Renew Auto Insurance
Apa Yang Akan Berlaku Bila Insurans Kenderaan Anda Dibatalkan blog featured image
Insuran360Video Series

Apa Yang Akan Berlaku Bila Insurans Kenderaan Anda Dibatalkan?

Apa Yang Akan Berlaku Bila Insurans Kenderaan Anda Dibatalkan blog
1.97KViews

Anda sedang memeriksa email anda seperti yang anda lakukan setiap hari, dan tiba-tiba! Syarikat insurans anda membuat kejutan dengan mengatakan bahawa mereka tidak akan memberikan pelindungan kepada anda lagi! Ke mana anda harus pergi selepas ini? Apa yang boleh anda harapkan bila sekarang kereta anda tidak lagi mempunyai pelindungan insurans kenderaan? Apa yang perlu anda lakukan seterusnya?

Hai! Saya (nama), duta jenama Fincrew dan hari ini, saya akan membantu anda menguruskan insurans kenderaan anda yang dibatalkan. Apabila ini berlaku, banyak perkara yang perlu anda uruskan secepat mungkin. Saya akan membimbing anda untuk melalui perjalanan yang agak sukar. Sekiranya anda memerlukan bantuan untuk menguruskan insurans kenderaan anda, maka anda tidak boleh terlepas walau satu video pun dari siri Video Insurans360 kami! Kami akan menghuraikan setiap aspek insurans kenderaan dan akan memberitahu semua yang anda perlukan bagi menikmati polisi anda! Klik butang ‘Subscribe’ sekarang dan aktifkan notifikasi jadi anda dapat menonton video kami segera!

Sekarang kami sudah meluahkan apa yang kami mahukan, mari kita ke isi utama hari ini. Jika anda tertanya-tanya bolehkah syarikat insurans membatalkan polisi anda? Jawapannya, YA! Mereka boleh. Tapi, mereka tidak boleh melakukannya tanpa alasan yang kukuh dan perlu memaklumkan kepada anda terlebih dahulu. Anda tidak boleh memandu kereta anda tanpa insurans yang sah, ini bermakna setelah insurans anda dibatalkan, anda bakal menghadapi kesukaran untuk memandu ke mana-mana! Lebih teruk lagi, semakin lama anda membiarkan kenderaan anda tanpa insurans kenderaan anda, anda boleh menjangkakan caj yang lebih tinggi bakal dikenakan oleh syarikat insurans lain apabila anda cuba mendapatkan pakej insurans lain.

Oleh sebab ini, bertindak pantas adalah penting! Ingat bahawa membatalkan insurans kenderaan anda tidak sama dengan mengeluarkan notis pembaharuan. Untuk kes terakhir, pelindungan anda tetap aktif sehingga tarikh yang sepatutnya berakhir. Setelah itu anda tidak akan diberi peluang untuk memperbaharui pakej insurans dengan syarikat yang sama. Biasanya syarikat insurans hanya akan membatalkan polisi jika:

  • Anda belum membayar premium anda atau terlewat bayar
  • Lesen memandu anda dibatalkan atau digantung kerana satu sebab atau pun
  • Mereka menyedari bahawa anda tidak melengkapkan maklumat permohonan

Dalam situasi ini, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah melihat kembali notis pemberitahuan yang dihantar kepada anda untuk mengetahui alasan mengapa polisi anda ditamatkan. Sekiranya tidak dinyatakan, anda perlu segera menghubungi syarikat insurans anda bagi mendapatkan maklumat tersebut. Setelah mengenal pasti masalah tersebut, anda boleh cuba berbincang dengan syarikat insurans anda itu.

Dalam sesetengah kes, ia akan berakhir dengan baik dan pihak insurans akan membatalkan notis pembatalan tersebut. Walau bagaimanapun, sekiranya syarikat insurans anda itu tidak berganjak dengan keputusan mereka, anda perlu mula mencari pelindungan daripada syarikat insurans lain! Walaupun pelindungan anda tidak dikira tamat sejak anda tarikh anda menerima notis, pembatalan, anda sudah tidak mempunyai banyak masa lagi! Lebih-lebih lagi jika insurans anda dibatalkan disebabkan alasan yang dinyatakan tadi.

Anda mungkin berasa sukar untuk mendapatkan syarikat insurans yang baru kerana syarikat insurans lain akan melihat notis pembatalan anda sebagai tanda amaran dan menganggap anda pelanggan berisiko tinggi. Bila anda menjumpai syarikat insurans yang baru, premium anda juga akan menjadi lebih tinggi daripada yang sebelumnya. Oleh itu anda dinasihatkan jika boleh, tidak membiarkan polisi anda dibatalkan. Tetapi jika berlaku juga perkara yang tidak diingini ini, sekurang-kurangnya anda tidak rugi semuanya.

Lihat pautan di bawah untuk mencari syarikat insurans yang boleh dipercayai. Sekiranya anda mendapati video ini bermanfaat, tinggalkan ‘Like’ serta ‘Subscribe’ dan aktifkan notifikasi supaya anda tidak terlepas episod yang akan datang dari siri Video Insurans360 ini! Bye buat masa ini!

Leave a Reply