Renew Auto Insurance
Bagaimana Premium Insurans Auto Dikira Blog Featured Image
Insuran360Video Series

Bagaimana Premium Insurans Auto Dikira?

Bagaimana Premium Insurans Auto Dikira Blog
2.01KViews

Dengan purata lebih dari 5.000 kemalangan jalan raya yang berlaku di Malaysia setiap tahun, kepentingan untuk memiliki polisi insurans yang sah tak dapat dipertikaikan lagi. Tapi, pernahkah anda terfikir bagaimana sebenarnya cara premium yang perlu anda bayar untuk insurans kenderaan itu dikira?

Dalam episod hari ini, anda akan mengetahui semua perkara yang berkaitan dengan pengiraan premium insurans auto anda. Helo! Dan selamat datang ke satu lagi episod menarik dalam siri Video Insurans360. Saya Yuna duta jenama Fincrew akan membimbing anda dalam memahami bagaimana premium insurans yang anda bayar itu dikira. Dapatkan alat, kemahiran dan pengetahuan terkini yang anda perlukan untuk memanfaatkan semua peluang dalam dunia insurans kenderaan hari ini! Untuk mendapatkan maklumat berharga ini, tekan butang ‘Subscribe’ dan aktifkan notifikasi dengan segera! Seperti yang telah diketahui oleh pemilik kenderaan di Malaysia, terdapat banyak polisi kenderaan yang boleh dipilih pada hari ini. Tambahan lagi, pilihan yang ada ini terus meningkat setiap hari. Tapi, persoalannya tetap ada.

Bagaimana Premium Untuk Setiap Polisi Ini Dikira?

Apakah perkara yang dipertimbangkan oleh syarikat insurans dalam proses penilaian premium ini? Sebagai permulaan, ada 5 perkara yang memainkan peranan berbeza dalam pengiraan premium anda. Ini termasuklah:

Nilai Pasaran Kenderaan Anda

Seiring dengan usia kenderaan anda, nilai pasarannya akan berkurangan perlahan-lahan. Ini sekaligus bakal mempengaruhi nilai insurans yang harus anda bayar.

Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) Anda

Semua orang pasti sukakan pemilik kenderaan yang baik. Ini termasuklah syarikat insurans. Apabila anda memandu dengan selamat dan mengikuti langkah berjaga-jaga, anda pasti kurang terdedah dengan apa-apa yang boleh merosakkan kenderaan anda. Ini bermakna anda tidak akan memfailkan tuntutan. Syarikat insurans akan memberikan ganjaran ini kepada anda. Jika NCD anda itu mampu bertahan sehingga 5 tahun, anda boleh menikmati diskaun sehingga 55% untuk insurans tersebut!

No Claim Discount Checker Banner

Polisi Insurans Anda

Apa yang anda bayar sebagai premium juga berbeza mengikut jenis polisi yang anda ambil untuk kenderaan anda. Pemandu dengan polisi insurans Komprehensif cenderung untuk membayar lebih berbanding pemegang polisi insurans Pihak Ketiga, dan juga polisi Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian.

Lokasi Geografi Anda

Bergantung kepada di mana anda tinggal dan memandu, premium insurans anda mungkin lebih tinggi atau rendah.

Kapasiti Enjin Kenderaan Anda

Hari ini keupayaan enjin kenderaan anda turut memainkan peranan penting bagi premium insurans anda di negara ini. Semua perkara di atas sangat mempengaruhi kos premium insurans anda. Sebagai contoh, jika anda mengira premium akhir yang perlu anda bayar untuk pelindungan komprehensif, ia adalah :

Premium kasar anda + 6% GST + Duti Setem RM10.00 + Sebarang perlindungan tambahan yang anda ambil. Sama juga, anda boleh mendapatkan nilai premium yang anda bayar untuk premium pelindungan Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian anda dengan mengira, 75% Premium Pelindungan Komprehensif – 25% NCD + 6% GST + Duti Setem RM10.00. Sekarang anda sudah tahu rahsia di sebalik pengiraan premium insurans! Jangan lupa yang anda mempelajarinya di sini!

Leave a Reply