Renew Auto Insurance
5 Jenis Pelindungan Tambahan Dalam Polisi Insurans Kereta blog featured image
Auto InsuranceInsurance Terms

5 Jenis Pelindungan Tambahan Dalam Polisi Insurans Kereta

5 Jenis Pelindungan Tambahan Dalam Polisi Insurans Kereta blog
2.8KViews

Bagi anda yang memiliki kereta, pastinya anda boleh dikatakan sudah biasa dengan proses memperbaharui insurans berserta dengan cukai jalan setiap tahun. Selalunya untuk pelindungan yang menyeluruh, pemilik kenderaan akan mengambil polisi komprehensif. Tetapi tahukah anda? Polisi ini sebenarnya tidaklah begitu sempurna. Anda mungkin masih perlu untuk membeli polisi tambahan lagi bagi mendapatkan pelindungan terbaik. Tetapi ini semua bergantung situasi serta keperluan anda. Berikut merupakan 5 jenis pelindungan tambahan bagi insurans kereta:

1. Insurans Cermin Hadapan

Ramai yang menyangka bahawa polisi insurans komprehensif kereta akan turut merangkumi kerosakan yang berlaku pada cermin hadapan kereta. Sebenarnya, jika anda mahu untuk melindungi cermin hadapan kereta, anda perlu membeli polisi tambahan. Jika cermin hadapan ini retak atau pecah, kos untuk menukar cermin ini boleh mencecah ribuan Ringgit. Bayaran tambahan untuk mengambil pelindungan tambahan bagi cermin hadapan biasa adalah di antara 10% hingga 15% bergantung kepada nilai cermin kereta anda itu sendiri. Mahal memang mahal, tetapi berbaloi jika anda menukarnya dengan duit poket sendiri. Tapi, jika anda jarang memandu atau hanya memandu dalam lingkungan jarak yang dekat di kawasan yang kurang berisiko, anda mungkin tidak perlu untuk menambah pelindungan cermin hadapan dalam pelan insurans kereta anda.

2. Rusuhan Dan Mogok

Kita beruntung kerana di negara ini, sangat jarang berlaku kejadian yang tidak diingini seperti rusuhan dan mogok. Jika kejadian ini berlaku, tentunya kita tidak dapat menjamin harta benda kita selamat dan tidak dirosakkan oleh para perusuh. Jadi kebanyakan kita merasakan tidak memerlukan pelindungan tambahan ini. Tetapi kalau anda ingin mengambilnya, tidak ada masalah. Anda perlu membuat bayaran tambahan sekitar 0.3% daripada jumlah yang diinsuranskan ke atas kereta anda tadi. Untuk maklumat lanjut, anda boleh berhubung terus dengan wakil insurans anda. Nasihat kami cuma satu sahaja, berhati-hati semasa meninggalkan kereta anda. Elakkan meninggalkan kenderaan anda di kawasan yang berisiko seperti lokasi demonstrasi politik, perlawanan bola sepak dan sebagainya.

3. Bencana Alam

Di Malaysia, banjir merupakan salah satu bencana alam yang perlu kita hadapi saban tahun terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang. Anda juga pastinya tahu, kos untuk membaiki kerosakan kereta yang diakibatkan oleh banjir adalah tinggi. Jadi, sekiranya anda tinggal di kawasan rendah dan sering mengalami banjir, penting untuk anda mengambil pelindungan tambahan.

4. Aksesori Kenderaan

Tidak semua orang perlu menambah polisi ini di dalam pelan insurans kereta mereka. Pelindungan ini diutamakan kepada pemilik kenderaan yang gemar mengubah suai dan menambah aksesori pada kereta. Pihak insurans bukan sahaja tidak akan memberi bayaran ganti rugi sekiranya aksesori ini dicuri, tetapi juga tidak akan menanggung kerugian jika aksesori mahal ini mengalami kerosakan akibat kemalangan. Pelindungan insurans cuma akan di peruntukkan untuk komponen kenderaan yang asli serta standard sahaja. Jadi, sekiranya anda sayangkan aksesori mahal anda itu, lebih baik ambil tambahan polisi untuk aksesori supaya tidak menyesal di kemudian hari!

5. Legal Liabiliti Undang-Undang

Terdapat dua jenis pelindungan yang ditawarkan bagi kategori ini iaitu:

  • Liabiliti Undang-undang Untuk Penumpang – Katanya penumpang kenderaan anda membuka pintu kereta secara tiba-tiba sehingga menyebabkan pemandu kenderaan di sebelah terkejut lalu mengelak sehingga berlaku kemalangan. Anda akan terlepas tanggungjawab daripada menanggung kos kerugian yang dialami oleh pemandu tadi. Pihak insurans akan membayar pampasan kepada pemandu tadi.
  • Liabiliti Undang-undang Kepada Penumpang – Pelindungan tambahan ini akan mengelakkan anda daripada disaman oleh penumpang kereta anda. Bagaimana? Katakan anda sedang memandu dan mengalami kecelakaan jalan raya sehingga menyebabkan penumpang anda mengalami kecederaan. Pihak insurans anda akan membayar kos perubatan sebagai ganti rugi kepada penumpang anda itu.

Compare and renew car insurance with fincrew

Untuk menambah pelindungan di atas ke dalam pelan insurans kenderaan anda pastinya memerlukan kos tambahan. Layari laman web Fincrew bagi mencari pelindungan insurans terbaik hari ini juga.

Leave a Reply