Renew Auto Insurance
Sebab Utama Kenapa Tuntutan Insurans Motosikal Anda Ditolak blog featured image
Auto Insurance

Sebab Utama Kenapa Tuntutan Insurans Motosikal Anda Ditolak

Sebab Utama Kenapa Tuntutan Insurans Motosikal Anda Ditolak blog
1.66KViews

Bayangkan, anda mengalami kemalangan dan kemudian anda bersedia untuk membuat tuntutan kepada syarikat insurans bagi menanggung segala kos yang diperlukan untuk membaiki kerosakan yang dialami. Anda telah siap menghantar borang permohonan, tetapi anda kemudiannya dimaklumkan bahawa tuntutan anda itu ditolak. Pasti ia akan mengecewakan anda bukan? Kalau begini, lebih baik tak payah beli insurans motosikal kalau pihak insurans tak bertindak untuk melindungi pemilik polisi dari kecelakaan seperti kecurian, kemalangan atau kebakaran. Tentu mereka mempunyai alasan yang munasabah untuk menolak permohonan tuntutan anda itu. Mengapa agaknya syarikat insurans ini menolak permohonan anda? Mungkin 4 sebab di bawah merupakan alasan kenapa tuntutan insurans motosikal anda itu ditolak dengan mudah:

1. Laporan Polis Tidak Sah

Untuk mendapatkan tuntutan insurans, anda perlu mengemukakan kepada syarikat insurans laporan polis yang dilakukan kurang daripada tempoh 24 setelah kecelakaan atau kecurian itu tersebut berlaku. Pihak insurans akan menganggap bahawa dokumen laporan yang ditunda ini adalah tidak sah. Sebab itulah anda disarankan untuk segera membuat laporan polis dan mengemukakan permohonan tuntutan kepada pihak insurans pada hari yang sama. Dan jangan sesekali cuba untuk memalsukan laporan polis kerana anda boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 6 bulan dan juga denda sehingga RM2,000!

2. Tidak Mempunyai Lesen Memandu/Lesen Tamat Tempoh

Ramai juga di kalangan rakyat Malaysia yang memiliki dan memandu motosikal tanpa lesen yang sah terutamanya golongan remaja. Bila berlakunya kemalangan atau kecurian, pihak insurans akan meminta salinan dokumen penting untuk melengkapkan prosedur terutamanya lesen memandu. Sekiranya pemilik motosikal itu tidak mempunyai lesen memandu yang sah, permohonan mereka akan ditolak serta-merta. Jadi, ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang gemar menunggang motosikal, anda perlulah memantau anak-anak. Jangan biarkan mereka menunggang tanpa lesen yang sah walaupun untuk jarak yang dekat kerana kemalangan itu tidak berbau.

3. Tidak Dilindungi Polisi

Pihak insurans juga tidak memberikan pelindungan bagi setiap perkara yang berkaitan dengan motosikal anda. Sebelum membuat sebarang tuntutan kepada syarikat insurans, sebaiknya anda teliti terlebih dahulu dokumen polisi anda untuk melihat pelindungan apa yang diberikan di dalam polisi tersebut. Contohnya anda cuma mengambil polisi pelindungan yang paling asas, Polisi ini tidak akan melindungi anda daripada kes-kes kecurian aksesori motosikal seperti ‘sports rim’. Jadi, kalau anda membuat tuntutan kepada pihak insurans, tentu mereka akan menolak tuntutan tersebut.

4. Dokumen Tidak Lengkap

Kalau anda mengemukakan dokumen yang tidak cukup atau tidak lengkap, permohonan anda akan ditolak. Jadi sediakan semua dokumen yang diperlukan sebelum membuat tuntutan kepada pihak insurans. Antara dokumen yang perlu disediakan adalah salinan lesen memandu, salinan ‘cover note’, salinan laporan polis serta gambar yang boleh dijadikan sebagai bukti. Untuk maklumat yang lebih lanjut, anda boleh berhubung terus terus pegawai insurans anda. Anda juga boleh merujuk kepada Panduan Tuntutan Motor oleh Bank Negara Malaysia.

Jika anda memberikan perhatian untuk setiap perkara di atas, anda akan mendapat pampasan yang sewajarnya daripada syarikat insurans. Tetapi seandainya tuntutan anda masih ditolak, anda boleh menggunakan khidmat Biro Perantara Kewangan (Financial Mediation Bureau) menyelesaikan tuntutan dengan pihak insurans. Apa yang paling penting, semasa anda membeli insurans pastikan anda memahami sepenuhnya dengan pelan pelindungan yang anda ingin ambil itu. Jangan lupa untuk membandingkan setiap pelan insurans motosikal yang ada diluar sana bagi memastikan anda mendapat pelindungan yang terbaik pada masa yang sama berbaloi dengan duit yang dilaburkan.

Di Fincrew, kami menyediakan pelbagai pilihan polisi daripada pelbagai syarikat insurans yang berbeza. Ini tentunya akan memberikan peluang kepada anda untuk menilai pelan insurans motosikal mana yang bersesuaian dengan anda.

Leave a Reply