Renew Auto Insurance
Langkah Yang Perlu Diambil Jika Motosikal Dicuri blog featured image
Auto Insurance

Langkah Yang Perlu Diambil Jika Motosikal Dicuri

Langkah Yang Perlu Diambil Jika Motosikal Dicuri blog
5.27KViews

Bayangkan, anda baru sahaja membeli barangan di pasar raya, bila anda sampai ke tempat letak motosikal, anda dapati motosikal anda tidak berada di situ. Ia telah dicuri? Pastinya perasaan ketika itu bercampur baur di antara marah, susah hati dan juga takut bukan? Kalau anda mempunyai pelan insuran komprehensif yang masih aktif, anda bertuah kerana anda boleh mendapatkan pampasan daripada syarikat insurans. Sekiranya anda berada di dalam situasi itu, cuba untuk tidak panik. Lakukan langkah-langkah di bawah.

1. Buat Laporan Polis

Perkara pertama yang perlu anda lakukan tentulah membuat laporan polis terlebih dahulu. Cari balai polis terdekat dan pastikan anda membuat laporan kecurian tersebut dalam tempoh 24 jam setelah anda menyedari tentang kehilangan tersebut. Bawa bersama salinan geran motosikal dan juga polisi insurans motosikal anda. Semasa membuat laporan polis, pastikan terangkan situasi kejadian dengan teliti bagi membantu pihak polis. Setelah itu simpan laporan polis tersebut bagi memudahkan anda untuk membuat tuntutan insurans selepas ini.

2. Buat Tuntutan Insurans

Perlu diingatkan, untuk kes kehilangan motosikal, hanya pelan insurans Komprehensif sahaja yang akan melayan tuntutan anda itu. Pastikan juga insurans motosikal anda itu belum tamat tempoh, dan laporan polis itu di adalah sah (jangan tunggu terlalu lama untuk membuat laporan polis). Langkah pertama yang perlu anda lakukan untuk membuat tuntutan insurans ini adalah dengan mengisi borang tuntutan dan menghantarnya kepada syarikat insurans. Kemudian, ‘adjuster’ yang mewakili syarikat insurans akan menghubungi anda untuk mendapatkan testimoni lisan selain daripada testimoni bertulis dari laporan polis tadi.

Proses selanjutnya mungkin akan mengambil masa agak lama iaitu antara 4 hingga ke 6 bulan bagi pihak insurans meluluskan atau menolak tuntutan anda itu. Sekiranya tuntutan anda diterima, anda akan mendapat surat tawaran yang bermakna mereka bersetuju untuk membayar ganti rugi. Pihak insurans akan memberi dua pilihan kepada anda iaitu ganti rugi tunai atau pun motosikal baru. Jadi terserah kepada anda untuk pilih yang mana. Setelah itu anda perlu menyediakan dokumen lengkap seperti:

  • Surat persetujuan tawaran (dilampirkan bersama surat tawaran)
  • Borang JPJ TM-AB (pengesahan kad pengenalan yang dicop sumpah oleh pegawai JPJ)
  • Borang JPJ K3 (2 keping)
  • Borang JPJ K8 ( 1 keping)
  • Borang pelepasan oleh syarikat sewa beli (sekiranya telah habis bayar) Tetapi sekiranya anda masih mempunyai baki pinjaman, anda perlu kepada pihak bank terlebih dahulu kerana takut berlaku masalah lain pula nanti.
  • Kunci kenderaan (surat pemberitahuan sekiranya kunci hilang)
  • Kad pendaftaran kenderaan asal

3. Kes Kecurian Aksesori

Selalunya untuk kes kecurian motosikal, anda tidak layak untuk membuat tuntutan insurans. Bukan itu sahaja, pelan insurans motosikal yang biasa juga tidak akan memberi perlindungan terhadap kerosakan yang dialami akibat bencana alam seperti banjir, mogok, rusuhan, atau kekecohan awam. Sekiranya anda mahukan perlindungan dari perkara-perkara di atas, anda boleh membeli perlindungan tambahan yang akan dimasukkan ke dalam pelan insuran motosikal anda. Anda perlu mengeluarkan duit lebih bagi membeli polisi tambahan ini. Tetapi sekurang-kurangnya anda tidak perlu risau sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka terhadap motosikal kesayangan anda.

Bagi anda yang berminat untuk menambah polisi tambahan ini, anda boleh menghubungi pihak insurans anda atau layari laman web Fincrew untuk membandingkan polisi insurans yang sesuai untuk anda. Jadilah penunggang yang bijak dengan mengambil insurans bagi jaminan masa hadapan.

Leave a Reply