Renew Auto Insurance
Diskaun Tiada Tuntutan Blog Featured Image
Auto InsuranceInsurance Terms

Diskaun Tiada Tuntutan Atau “No Claim Discount (NCD)”

Diskaun Tiada Tuntutan Blog
3.78KViews

Pernahkah anda terjumpa perkataan Diskaun Tiada Tuntutan, ‘No Claim Discount’ (NCD), atau Bonus Tiada Tuntutan, ‘No Claim Bonus’ (NCB)? Atau kemungkinan untuk menjimatkan wang tambahan melalui insurans kereta anda sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tahun? Ketahui lebih lagi dalam artikel ini.

Apa Itu No Claim Discount atau NCD?

No claim discount’ ataupun NCD, adalah pengurangan perbelanjaan insurans kereta yang ditawarkan oleh pihak insurans sekiranya anda tidak membuat tuntutan dalam terma polisi insurans kenderaan. Ia merupakan ganjaran kepada anda kerana menggunakan kenderaan anda dengan berhati-hati. Jadi, katakanlah anda tidak membuat sebarang tuntutan untuk tempoh setahun atau dua tahun atau lima tahun, anda akan mempunyai jumlah tahun yang sama dikenakan NCD untuk kos insurans kereta anda.

No Claim Discount Checker Banner

Bagaimana Cara Untuk Saya Membina No Claim Discount (NCD)?

Setiap tahun, jika anda tidak membuat sebarang tuntutan insurans, anda akan mendapat NCD untuk tahun berikutnya. Anda boleh mendapat potongan diskaun sehingga 30% untuk kos insurans kereta setahun. Selepas lima tahun, diskaun yang diberikan boleh mencecah sehingga 60%.. Sesetengah syarikat insurans menawarkan ganjaran yang lebih pantas iaitu anda boleh mendapatkan ganjaran pada bulan ke-10 dan bukannya bulan ke-12. Anda boleh mendapatkan lebih banyak NCD. Caranya, dengan tidak membuat sebarang tuntutan. Jadi lebih banyak diskaun yang bakal anda perolehi.

Apa Yang Akan Terjadi Jika Saya Membuat Tuntutan?

Jika anda membuat tuntutan polisi insurans, dimana syarikat insurans tersebut melakukan pembayaran dan kemalangan tersebut berpunca daripada anda, anda akan kehilangan beberapa atau keseluruhan diskaun tersebut. Tetapi, jika kemalangan tersebut bukan berpunca daripada anda, syarikat insurans anda mungkin akan membuat tuntutan bayaran balik dari syarikat insurans pemilik kenderaan lain itu. Dan mungkin NCB anda tidak akan terjejas. Ini termasuklah jika kenderaan anda dicuri atau terlibat dalam bencana alam. Katakan anda membayar polisi lain dengan potongan NCB, kemudian baru menyedari yang anda tidak bersalah. Anda boleh mendapatkan semula NCB anda pada masa yang sama mendapat diskaun untuk premium tambahan yang anda bayar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FinCrew (@fincrew.my)

Berapakan Had Yang Ditetapkan?

Kebanyakan firma insurans akan mengambil lima tahun sebelumnya untuk pemanduan yang berterusan atas nama anda dalam menilai anggaran potongan NCD anda. Diskaun tersebut hanyalah untuk pemilik polisi sahaja dan bukan nama pemandu lain untuk kenderaan tersebut. NCD anda hanya boleh digunakan untuk sebuah kenderaan sahaja. Jadi, jika anda mempunyai dua kereta, anda tidak akan mendapat potongan harga untuk polisi insurans kenderaan kedua. Kecuali jika NCD untuk kereta satu lain, telah diperoleh dengan sendirinya.

Leave a Reply