tuntutan kepada syarikat insurans anda.
  3. Untuk kes langgar lari, pemilik boleh memohon ‘No Fault Own Damage’ (NFOC) pada syarikat insurans anda. Ia tidak akan memberikan kesan kepada NCD anda.
  4. Bergantung kepada keputusan pihak polis selepas kemalangan dilaporkan. Siapa yang bersalah dalam kemalangan tersebut?
  5. Jika perlu menukar cermin hadapan, dan anda telah membeli pelindungan tambahan untuk cermin hadapan, anda boleh membuat tuntutan insurans tanpa memberi kesan kepada NCD.

Jika memang terbukti anda yang bersalah, tentulah anda tidak akan mendapat diskaun NCD. Berbalik kepada topik asal, bagaimana caranya untuk memindahkan NCD?

  1. Sediakan dokumen peribadi seperti salinan kad pengenalan dan juga maklumat bank. Jika tidak pasti dokumen apa yang diperlukan, hubungi sahaja ejen insurans anda. Jangan lupa untuk sediakan duit tambahan, mana tahu ada baki premium insurans yang perlu anda bayar nanti.
  2. Isi borang pemindahan NCD. Jika insurans anda itu telah luput, anda perlu nombor ‘cover note’ pelindungan insurans. Pastikan anda simpan salinan ‘cover note’ yang ada kadar NCD paling tinggi. Bila sudah selesai semuanya, bolehlah anda periksa kadar NCD anda itu dengan pihak insurans. Mudah bukan?

Jadi, selepas ini, anda tidak perlu risau untuk menukar syarikat insurans sekarang kepada syarikat insurans yang lain. Bolehlah anda mula membandingkan polisi insurans yang ditawarkan di Malaysia di laman web Fincrew sekarang juga. Fincrew memberi peluang kepada anda untuk membandingkan pelindungan kenderaan yang ditawarkan di Malaysia. Jadi apa tunggu lagi? Klik dan cari pelindungan terbaik hari ini!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FinCrew (@fincrew.my)

Leave a Reply