Renew Auto Insurance
Bagaimana Syarikat Insurans Auto Menyiasat Tuntutan Kemalangan Blog Featured Image
Insuran360Video Series

Bagaimana Syarikat Insurans Auto Menyiasat Tuntutan Kemalangan?

Bagaimana Syarikat Insurans Auto Menyiasat Tuntutan Kemalangan Blog
837Views

Bagi pemandu yang biasa dengan proses bagaimana insurans kenderaan berfungsi di negara ini, keseluruhan proses mengemukakan tuntutan sebenarnya agak mudah. Tapi, bagi pemilik kenderaan yang kurang tahu banyak tentang insurans kenderaan hanya tahu mereka mempunyai pelindungan sekiranya sesuatu yang buruk berlaku. Banyak pihak yang diinsuranskan tidak menyedari bahawa setiap syarikat insurans menyiasat dengan mendalam kesahihan setiap tuntutan kemalangan yang diajukan sebelum mengeluarkan pampasan.

Bagaimana Syarikat Insurans Menyiasat Tuntutan Kemalangan?

Kenapa proses penyiasatan sangat penting? Teruskan menonton untuk mengetahuinya! Siasatan ke atas keaslian tuntutan anda bermula pada saat anda mengemukakan tuntutan. Seperti yang mungkin telah anda ketahui, selain membuat laporan polis, anda perlu memaklumkan kepada syarikat insurans anda mengenai kejadian tersebut.. Pada asasnya, penyiasatan ini dilakukan atas dua sebab:

Salah satu sebabnya ialah, syarikat insurans mahu memastikan bahawa kemalangan tersebut benar-benar berlaku seperti yang anda jelaskan dan anda tidak cuba untuk menipu mereka secara sengaja atau pun tidak. Sebab lain syarikat insurans menyelidik tuntutan kemalangan anda dengan teliti adalah untuk memastikan bahawa mereka memang perlu mengeluarkan pampasan kepada anda. Banyak syarikat insurans di luar sana mahu mendapatkan keuntungan dan seandainya mampu tidak teragak-agak untuk menolak pembayaran pampasan kepada pemilik kenderaan.

Compare & Renew Auto Insurance
Savings up to RM300 + Road Tax Deliver To Your Door Step

Sebaik sahaja anda memfailkan tuntutan tersebut, anda akan mendapat maklum balas daripada wakil syarikat insurans anda. Individu ini dipanggil ‘Adjuster’ atau Penyelaras dan mereka secara rasmi akan memulakan proses siasatan bagi pihak syarikat insurans anda. ‘Adjuster’ mungkin akan meminta item seperti:

  1. Salinan asal laporan polis anda
  2. Gambar bukti mengenai kerosakan akibat kemalangan kereta atau insiden
  3. Periksa kenderaan secara fizikal
  4. Salinan bil perubatan anda

Anda juga diwajibkan untuk menyatakan semua kerugian anda, jadi setiap pihak tahu apakah kerugian yang anda tuntut. Setelah berunding dengan anda, ‘adjuster’ juga akan menghubungi setiap pihak yang terlibat dalam kemalangan tersebut termasuklah saksi dan orang yang lalu-lalang. Ini untuk memastikan mereka mengesahkan kenyataan anda mengenai kejadian tersebut.

Mereka juga akan mengunjungi lokasi kemalangan bagi mendapatkan keputusan yang lebih baik. Setelah menyelesaikan rutin ini dan juga aktiviti lain yang perlu, ‘adjuster’ akan memutuskan kesalahan dan berapa pembayaran yang bersesuaian sekiranya ada. Proses ini boleh memakan masa, di mana anda mungkin mahu memutuskan untuk mula membaiki kenderaan anda. Anda mempunyai pilihan untuk membawa kereta anda ke bengkel panel syarikat insurans atau bengkel lain. Tapi, jika anda menggunakan khidmat bengkel selain bengkel panel insurans syarikat anda, mungkin akan ada pertikaian mengenai kos pembaikan.

Leave a Reply