Renew Auto Insurance
Insurans Kenderaan Terhadap Kemalangan Akibat Mabuk Blog Featured Image
Auto InsuranceDriver Guides

Insurans Kenderaan Terhadap Kemalangan Akibat Mabuk

Insurans Kenderaan Terhadap Kemalangan Akibat Mabuk Blog
3.83KViews

Insurans kenderaan memberi pelindungan terhadap kerosakan yang diakibatkan oleh kemalangan. Tetapi, apakah yang akan berlaku sekiranya kemalangan itu disebabkan oleh pemanduan di bawah pengaruh alkohol atau mabuk? Adakah syarikat insurans kenderaan akan membayar untuk kemalangan yang disebabkan memandu dalam keadaan mabuk? Teruskan pembacaan untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang jenis kemalangan akibat memandu dalam keadaan mabuk serta senario insurans kereta dan bagaimana ia boleh mempengaruhi anda. Sesiapa sahaja yang memandu di bawah pengaruh alkohol mahupun dadah boleh dikenakan hukuman penjara dan juga denda.

Compare and renew car insurance with fincrew

Walaupun anda didapati bersalah, dan berdepan dengan risiko kewangan yang besar jika anda terlibat dalam kemalangan akibat pengambilan alkohol yang berlebihan, anda mungkin akan terkejut bila mengetahui bahawa syarikat insurans kenderaan akan memberikan anda pelindungan bagi sebarang kemalangan yang diakibatkan oleh memandu di bawah pengaruh alkohol. Tetapi ini tertakluk kepada syarat ketat polisi insurans. Di Malaysia, memandu di bawah pengaruh alkohol adalah pengecualian umum untuk insurans kereta.

Kenapa Syarikat Insurans Melindungi Pemandu Mabuk?

Benar, memandu dalam keadaan mabuk adalah satu kesalahan. Tetapi, perkara ini dianggap sebagai jenayah tanpa niat. Ya, anda memang tahu yang anda memandu di bawah pengaruh dadah ataupun minuman keras. Tetapi tidak ada siapa pun yang merancang untuk terlibat dalam kemalangan. Sebab itulah syarikat insurans anda tidak akan melindungi kerosakan kenderaan atau harta benda akibat daripada pengaruh dadah dan alkohol. Tetapi, syarikat insurans masih perlu membayar kecederaan dan juga kerosakan yang dialami oleh pihak ketiga. Syarikat insurans juga masih berhak untuk membuat tuntutan balik ke atas apa yang diinsuranskan.

Senario Kes Pemandu Mabuk

Ini merupakan senario kes untuk anda – Seorang pemandu mabuk telah merosakkan kenderaan pihak ketiga serta mencederakan 3 mangsa di dalam kenderaan tersebut. Keluarga mangsa memutuskan untuk menyaman pemandu mabuk tersebut dan mahkamah membenarkan pampasan mahkamah sebanyak RM200k. Syarikat insurans akan membayar terlebih dahulu pampasan RM200k tersebut. Beberapa minggu kemudian, pemandu mabuk tadi menerima surat daripada syarikat insurans untuk membayar kembali RM200k tadi berserta dengan kos guaman kerana pengaruh alkohol adalah pengecualian.

Apa Yang Akan Terjadi Sekiranya Saya Mengisytiharkan Muflis?

Jika mangsa menang tuntutan mahkamah tersebut, pendapatan kewangan anda akan diambil kira untuk membayar semua kos guaman yang terlibat. Anda perlu tahu bahawa dalam sesetengah hal perundangan, anda mungkin akan terlepas jika anda mengisytiharkan diri anda muflis. Akan tetapi, ini tidak berlaku dalam kes tuntutan yang melibatkan pemandu mabuk. Kewajipan kewangan anda terhadap pemanduan mabuk akan tetap disimpan dalam rekod walaupun anda diisytiharkan muflis.

Join Fincrew Official Youtube Channel

Apa Yang Akan Berlaku Terhadap Polisi Saya Apabila Memandu Dalam Keadaan Mabuk?

Apa-apa pun, syarikat insurans anda tetap akan membayar kerugian mangsa. Tidak kiralah sama ada anda memandu di bawah pengaruh dadah atau alkohol. Tetapi selepas kemalangan itu, polisi insurans anda mungkin akan terbatal atau anda perlu membayar dua kali ganda untuk insurans kenderaan setelah mengakibatkan kemalangan.

Kesimpulan

Jangan pernah terfikir yang anda akan terlepas daripada memandu dalam keadaan mabuk atau apa-apa jua kesalahan lalu lintas. Walaupun syarikat insurans akan membayar pampasan kepada mangsa dibawah perintah perundangan, mereka boleh menggunakan hak subrogasi untuk membuat tuntutan balik terhadap anda. Dan kesalahan itu akan dikenakan hukuman yang berat di bawah undang-undang Malaysia.

Leave a Reply