Renew Auto Insurance
Bolehkah Saya Menginsuranskan Kereta Tanpa Lesen Memandu Blog FEatured Image
Insuran360Video Series

Bolehkah Saya Menginsuranskan Kereta Tanpa Lesen Memandu?

Bolehkah Saya Menginsuranskan Kereta Tanpa Lesen Memandu Blog
3.15KViews

Disebabkan faktor tertentu anda mungkin perlu mengambil polisi insurans auto untuk kenderaan anda walaupun tanpa lesen. Adakah anda tertanya-tanya adakah mungkin untuk mendapatkan insurans kenderaan walaupun tanpa lesen memandu yang sah di negara ini? Adakah anda ingin tahu tentangnya? Apa yang perlu anda lakukan hanyalah duduk dan teruskan menonton video ini!

Helo dan selamat datang ke satu lagi episod dalam Siri Video Insurans360! Hari ini saya akan membawa anda untuk mengetahui bagaimana untuk mendapatkan pelindungan insurans sepenuhnya biarpun tanpa lesen dengan langkah pantas dan mudah! Saya, Yuna duta jenama Fincrew dan terima kasih kerana bersama kami hari ini. Dapatkan segalanya yang perlu anda ketahui tentang insurans kenderaan di hujung jari anda! Hanya klik pada ikon ‘Subscribe’dan aktifkan notifikasi supaya anda dapat melihat segala yang ada dalam Siri Video Insurans360 kami!

Sekarang, setelah anda selesai melakukannya mari kita mulakan. Lesen memandu merupakan sebahagian keperluan untuk mendapatkan insurans auto di Malaysia. Salah satu sebab utamanya ialah syarikat insurans kenderaan memerlukan maklumat ini bagi memeriksa sejarah pemanduan anda. Jika mereka tidak memilikinya, maka mereka tidak dapat menjangka potensi risiko yang mereka ambil dengan pemanduan anda. Dengan kata mudah, mereka mungkin akan mengalami sedikit masalah untuk menilai berapa premium yang perlu anda bayar untuk insurans anda itu. Disebabkan ini, mencari syarikat insurans yang akan memberikan pelindungan kepada anda tanpa lesen memandu adalah agak mencabar. Ia mencabar, tapi tidak mustahil. Sesetengah syarikat insurans tetap akan memperluaskan pelindungan anda biarpun anda tidak memiliki lesen memandu yang sah. Syarikat insurans ini mempertimbangkan bahawa anda mungkin tidak mempunyai lesen memandu kerana faktor memiliki pemandu atau mempunyai masalah kesihatan. Untuk itu, jika anda ingin mendapatkan pelindungan dari syarikat insurans ini, anda boleh melakukannya dengan menggunakan salah satu saluran berikut:

Namakan Orang Lain Sebagai Pemandu Utama

Anda boleh membeli polisi dengan menggunakan nama individu lain. Ini akan berfungsi dengan baik jika nama individu yang anda gunakan itu:

  1. Tinggal di alamat anda
  2. Mempunyai hubungan dengan anda dan
  3. Mempunyai lesen memandu yang sah

Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada syarat sebenar syarikat insurans tersebut, individu yang ingin anda namakan sebagai pemandu utama mungkin tidak memenuhi semua kriteria yang telah disebutkan tadi. Namun, selaras dengan pendekatan ini, anda boleh membeli polisi tersebut dan menamakan diri anda sebagai pemandu yang dikecualikan. Banyak syarikat insurans yang terbuka dengan cara ini. Perlu diingatkan bahawa, sekiranya anda terlibat dalam kemalangan semasa memandu, anda tidak akan menerima apa-apa bayaran bagi menampung perbelanjaan akibat kemalangan itu.

Namakan Pemandu Berlesen Sebagai Pemilik Bersama Kenderaan

Sebagai pilihan, anda boleh mengambil polisi tersebut dan kemudian menamakan seseorang yang mempunyai lesen memandu yang sah sebagai pemilik bersama kenderaan. Dalam pelbagai peringkat, pendekatan ini terbukti lebih mudah untuk anda berbanding dengan pilihan sebelum ini.

Compare and renew car insurance with fincrew

Menggunakan ‘Parked Car Policy’ (Polisi Kereta Terpakir)

Sekiranya anda mempunyai kereta eksotik atau kereta mahal yang di parkir di garaj anda, anda MESTI mengambil insurans. Anda boleh berunding dengan syarikat insurans untuk memberikan pelindungan lain, tetapi masih menginsuranskan kereta anda daripada kecurian, kebakaran dan kerosakan. Ini merupakan cara paling biasa untuk anda melindungi kenderaan tanpa memiliki lesen memandu.

Jadi, apa pendapat anda tentang memiliki kereta tanpa lesen memandu? Adakah anda akan melakukannya? Kongsikan kepada kami di bahagian komen di bawah. Jangan tinggalkan kami tanpa tanda ‘Like’ dan tekan butang ‘Subscribe’ serta aktifkan notifikasi! Jumpa lagi!

Leave a Reply