Renew Auto Insurance
Langkah Yang Perlu Diambil Jika Kereta Anda Dirosakkan Oleh Perusuh Blog Featured Image
Driver Guides

Langkah Yang Perlu Diambil Jika Kereta Anda Dirosakkan Oleh Perusuh

Langkah Yang Perlu Diambil Jika Kereta Anda Dirosakkan Oleh Perusuh Blog
1.03KViews

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu bersyukur kerana negara ini masih aman dan tidak terlibat dalam kancah peperangan. Rusuhan juga sangat-sangat jarang berlaku. Kalau ada pun, jarang sehingga menyebabkan kerosakan kenderaan orang awam. Tetapi pada tahun 2018, berlaku satu kejadian di mana 18 kereta telah dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Keadaan ini sedikit sebanyak pastinya merisaukan orang awam. Walaupun negara ini jarang berlaku kes kekacauan yang serius, tidak salah sekiranya kita sebagai pemilik kenderaan mengambil langkah berjaga-jaga dengan membeli pelindungan tambahan untuk kenderaan masing-masing. Bagi anda yang telah bersedia dengan pelindungan tambahan ini, berikut merupakan langkah-langkah yang perlu anda lakukan sekiranya terpaksa berhadapan dengan situasi yang tidak diingini ini.

1. Melarikan Diri

Kadang-kadang kita tidak tahu bila sesuatu situasi itu akan bertambah buruk. Sekiranya anda sedang berada di dalam kenderaan sewaktu kekacauan tersebut bertambah buruk, lebih baik anda tinggalkan sahaja kereta anda di situ dan melarikan diri ke tempat yang selamat. Kalau sempat parkir kereta anda ditempat yang dirasakan selamat sebelum keluar menyelamatkan diri. Pada waktu ini, keselamatan dan juga nyawa adalah lebih penting berbanding kereta. Setelah anda berada agak jauh dari kawasan tersebut, barulah fikirkan apa yang seharusnya anda lakukan seperti menelefon pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan dan memaklumkan keadaan anda kepada ahli keluarga atau sahabat handai.

2. Kereta Dibakar

Jika ini berlaku, lari sejauh yang anda boleh daripada kenderaan tersebut. Sekiranya api masih lagi kecil, anda boleh cuba memadamkan kebakaran tersebut dengan menyembur pemadam api sekiranya ada. Jika tidak, larikan sahaja diri anda jauh dari tempat tersebut. Ini kerana letupan boleh berlaku tanpa sebarang amaran. Tidak berbaloi untuk cuba menyelamatkan kereta anda sekiranya nyawa anda pula yang melayang.

3. Buat Laporan Polis

Jika sempat, sebelum anda bergerak ke balai polis, cuba untuk tangkap gambar kereta yang dirosakkan oleh perusuh itu. Tapi anda perlu berhati-hati kerana takut jika keadaan bertambah kecoh, anda pula yang akan dibelasah nanti. Laporan polis dan juga gambar bukti kerosakan ini penting sekiranya anda ingin membuat tuntutan insurans. Ingat! Pastikan laporan polis dibuat dalam tempoh 24 jam.

4. Buat Tuntutan Kepada Syarikat Insurans

Walaupun anda telah membeli pelan insurans komprehensif, pihak insurans tidak akan memberikan pelindungan terhadap sebarang kerosakan yang berlalu akibat rusuhan dan kekecohan awam. Tetapi, anda boleh mendapatkan pelindungan tambahan dari rusuhan atau vandalisme sewaktu membeli atau memperbaharui insurans kereta tersebut. Syarikat insurans akan mengenakan yuran tambahan sebanyak 0.3% daripada bayaran jumlah insurans tahunan. Sebagai contoh, sekiranya nilai insurans kereta anda adalah RM50k, anda perlu membuat bayaran tambahan sebanyak RM150 untuk mendapatkan pelindungan tambahan ini. Anda boleh melayari laman web perbandingan insurans Fincrew untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat tentang pelan tambahan ini. Anda juga boleh membandingkan pelan insurans syarikat-syarikat insurans yang ada di Malaysia bagi memudahkan anda untuk membuat keputusan.

5. Boleh Membuat Tuntutan Kepada Perusuh

Kalau anda mampu, anda boleh membawa kes ini ke mahkamah. Tetapi pastikan anda mempunyai bukti yang kukuh seperti gambar atau rakaman video yang menunjukkan dengan jelas wajah pelaku yang merosakkan kereta anda. Tetapi, kes seperti ini akan mengambil masa yang agak lama.

Langkah terbaik yang boleh anda lakukan adalah dengan sentiasa berhati-hati terutamanya sewaktu memakir kenderaan. Jauhi kawasan-kawasan demontrasi atau ceramah-ceramah politik. Sekiranya anda merasakan kawasan tempat tinggal anda itu selalu berlaku pergaduhan, mungkin langkah terbaik adalah membeli pelindungan tambahan ini sebagai satu jaminan kewangan.

Leave a Reply