Renew Auto Insurance
Apa Yang Boleh Saya Buat Untuk Mengurangkan Premium Insurans Auto Saya Blog Featured Image
Insuran360Video Series

Apa Yang Boleh Saya Buat Untuk Mengurangkan Premium Insurans Auto Saya?

Apa Yang Boleh Saya Buat Untuk Mengurangkan Premium Insurans Auto Saya Blog
1.91KViews

Adakah anda perasan apa yang anda bayar sebagai premium adalah agak tinggi? Pernah terfikir tak jika ada apa-apa yang boleh anda lakukan tentang perkara ini? Jangan risau! Bila anda habis menonton video ini, anda akan mengetahui hampir semuanya yang perlu anda tahu untuk mengurangkan atau menghapuskan punca harga premium yang tinggi itu! Insurans auto adalah satu bentuk pelindungan kewangan yang akan anda gunakan untuk situasi yang tidak terjangka, dan anda perlu membayar untuk kos pembaikan dan perbelanjaan lain. Jadi, walaupun tidak diwajibkan undang-undang, mendapatkan insurans bagi kenderaan anda merupakan langkah yang paling bijak.Tapi, bagaimana untuk anda berhadapan dengan masalah premium insurans auto tinggi yang menjengkelkan itu? Ikuti langkah kami!

Hi! Saya Yuna duta produk Fincrew dan hari ini saya akan membongkarkan rahsia bagaimana mendapatkan harga premium terendah untuk pelindungan terbaik! Dalam siri Video Insurans360, kami akan sentiasa memuat naik video hebat seperti ini. Jadi, jika anda tidak mahu terlepas, cepat tekan butang ‘Subscribe’ dan aktifkan notifikasi sekarang juga! Sekarang, setelah anda lakukannya, mari kita teruskan. Soalan cepumas, bagaimana anda caranya supaya berjaya mengurangkan kos premium yang tinggi? Berikut merupakan beberapa langkah praktikal dan tip untuk anda ikuti:

Tip nombor 1 – Bandingkan Kadar

Salah satu cara yang paling pasti untuk menjamin anda mendapat premium yang rendah adalah dengan memiliki rekod pemanduan yang sangat baik. Sekarang, tidak kiralah anda mempunyai rekod itu atau tidak, tidak rugi untuk membandingkan kadar premium antara satu syarikat insurans dengan syarikat insurans yang lain. Apa yang menarik tentang premium adalah, ia tidak tetap. Jadi, harganya boleh berbeza-beza dari satu syarikat insurans dengan satu syarikat insurans yang lain. Anda boleh anggapkan ini sebagai satu kelebihan dan memilih premium yang paling berpatutan!

Tip nombor 2 – Jadikan Potongan Anda Lebih Tinggi

Sebelum berkata apa-apa, kami tahu apa yang anda fikirkan. Mendapatkan potongan yang lebih tinggi adalah kurang produktif bagi anda yang ingin mengurangkan kos premium insurans. Tetapi realitinya, ia tidak benar sama sekali! Biar kami jelaskan. Pada asasnya, potongan merupakan apa yang perlu anda bayar sebelum mengaktifkan polisi pelindungan insurans anda. Sekarang, apa yang ramai pemilik kenderaan tidak tahu atau terlepas pandang, Semakin tinggi potongan anda, semakin rendah premium yang boleh anda dapat. Sebenarnya, pengurangan yang tinggi, boleh membawa pengurangan sehingga 30-40% bagi premium pelindungan Pihak Ketiga atau pelindungan Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kerugian anda! Menarik, bukan?

Tapi, cuma ada satu masalah kecil-

Untuk menggunakan kaedah ini dengan betul, anda perlu mempunyai simpanan yang cukup untuk diketepikan, sekiranya anda terpaksa memfailkan tuntutan.

Nombor 1- Petimbangkan untuk mengurangkan pelindungan bagi kereta lama

Sekali lagi kami tahu, anda mungkin tidak begitu suka dengan idea untuk mengurangkan pelindungan bagi kenderaan anda. Bagaimana pun, cuba analisis objektif disebalik keadaan ini:

Perlu diingatkan, kebanyakan syarikat insurans akan menaikkan kadar premium untuk kereta lama. Ada juga yang enggan menawarkan pelindungan secara langsung. Jadi, adakah anda berasa berbaloi dengan polisi yang anda ambil sekarang? Anda mungkin akan mendapati, lebih baik memilih untuk mengurangkan pelindungan.

Nombor 2- Manfaatkan Diskaun

Terdapat banyak diskaun dan juga bonus yang ditawarkan dalam insurans auto. Ia mungkin akan memerlukan sedikit usaha, tetapi anda boleh cuba untuk mencari polisi yang dapat dimanfaatkan untuk mengurangkan premium anda.

Fincrew.my menawarkan beberapa kadar premium paling kompetitif yang boleh anda dapati di pasaran hari ini.

Compare & Renew Auto Insurance
Savings up to RM300 + Road Tax Deliver To Your Door Step

Leave a Reply