Renew Auto Insurance
Kesilapan Semasa Membeli Insurans Kereta blog featured image
Auto Insurance

Kesilapan Semasa Membeli Insurans Kereta

Kesilapan Semasa Membeli Insurans Kereta blog
1.16KViews

Memilih pelan insurans kereta adalah sangat penting seperti memilih untuk membeli kereta itu sendiri. Anda perlu memilih perlindungan yang tepat supaya anda bukan sahaja mendapat perlindungan yang sesuai dengan keperluan anda tetapi juga memberikan perlindungan terbaik pada nilai yang berpatutan. Berikut merupakan 6 kesilapan yang perlu anda elakkan semasa membeli insurans kereta:

1. Tidak Membuat Kajian

Sama juga seperti anda nak membuat pembelian untuk barangan atau produk lain di pasaran. Anda perlu meluangkan masa untuk membuat sedikit ‘research’ bagi memastikan adakah syarikat insurans tersebut merupakan syarikat insurans yang bertauliah dan boleh dipercayai? Periksa juga sama ada terdapat sebarang aduan tentang perkhidmatan yang mereka tawarkan itu. Pada zaman ini, anda sangat beruntung kerana semua ini boleh dilakukan dengan pantas di hujung jari sahaja.

2. Tidak Membuat Perbandingan

Kenapa kena buat perbandingan? Jawapannya sangat mudah. Dengan melakukan perbandinganlah baru anda dapat melihat kelebihan-kelebihan yang ada pada setiap pelan di luar sana. Walaupun pelan tersebut mempunyai nama yang sama, tetapi mungkin ia akan memberikan perlindungan mahupun nilai premium yang berbeza. Anda juga boleh mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang jumlah tuntutan yang mampu anda terima antara satu syarikat insurans dengan satu syarikat insurans yang lain. Sebagai pengguna, kita tentunya mahukan pelan yang paling menguntungkan bukan?

3. Tidak Memahami Keperluan Diri Sendiri

Semua orang mahukan perlindungan insurans terbaik bagi jaminan masa hadapan mereka. Pelan insurans yang mahal tidak bermakna anda sudah cukup dilindungi dan pelan insurans yang agak murah memberi perlindungan yang terlalu sedikit. Anda perlu mempertimbangkan keperluan anda dalam memilih pelan insurans yang sesuai. Ada sesetengah situasi tidak memerlukan anda mengambil polisi tambahan untuk pelan insurans. Sebagai contoh, jika anda tidak melakukan sebarang ubahsuai pada kenderaan anda, anda tidak perlu menambah polisi perlindungan aksesori. Kaji serta pertimbangkan apa yang anda memang perlukan sebelum mengambil mana-mana pelan perlindungan.

4. Memberi Maklumat Palsu

Jangan pernah cuba untuk berbohong kepada syarikat insurans terutama sekali semasa mendapatkan sebut harga atau pun ketika cuba membuat tuntutan. Jika anda didapati memalsukan maklumat insurans, pihak insurans bukan sahaja akan menolak tuntutan tetapi mereka juga mungkin akan membatalkan polisi sedia ada. Bukankah ini akan memberikan masalah lain di masa hadapan?

5. Tidak Mempunyai Cukup Maklumat

Mengetahui jenis perlindungan yang diperlukan sahaja tidak cukup. Masih ada perkara lain yang perlu dilihat dalam membeli sesuatu pelan insurans itu seperti:

  • Nilai semasa kenderaan – Harga satu polisi insurans itu bergantung kepada harga semasa kereta serta kondisi kereta tersebut.
  • Kurang/lebih perlindungan – Anda perlu memberikan perlindungan yang sewajarnya untuk kereta anda. Cari polisi yang sesuai dengan keperluan serta kemampuan anda.
  • No Claim Discount – Merupakan satu ganjaran yang diberikan oleh syarikat insurans bila anda memperbaharui insurans kereta dengan syarat anda tidak pernah membuat sebarang tuntutan kepada mereka. Memahami syarat NCD ini akan membantu anda untuk menjimatkan lebih banyak lagi wang dalam mendapatkan perlindungan terbaik.

6. Kekal Dengan Syarikat Yang Sama

Setia itu memang bagus, tetapi dalam mencari perlindungan terbaik, anda perlu serta membandingkan setiap pelan yang ada di luar sana. Ini kerana setiap tahun, ada sahaja syarikat insurans yang berlumba-lumba menawarkan khidmat yang lebih baik dengan harga yang berpatutan. Jadi, rugi sekiranya anda tidak mengambil peluang ini untuk mendapatkan perlindungan terbaik untuk kereta anda.

Compare and renew car insurance with fincrew
 

Cara terbaik untuk membandingkan sebut harga serta perlindungan yang ada di luar sana adalah dengan melayari internet. Cara ini lebih mudah dan efisien. Antara laman web yang memberikan khidmat perbandingan insurans adalah Fincrew. Di sini terdapat banyak pelan insurans daripada pelbagai syarikat yang boleh anda pilih.

Leave a Reply