Renew Auto Insurance
Perkara Yang Tidak Dilingungi Oleh Insurans Motosikal Blog Featured Image
Auto InsuranceInsurance Terms

Perkara Yang Tidak Dilingungi Oleh Insurans Motosikal

Perkara Yang Tidak Dilingungi Oleh Insurans Motosikal Blog
2.55KViews

Seperti yang semua orang sedia maklum, setiap pemilik motosikal di negara ini diwajibkan untuk mengambil insurans motosikal. Insurans ini sangat penting bagi melindungi penunggang motosikal dari segi kewangan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini. Tetapi, tahukah anda? Insurans motosikal yang biasa ini tidak akan melindungi anda daripada segala situasi buruk yang mungkin akan berlaku. Apakah jenis situasi yang tidak akan mendapat pelindungan insurans tersebut?

1. Perlindungan Hanya Untuk Pemilik

Bagi jenis insurans biasa seperti ‘Single Rider’, pelindungan insurans hanya akan diberikan kepada pemilik motosikal sahaja. Jadi, sekiranya sesebuah motosikal itu di tunggang oleh individu lain dan berlaku kemalangan, pemilik motosikal tidak berhak untuk mendapat ganti rugi ke atas kerosakan oleh penunggang tadi. Sebagai langkah berjaga-jaga, pemilik motosikal boleh memilih untuk menambah ‘All Riders’ dalam polisi insurans. Tetapi ini akan menyebabkan harga premium insurans menjadi lebih tinggi. Sekurang-kurangnya, motosikal tersebut akan dilindungi tidak kiralah siapa yang menunggangnya nanti.

2. Kecurian Aksesori

Untuk pengetahuan anda juga, motosikal anda tidak akan mendapat pelindungan insurans sekiranya yang dicuri hanyalah aksesori, contohnya tayar. Sekiranya anda mahukan pelindungan yang lebih menyeluruh, anda boleh meminta pihak insurans membuat tambahan pada polisi insurans motosikal anda untuk memasukkan pelindungan daripada kecurian aksesori motosikal.

3. Peperangan

Kita sebagai rakyat Malaysia sememangnya perlu bersyukur kerana negara kita tidak pernah mengalami peperangan sejak kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Tetapi, sekadar sebagai maklumat tambahan, motosikal anda tidak akan mendapat pelindungan daripada pihak insurans sekiranya berlaku kerosakan yang diakibatkan oleh peperangan. Namun begitu, anda tetap boleh membuat pelindungan tambahan bagi melindungi motosikal anda daripada gangguan awam seperti rusuhan, mogok, dan sebarang kekecohan awam.

4. Berada Dibawah Pengaruh Alkohol/ Dadah

Pihak insurans juga tidak akan berkompromi dengan sebarang apabila melibatkan penggunaan alkohol atau dadah oleh penunggang motosikal. Pihak insurans tidak akan memberikan sebarang pampasan jika kerosakan tersebut berlaku semasa penunggang berkenaan menunggang motosikal tersebut semasa berada di bawah pengaruh alkohol mahupun dadah. Memandu atau di bawah pengaruh alkohol atau alkohol sehingga menyebabkan kecederaan terhadap orang lain juga merupakan satu jenayah yang boleh mengakibatkan hukuman penjara selama 3 tahun sehingga 10 tahun dan juga denda sebanyak RM8,000 hingga RM20,000.

5. Kemalangan Yang Berlaku Di Luar Negara

Polisi insurans biasa juga tidak akan melindungi kemalangan yang berlaku di luar negara. Polisi tersebut hanya boleh diguna pakai di negara ini sahaja kerana mengkhususkan kepada undang-undang jalan raya di Malaysia.
Tetapi terdapat juga syarikat insurans yang meluaskan kawasan yang dilindungi oleh polisi yang diambil seperti Singapura dan juga Brunei. Nak lagi mudah, ambil sahaja pelan tambahan untuk menambah keluasan kawasan atau negara di mana polisi anda itu boleh digunakan.

6. Tuntutan Yang Keterlaluan

Ada sesetengah pemilik insurans suka mengambil kesempatan untuk mendapatkan pampasan yang lebih besar dengan menipu.Contohnya kerosakan yang berlaku adalah kecil sahaja, tetapi mereka di dalam borang tuntutan kerosakan yang dialami adalah lebih teruk dari yang sebenar. Anda perlu ingat, pihak insurans akan menjalankan siasatan ke atas setiap tuntutan insurans. Jadi, jika anda didapati berbohong, ini boleh menyebabkan tuntutan anda bukan sahaja ditolak tetapi juga polisi anda juga mungkin akan dibatalkan.

7. Kerosakkan Akibat Bencana Nuklear

Mengambil iktibar daripada musibah letupan nuklear di negara luar, kerosakan akibat bahan berbahaya ini akan bertambah buruk dari masa ke semasa. Disebabkan itu, syarikat insurans tidak memberikan pelindungan yang diakibatkan oleh bencana ini kerana mereka mungkin terpaksa membayar ganti rugi secara berterusan.

Walaupun kebanyakan situasi di atas boleh diuruskan dengan mengambil pelan tambahan, bukan semua pakej insurans menawarkan pelan tambahan tersebut. Jadi sebagai pemilik motosikal, jika anda mahukan pelan tambahan ini anda perlu melakukan sedikit kajian dan juga perbandingan untuk mendapatkan pelindungan terbaik yang bersesuaian dengan anda. Di Fincrew, kami menyediakan sistem perbandingan insurans terbaik untuk memudahkan anda.

Leave a Reply