Apabila bercakap tentang soal insurans kereta, ramai orang menganggap ia perkara yang membosankan. Ini kerana terdapat terlalu banyak istilah yang mengelirukan. Namun, penting untuk anda mengetahui dan memahami beberapa istilah atau terma berkaitan dengan insurans kenderaan. Salah satu perkara yang paling penting yang perlu anda tahu adalah tentang ‘total loss’ atau kerosakan sepenuhnya.
View this post on Instagram
Apa Itu Total Loss?
Bagaimana ia berlaku, dan apa yang boleh anda lakukan? Kami akan membantu anda untuk memberikan jawapan terhadap semua persoalan ini. Sebelum pergi lebih dalam lagi, anda perlu tahu yang sesebuah kenderaan itu akan dianggap total loss disebabkan dua keadaan. Yang pertama, kereta tersebut dicuri. Kedua,kenderaan tersebut terlibat dalam kemalangan dan mengalami kerosakan sehingga tidak dapat digunakan lagi.
Dalam artikel ini, kami akan menerangkan secara lebih mendalam tentang senario yang kedua. Agensi insurans akan menganggap kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu mengalami kerosakan sepenuhnya anggaran nilai untuk membaiki kenderaan tersebut lebih tinggi daripada actual cash value (ACV) semasa kenderaan tersebut. Apa yang menariknya di sini, setiap negeri memberikan nilai yang berbeza untuk kerugian yang dianggap sebagai total loss. Setiap negeri mengguna pakai kaedah yang unik dan berbeza untuk menentukan jumlah kerugian total loss. Sebagai contoh, sesetengah negeri menggunakan kaedah Total Loss Formula TLF. Ini bermakna, kenderaan anda itu akan dianggap total loss sekiranya kos untuk membaik pulih kereta tersebut melebihi ACV kereta tersebut. Ada juga beberapa buah negeri yang menggunakan kaedah Total Loss Threshold’(TLT). Dalam kes ini, kerosakan pada kenderaan hanya perlu lebih besar daripada peratusan yang ditentukan berdasarkan nilai anggaran yang dirasakan sesuai untuk kereta tersebut dianggap total loss.
Join Fincrew Official Youtube Channel
Apa Yang Akan Terjadi Kepada Kenderaan Yang Diisytiharkan Total Loss?
Sekiranya kereta anda diisytiharkan sebagai total loss, dan anda bersetuju dengan penilaian ini, anda boleh memilih untuk menyimpan atau menyerahkan kereta tersebut kepada syarikat insurans anda. Jika anda memilih untuk menyimpan kenderaan tersebut, syarikat insurans akan memberikan bayaran yang lebih rendah daripada yang sepatutnya. Tambahan pula, kalau anda yakin bahawa kereta anda itu tidak mengalami total loss. anda boleh meminta pelaras menilai semula kereta anda itu berpandukan bukti-bukti yang ada. Untuk kes yang lebih ekstrim lagi, sekiranya anda masih tidak berpuas hati, anda boleh mendapatkan khidmat peguam untuk menyokong tuntutan anda. Sebelum anda menerima bayaran, jika kenderaan anda adalah total loss, nilai tunai sebenar kenderaan anda akan ditentukan terlebih dahulu. ACV dan juga faktor-faktor lain seperti keadaan kenderaan dan sebagainya akan dikira. Setelah itu, nilai ini akan diberikan oleh pihak insurans kepada anda. Sekiranya anda bersetuju dengan dengan nilai yang ditawarkan itu, anda akan dibayar dengan segera.
Nah! Sekarang anda sudah pun tahu tentang apa yang perlu diketahui mengenai total loss dalam insurans kereta.
View this post on Instagram
1 Comment