Renew Auto Insurance
Situasi Yang Menyebabkan Anda Tidak Layak Mendapat Pelindungan Insurans Blog Featured Image
Auto InsuranceInsurance Terms

Situasi Yang Menyebabkan Anda Tidak Layak Mendapat Pelindungan Insurans

Situasi Yang Menyebabkan Anda Tidak Layak Mendapat Pelindungan Insurans Blog
2.19KViews

Di Malaysia, menjadi satu kewajipan untuk para pemilik kenderaan mendapatkan pelindungan insurans kenderaan setiap kali mereka ingin memperbaharui cukai jalan. Jika berlaku sesuatu yang tidak diingini contohnya kerosakan akibat kemalangan, pemilik kenderaan boleh membuat tuntutan kepada syarikat insurans. Tetapi terdapat juga situasi tertentu yang menyebabkan pihak insurans tidak meluluskan tuntutan tersebut.

1. Rusuhan/Perang

Kita semua bersyukur kerana tinggal di negara Malaysia yang aman tanpa perlu risau tentang peperangan. Tetapi, sebagai sebuah negara, kita tidak dapat lari daripada percanggahan pandangan sehingga menyebabkan berlakunya rusuhan. Sekiranya kenderaan anda dirosakkan oleh para perusuh, pihak insurans tidak akan menanggung kerugian yang anda alami. Jika anda mahukan pelindungan yang lebih untuk kenderaan anda, anda perlu memohon pelindungan tambahan daripada syarikat insurans dengan membayar lebih bagi pelan insurans kenderaan anda.

2. Aksesori Dicuri

Sekiranya anda merupakan seorang yang gemar mencantikkan kereta dengan aksesori tambahan seperti ‘sports rim’, ‘sound systems’ dan sebagainya, kami nasihatkan anda untuk mendapatkan polisi tambahan untuk kenderaan anda. Ini kerana polisi insurans yang biasa tidak akan memberi pelindungan daripada kecurian aksesori.

3. Bencana Alam

Untuk pengetahuan anda, pihak insurans juga tidak akan menanggung sebarang kerosakan akibat bencana alam seperti banjir, ribut, tanah runtuh dan sebagainya. Jadi, bagi yang tinggal di kawasan yang sering mengalami banjir atau berpotensi mengalami tanah runtuh, anda digalakkan untuk memohon polisi tambahan bagi kenderaan anda.

4. Kenderaan Dipandu Orang Lain

Pihak insurans juga tidak akan membayar apa-apa tuntutan kepada anda sekiranya sewaktu kemalangan tersebut berlaku, kenderaan ada itu dipandu oleh orang lain walaupun ahli keluarga anda sendiri. Tetapi jangan risau, anda masih lagi boleh mengemukakan tuntutan dengan cara membayar beberapa ratus ringgit kepada syarikat insurans. Kemudian mereka akan menguruskan segala urusan tuntutan anda itu. Terdapat cara yang lebih mudah iaitu dengan menambah nama pemandu lain ke dalam polisi insurans kenderaan anda sewaktu memperbaharui atau membeli insurans tersebut. Setiap nama pemandu yang dimasukkan di dalam polisi, anda cuma perlu menambah RM10 sahaja. Jadi mana yang lebih baik?

5. Liabiliti Undang-undang Untuk Penumpang Dan Kepada Penumpang

Sekiranya berlaku kemalangan, pihak insurans cuma akan memberikan pelindungan kepada pemandu sahaja. Penumpang yang berada di dalam kenderaan semasa kemalangan tersebut tidak akan mendapat apa-apa pampasan daripada syarikat insurans. Jika anda mahu memberikan pelindungan yang lebih menyeluruh kepada penumpang kenderaan anda, anda perlu mengambil polisi tambahan iaitu Liabiliti Undang-undang Kepada Penumpang. Jika penumpang kenderaan anda yang menyebabkan kerosakan kepada kenderaan lain, sebagai contoh penumpang kenderaan anda membuka pintu kereta sehingga membuatkan kereta yang berada di sebelah calar, anda juga tidak akan dilindungi oleh insurans. Untuk lebih selamat, anda digalakkan untuk menambah polisi Liabiliti Undang-undang Untuk Penumpang.

6. Kerosakan Total (Total Loss)

Katakanlah, kenderaan anda yang rosak teruk akibat kemalangan tadi masih lagi mempunyai baki pinjaman dengan pihak bank. Syarikat insurans cuma akan memberikan bayaran pampasan mengikut nilai semasa kenderaan anda ketika itu. Selalunya jumlah pampasan yang diterima adalah lebih rendah berbanding dengan baki pinjaman disebabkan oleh faktor susut nilai.

7. Kecederaan Dan Kematian

Ramai juga yang masih belum tahu bahawa polisi insurans anda tidak akan memberikan pelindungan kepada anda sekiranya berlaku kecederaan dan juga kematian. Apa yang berlaku, jika kemalangan tersebut disebabkan oleh kecuaian individu lain, polisi insurans yang di ambil oleh individu terbabit yang akan membayar ganti rugi ke atas kecederaan dan kematian anda. Tetapi sekiranya kemalangan tersebut disebabkan oleh kecuaian anda sendiri, segala kos perubatan yang anda alami perlu ditanggung oleh diri anda sendiri.

Disebabkan sesuatu kecelakaan itu tidak dapat diramal, lebih sekiranya kita bersedia. Pandu dengan berhati-hati. Selain itu, tidak salah jika anda mengeluarkan lebih belanja untuk mengambil pelindungan insurans yang lebih menyeluruh bagi mengelakkan masalah yang lebih berat di masa hadapan.

Leave a Reply