Renew Auto Insurance
Bolehkah Saya Mendapatkan Insurans Kereta Tanpa Kereta blog featured image
Insuran360Video Series

Bolehkah Saya Mendapatkan Insurans Kereta Tanpa Kereta?

Bolehkah Saya Mendapatkan Insurans Kereta Tanpa Kereta blog
1.32KViews

Sebilangan besar pemilik kenderaan memahami dengan baik tentang tahap pelindungan insurans kenderaan yang mereka miliki akan melindungi diri dan kenderaan mereka. Walau bagaimanapun, timbul pula persoalan; Apa yang akan terjadi kepada pemandu yang tidak memiliki kereta? Adakah polisi tertentu untuk mereka yang tidak memiliki kereta, atau adakah mereka perlu memandu tanpa pelindungan?

Episod hari ini akan meneroka pilihan insurans kereta yang tersedia untuk pemandu yang tidak memiliki kenderaan bermotor. Hai! Nama saya (nama). Dalam episod ini, kami akan membincangkan langkah-langkah yang boleh anda ambil bagi mendapatkan jaminan kewangan apabila anda memandu kenderaan yang bukan milik anda. Memandu merupakan sebahagian besar dari kehidupan seharian dan kerana itu insurans kereta penting. Melalui Siri Video Insurans360 kami, anda akan mengetahui semua perkara yang harus anda tahu bagi menjadikan pengalaman pemanduan anda sesuatu yang menggembirakan! Jadilah antara yang pertama menonton setiap video yang kami muat naik dengan hanya klik butang ‘Subscribe’ dan aktifkam notifikasi sekarang!

Compare & Renew Auto Insurance
Savings up to RM300 + Road Tax Deliver To Your Door Step

Bergantung kepada spesifikasi yang telah diperincikan dalam polisi insurans pemilik kenderaan, anda mungkin layak mendapat pelindungan, walaupun anda terlibat dalam kemalangan dan bukan pemilik kepada kenderaan tersebut. Walau bagaimanapun, sekiranya anda terlibat dalam kemalangan yang teruk, dan pelindungan insurans kenderaan tidak meliputi keseluruhan kerosakan, ini boleh menyebabkan anda terpaksa mengeluarkan belanja yang tinggi dari poket anda sendiri. Tapi, apa sebenarnya pilihan yang ada untuk anda? Anda boleh mengetahui sama ada anda layak untuk mendapat apa yang disebut sebagai polisi insurans kereta bukan pemilik. Seperti namanya, ini adalah polisi insurans kereta yang diperluaskan kepada pemandu yang tidak memiliki kenderaan peribadi. Ini boleh menjadi polisi yang sangat menguntungkan jika anda kerap memandu. Jika anda terlibat dalam kemalangan, polisi insurans kereta bukan pemilik ini akan memberikan anda pelindungan bagi sebarang kecederaan dan juga kerosakan harta benda yang dialami oleh pihak ketiga.

Anda perlu ingat bahawa jenis pelindungan seperti ini hanya berfungsi sebagai Pelindungan Sekunder. Implikasinya ialah, ia cuma boleh digunakan jika pelindungan yang ada pada kenderaan tersebut tidak cukup untuk menampung perbelanjaan perubatan dan kos baik pulih. Maklumat lain yang perlu diketahui adalah polisi insurans bukan pemilik tidak akan membayar sebarang tuntutan untuk membaiki kenderaan atau kos perubatan anda sekiranya anda yang mengakibatkan kemalangan tersebut. Jika anda kerap memandu kereta rakan atau ahli keluarga, atau anda merancang untuk menyewakan kenderaan buat sementara waktu, polisi insurans ini mungkin berguna. Berita baiknya ialah, banyak syarikat insurans kereta yang menawarkan polisi hebat ini. Anda juga tidak perlu melakukan banyak proses untuk melakukannya. Apa yang perlu anda miliki ketika meminta sebut harga adalah:

  1. Beberapa maklumat peribadi
  2. Maklumat lesen memandu anda
  3. Pilihan kaedah pembayaran anda

Untuk mendapatkan bantuan lanjut tentang ini, ikuti pautan yang disediakan di bawah! Sekiranya anda menikmati video ini, tinggalkan tanda ‘Like’ dan ‘Subscribe’ saluran kami. Jangan lupa juga untuk mengaktifkan notifikasi untuk melihat semua episod yang akan datang dari siri Video Insurans360 ini. Terima kasih kerana menonton! Kami akan kembali dengan lebih banyak lagi video!

Leave a Reply