Renew Auto Insurance
Apakah Kriteria yang Mempengaruhi Kadar Insurans Kereta Blog Featured Image
Insuran360Video Series

Apakah Kriteria yang Mempengaruhi Kadar Insurans Kereta?

Apakah Kriteria yang Mempengaruhi Kadar Insurans Kereta Blog
1.79KViews

Jika anda pernah membandingkan harga insurans anda dengan apa yang dibayar oleh rakan-rakan, keluarga atau rakan sekerja anda, anda mungkin akan dapat melihat beberapa perbezaan yang ketara. Kenapa agaknya? Apakah faktor yang menentukan kadar insurans kereta anda? Adakah anda sedang ditipu oleh syarikat insurans anda? Sebagai pemilik kenderaan dan pemegang polisi insurans, ini merupakan soalan yang perlu anda cari jawapannya. Nasib baik, inilah sebab kami di sini!

Hi. Selamat datang ke satu lagi episod dalam siri Insurans 360, saya Yuna duta jenama Fincrew. Dan hari ini, saya akan menghoskan video ini. Oleh itu, jangan ketinggalan untuk video-video lain yang bermanfaat seperti ini! Sebelum menonton lebih lanjut lagi, ambil masa untuk tekan butang ‘subscribe’ dan aktifkan notifikasi supaya anda akan sentiasa mendapat ‘update’ setiap kali terdapat video baru! Jika anda telah lakukannya, mari kita teruskan sekarang!

Anda mungkin sudah tahu bahawa kadar insurans kereta adalah berbeza-beza. Sebenarnya tidak ada harga tertentu atau tetap untuk mana-mana polisi insurans. Maksudnya, apa yang anda bayar untuk insurans tersebut adalah unik dan direka khusus untuk anda berdasarkan situasi persekitaran anda. Ramai pemilik kenderaan percaya bahawa mengurangkan pelindungan dan apa yang anda bayar setelah pengurangan akan menentukan kadar insurans anda. Walaupun benar, perkara ini boleh mempengaruhi kadar insurans anda, ia bukanlah satu-satunya faktor yang menentukan kadar insurans tersebut. Sebenarnya, terdapat banyak lagi faktor yang boleh mempengaruhi kadar insurans anda. Antara faktor-faktornya adalah:

  • Usia anda
  • Jantina anda
  • Status perkahwinan anda
  • Lokasi geografi anda
  • Sejarah pemanduan anda
  • Sejarah tuntutan anda
  • ‘Mileage’ kereta anda
  • Saiz kenderaan anda
  • Usia kenderaan anda
  • Keselamatan kenderaan anda dari kecurian

Dan banyak lagi. Apa yang menarik, setiap faktor ini akan dinilai secara berbeza. Oleh sebab itu, sesetengah faktor tersebut akan mempengaruhi kadar insurans anda menjadi lebih tinggi berbanding dari faktor lain. Kami akan membincangkan beberapa faktor penting sekarang.

Lokasi Geografi Anda

Perkara pertama yang akan syarikat insurans tanyakan kepada anda adalah di mana anda tinggal? Ini kerana kawasan bandar dan juga lokasi yang ramai penduduk berkemungkinan tinggi untuk berlaku kemalangan dan seterusnya menyebabkan banyak kes tuntutan. Beberapa risiko lain juga boleh dilihat dan dianggarkan berdasarkan faktor lokasi sahaja.

Usia Anda

Banyak syarikat insurans yang mengandaikan semakin muda seseorang pemandu itu, maka semakin mudah untuk mereka terdedah kepada kemalangan. Ini akan mempengaruhi kadar insurans anda. Sebab itulah, orang yang lebih berusia cenderung mendapat kadar insurans yang lebih rendah daripada individu yang lebih muda.

Jantina Anda

Ya! Jantina juga memainkan peranan yang penting di sini. Terdapat beberapa kajian yang menyokong bahawa pemandu wanita memandu lebih selamat berbanding dengan pemandu lelaki. Syarikat insurans bertindak berdasarkan maklumat ini. Oleh sebab itu, pemandu lelaki mungkin akan mendapati kadar insurans mereka adalah lebih tinggi berbanding dengan pemandu wanita.

Sejarah Pemanduan Anda

Ini merupakan salah satu faktor terbesar yang mempengaruhi tinggi atau rendah kadar insurans kenderaan anda. Sejarah pemanduan yang baik bukan sahaja akan menjadikan kadar insurans anda menjadi lebih rendah tetapi juga membantu anda untuk mendapatkan manfaat istimewa seperti Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD).

‘Mileage’ Kenderaan Anda

Sejauh mana dan seberapa kerap anda memandu kenderaan juga memainkan peranan penting di sini. Jika anda sekadar memandu untuk pergi dan balik dari tempat kerja, anda akan dikenakan bayaran yang lebih rendah berbanding dengan pemandu yang memandu lebih jauh dan lebih kerap.

Hah! Sekarang anda dah tahu bukan? Nantikan episod akan datang dari siri Insurans 360 untuk mendapatkan lebih maklumat tentang pelbagai lagi faktor yang mungkin akan mempengaruhi kadar insurans kereta anda!

Compare & Renew Auto Insurance
Savings up to RM300 + Road Tax Deliver To Your Door Step

Leave a Reply