Renew Auto Insurance
Perlindungan Liabiliti Undang-Undang Kepada Penumpang Blog Featured Image
Auto InsuranceInsurance Terms

Perlindungan Liabiliti Undang-Undang Kepada Penumpang

Perlindungan Liabiliti Undang-Undang Kepada Penumpang Blog
4.04KViews

Memandu di mana sahaja di dunia ini (dan khususnya di Malaysia) perlu disertakan dengan sikap tanggungjawab bersama. Dengan mengetahui tanggungjawab ini dan apa yang perlu dijangkakan daripada anda akan membantu anda untuk mempersiapkan diri untuk masa depan. Sebagai seorang pemandu yang aktif mahupun pasif di negara ini, anda pasti sudah tahu tentang betapa pentingnya perlindungan asas insurans kenderaan dan mengapa anda memerlukannya. Namun, ada beberapa aspek penting dalam perlindungan insurans auto yang mungkin anda kurang ketahui. Salah satu daripadanya adalah Liabiliti Undang-undang Kepada Penumpang atau singkatannya LLTP.

Apa Itu Liabiliti Undang-Undang Kepada Penumpang?

Dalam istilah asas, Liabiliti Undang-undang Kepada Penumpang atau LLTP boleh didefinisikan sebagai sejenis perlindungan khas yang boleh anda ambil sebagai tambahan kepada perlindungan biasa insurans auto anda. Tujuan untuk membuat penambahan spesifik ini adalah bagi melindungi anda dalam situasi liabiliti undang-undang yang diakibatkan oleh penumpang anda, sekiranya anda terlibat dalam kemalangan yang disebabkan kecuaian anda. Walaupun situasi ini kedengaran agak keterlaluan, tapi ia berlaku lebih kerap berbanding apa yang anda fikirkan. Jadi, adalah sangat sesuai untuk membuat penambahan untuk perkara ini.

Kenapa Anda Perlu Mendapatkan Liabiliti Undang-undang Kepada Penumpang (LLTP)?

Pada peringkat awal, anda mungkin merasakan tidak perlu untuk mengambil perlindungan tambahan Liabiliti Undang-undang Kepada Penumpang. Lagipun, jika anda pemandu yang mempunyai perlindungan insurans komprehensif, anda sudah pasti telah dilindungi bukan? Salah! Walaupun polisi komprehensif melindungi anda dalam pelbagai senario, ini tidak termasuk melindungi anda daripada tanggungjawab undang-undang yang ditanggung oleh penumpang anda sendiri. Polisi anda ada menyatakan tentang perkara ini secara ringkas di Bahagian B dokumen perlindungan insurans auto anda. Maksudnya, seandainya anda mempunyai kawan atau kenalan dalam kenderaan anda, dan berlaku kemalangan kerana kecuaian anda. Jika mangsa membuat tuntutan terhadap anda, dan anda tidak mempunyai perlindungan Liabiliti Undang-undang Kepada Penumpang, segala perbelanjaan tersebut perlu dikeluarkan daripada poket anda sendiri. Tahukah kenapa anda perlu mendapatkan perlindungan Liabiliti Undang-undang Kepada Penumpang? Tunggu, ada lagi!

Adakah Polisi – Polisi Perlindungan Liabiliti Undang-undang Kepada Penumpang Wajib?

Jawapan kepada soalan ini bergantung pada ke mana anda merancang untuk memandu. Sementara negara seperti Singapura menuntut agar anda mengambil perlindungan tambahan itu sebelum dibenarkan memandu tanpa halangan, Malaysia masih membenarkan pemandu memandu di jalan raya dengan bebas tanpa Liabiliti Undang-undang Kepada Penumpang. Bagaimanapun, jika dilihat dari luar sudut perundangan sama ada anda perlu mengambil Liabiliti Undang-undang Kepada Penumpang atau LLTP sebagai pemandu atau tidak, ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan. Sebagai contoh, walaupun anda tidak akan mendapat sebarang ganjaran wang atau pampasan untuk menumpangkan kenalan dan rakan sekerja dari satu tempat ke tempat yang lain, anda masih bertanggungjawab untuk memastikan mereka selamat bermula dari saat anda menjemput mereka sehingga anda menurunkan mereka. Jadi, jika sesuatu berlaku kepada mereka semasa mereka dalam jagaan anda, mereka berhak untuk membuat tuntutan terhadap anda di mahkamah, terutamanya jika mereka merasakan kemalangan itu berpunca daripada kecuaian anda. Dari perspektif ini, mendapatkan LLTP merupakan satu kepentingan.

Kunci Utama

Tidak ada siapa pun yang ingin berada dalam senario yang tidak menyenangkan seperti yang dinyatakan di atas. Walau apa pun yang terjadi, kita haruslah sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Secara umumnya, kos LLTP/Liabiliti Undang-undang Kepada Penumpang biasanya tidak melebihi 25% dari apa yang anda bayar sebagai premium untuk polisi asas Insurans Pihak Ketiga. Jadi, hubungi syarikat insurans anda dan lihat polisi LLTP/Liabiliti Undang-undang Kepada Penumpang mereka hari ini!

Leave a Reply