Renew Auto Insurance
Membuat Tuntutan Insurans Sekiranya Anda Melanggar Tiang Lampu Blog Featured Image
Auto InsuranceDriver Guides

Bolehkah Anda Membuat Tuntutan Insurans Sekiranya Kereta Anda Melanggar Tiang Lampu

Membuat Tuntutan Insurans Sekiranya Anda Melanggar Tiang Lampu Blog
3.02KViews

Kemalangan tidak semestinya hanya akan berlaku di antara sebuah kenderaan dengan kenderaan yang lain. Ada juga kemalangan yang berlaku tanpa melibatkan kenderaan lain. Contohnya, anda sangat letih dan mengantuk setelah membuat kerja lebih masa. Entah bagaimana anda terlanggar tiang lampu di tepi jalan. Dalam keadaan terkejut itu, pastinya hati merungut juga. Kereta sudah kemek. Siapa yang akan membayar kos kerosakan kenderaan anda ini? Adakah syarikat insurans akan meluluskan tuntutan kerosakan seperti ini? Sebenarnya, apa-apa juga tuntutan insurans adalah berpandukan kepada jenis insurans yang anda ambil itu. Untuk kes terlanggar tiang lampu ini, anda masih boleh membuat tuntutan kepada syarikat insurans sekiranya anda mengambil pelan insurans komprehesif. Anda boleh membuat memohon di bawah Tuntutan Kerosakan Sendiri atau ‘Own Damage Claim’ (OD) sekiranya anda terlanggar apa-apa objek seperti tiang lampu, pokok, pembahagi jalan dan sebagainya. Tetapi anda perlu tahu, sekiranya anda memfailkan tuntutan insurans untuk kes seperti ini, anda boleh kehilangan ‘No Claim Discount’ (NCD).

Bagaimana Anda Boleh Membuat Tuntutan OD?

Sama juga seperti kes kemalangan jalan raya yang lain, anda terlebih dahulu perlu ke balai polis untuk membuat laporan tentang kejadian kemalangan tersebut dalam tempoh 24 jam. Kemudian, anda perlu menghantar kenderaan anda tadi ke bengkel panel bagi proses pemeriksaan. Nanti mereka akan memberitahu anggaran kos untuk membaiki kerosakan tersebut. Jangan pula anda menghantar kenderaan anda itu ke bengkel yang bukan panel. Ini akan menyukarkan proses anda untuk membuat tuntutan insurans. Setelah itu, anda perlu menghantar dokumen seperti salinan laporan polis dan juga anggaran kos baik pulih dari bengkel panel tersebut. Jangan lupa untuk sertakan juga salinan polisi insurans, kad pendaftaran kenderaan, ‘disk’ cukai jalan, salinan kad pengenalan dan lesen memandu serta perjanjian sewa beli kenderaan. Jika sewaktu kejadian, terdapat pekerja TNB atau JKR menjadi saksi kejadian dan meminta anda untuk membayar ganti rugi sekiranya berlaku kerosakan pada tiang lampu atau elektrik tersebut, anda boleh menghantar satu salinan notis tuntutan dari TNB atau JKR kepada syarikat insurans anda. Pihak insurans akan menyelesaikan serta menanggung kos kerugian tersebut.

Bagainmana Pulu Jika Sewaktu Kejadian, Ada Penumpang Lain Di Dalam Kereta Dan Mereka Meminta Anda Untuk Menaggung Kos Perubatan Ke Atas Kecederaan Yang Mereka Alami?

Jika anda mengambil pelindungan tambahan iaitu ‘Legal Liability to Passenger’ (LLP), syarikat insurans anda akan menanggung segala kos perubatan penumpang anda itu. Tetapi sekiranya anda tidak mengambil pelindungan tambahan ini, terpaksalah anda menanggung semua kos perubatan tersebut. Sebagai langkah terbaik, lebih baik jika anda mengambil pelindungan tambahan ini daripada terpaksa menanggung kos lebih besar di kemudian hari. Kadar bayaran untuk pelindungan tambahan ini adalah bergantung kepada kapasiti enjin kenderaan anda. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang perkara ini di Fincrew.my. Selain itu anda juga dapat membandingkan sebut harga polisi insurans kenderaan yang ditawarkan oleh pelbagai syarikat insurans di Malaysia.

Bagaimana Pula Jika Kereta Dipandu Oleh Orang Lain?

Anda masih lagi boleh membuat tuntutan kerosakan sendiri sekiranya anda mengambil polisi Pelindungan Komprehensif. Tapi, anda perlu membayar RM400 sekiranya orang yang memandu kenderaan terbabit tidak dinamakan dalam polisi insurans anda. Di negara ini, pemilik kenderaan meletakkan dua nama pemandu secara percuma dalam polisi motor. Untuk tambahan nama berikutnya, pemilik hanya perlu membayar RM10 sahaja. Jadi anda boleh pilih. Nak bayar RM400 atau RM10? Berdasarkan situasi-situasi di atas, penting bagi pemilik untuk mendapatkan pelindungan tambahan untuk kenderaan mereka. Kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja tanpa diduga. Jadi apa salahnya jika keluarkan sedikit duit sekarang?

Leave a Reply