Renew Auto Insurance
Premium Insurans Kenderaan Blog Featured Image
Auto Insurance

Premium Insurans Kenderaan

Premium Insurans Kenderaan Blog
3.74KViews

Adakah anda berminat untuk mendapatkan insurans kereta? Tahukah anda, harga premium yang harus anda bayar untuk sesuatu polisi adalah bergantung kepada beberapa faktor? Premium insurans kenderaan tidak mempunyai ‘default cost’. Sebaliknya ia dikira secara berasingan untuk mengikut individu. Berikut merupakan faktor-faktor yang boleh mempengaruhi premium anda!

Jenis Perlindungan

Pilihan paling asas hanya akan melindungi liabiliti dan ini merupakan pelan insurans paling ringkas yang boleh anda miliki. Polisi lain mungkin akan merangkumi pelanggaran, pembayaran perubatan dan beberapa lagi pelindungan lain. Semakin banyak pelindungan yang diberikan, semakin mahal polisi insurans kenderaan anda.

Join Fincrew Official Telegram Channel

Kereta Apa Yang Ingin Anda Insuranskan?

Jenis kenderaan yang ingin anda insuranskan akan mempengaruhi harga polisi insurans kenderaan anda. Premium untuk kenderaan mewah lebih mahal berbanding dengan kenderaan biasa. Walaupun begitu, syarikat insurans tetap akan menilai sejarah pemanduan anda (jika boleh), contohnya pemilik kenderaan mempunyai rekod pemanduan yang tidak bertanggungjawab. Ini akan menyebabkan mereka mengenakan harga polisi insurans yang lebih tinggi. Syarikat insurans juga akan melihat kepada statistik dan ciri perlindugan daripada kecurian yang ada pada kenderaan anda untuk menentukan risiko kereta anda dicuri. Sekiranya mereka menjangkakan risiko tersebut adalah tinggi, mereka mungkin akan mengenakan caj tambahan untuk polisi tersebut.

Berapa Kerap Anda Memandu Dan Ke Mana?

Mileage kenderaan anda juga akan mempengaruhi premium insurans. Jika tempat kerja anda tidak begitu jauh dan anda hanya menggunakan kenderaan anda untuk perjalanan pergi dan balik dari tempat kerja sahaja, premium yang dikenakan adalah lebih murah. Tetapi sekiranya anda sering melakukan perjalanan jarak jauh, kos pelan insurans anda juga akan bertambah. Kawasan bandar yang berpenduduk padat lebih terdedah kepada risiko kemalangan dan juga kecurian berbanding dengan kawasan pinggir bandar yang lebih selamat. Tempat di mana anda selalu memakir kenderaan juga boleh mempengaruhi harga polisi insurans. Sebagai contoh, garaj lebih selamat berbanding jika anda memakir kenderaan di kawasan yang terbuka.

Join Fincrew Official Youtube Channel

Maklumat Peribadi Dan Statistik Pemanduan

Selain daripada maklumat yang berkaitan dengan kenderaan anda, perincian dan statistik pemanduan anda akan menentukan kos polisi insurans kenderaan tersebut. Berikut merupakan faktor yang akan mempengaruhi harga premium:

  1. Umur – Statistik menunjukkan bahawa kadar kemalangan yang tertinggi adalah melihatkan pemandu yang berumur kurang daripada 25 tahun dan lebih tua daripada 65 tahun.
  2. Status perkahwinan – Pemandu yang telah berkahwin dipercayai lebih bertanggungjawab, ia boleh mengurangkan kos polisi insurans.
  3. Sejarah pemanduan – Berapa lama anda telah memiliki lesen? Pernahkah anda terlibat dengan kemalangan sebelum ini? Sudahkan anda membayar saman melebihi had laju atau terlibat dengan apa-apa sabitan trafik? Syarikat insurans akan menggunakan kesemua maklumat ini untuk mengira berapa kos premium insurans kenderaan anda.

Akhir sekali, jika anda bercadang untuk menginsuranskan beberapa buah kenderaan serentak, selalunya anda akan berpeluang untuk menerima diskaun. Kos untuk premium insurans kenderaan bagi kenderaan kedua akan dikurangkan.

1 Comment

Leave a Reply