Renew Auto Insurance
Bagaimana Syarikat Insurans Auto Memeriksa Latar Belakang Anda Blog Featured Image
Insuran360Video Series

Bagaimana Syarikat Insurans Auto Memeriksa Latar Belakang Anda?

Bagaimana Syarikat Insurans Auto Memeriksa Latar Belakang Anda Blog
1.36KViews

Mengambil insurans kenderaan merupakan urusan serius. Lebih banyak yang diperlukan berbanding apa yang anda tahu. Anda mungkin telah sedar bahawa syarikat insurans kenderaan meneliti sejarah pemanduan anda sebelum menawarkan insurans kepada anda. Namun, tahukah anda mereka turut meneliti rekod kewangan dan rekod jenayah anda juga? Adakah anda ingin mengetahui bagaimana dan mengapa kebanyakan syarikat insurans melakukan proses ini? Kami akan membongkarkan semuanya dalam video ini!

Hai, dan terima kasih kerana menyertai saya dalam episod hari ini! Saya duta jenama Fincrew Yuna. Semasa mengambil polisi insurans, sememangnya penting untuk anda memahami apa yang ada di dalamnya. Mengetahui sebanyak mungkin faktor-faktor yang diteliti oleh syarikat insurans mengenai anda sebelum mengeluarkan polisi, adalah sebahagian besar cara untuk mempersiapkan diri anda untuk segalanya. Itulah sebabnya, siri ini- Video Insurans360 direka bagi membantu para pemilik kenderaan memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang bagaimana dunia insurans beroperasi. Pastikan anda tidak ketinggalan! Sertai kumpulan kami dan dapatkan maklumat mendalam mengenai semua perkara berkaitan insurans! Anda cuma perlu menekan ikon ‘Subscribe’ dan aktifkan notifikasi!

Satu perkara penting yang perlu anda ambil perhatian mengenai insurans secara amnya dan pelindungan auto secara khususnya adalah, semuanya berkaitan dengan risiko. Anda kemungkinan tidak akan membebankan syarikat insurans anda dengan kos yang lebih banyak berbanding apa yang anda bayar sebagai premium. Sama juga, syarikat insurans anda mungkin akan mengeluarkan belanja lebih banyak untuk mengekalkan polisi anda berbanding apa yang anda bayar sebagai premium, dalam kes ini mereka yang rugi. Sebab itulah, penilaian risiko sangat penting bagi insurans kenderaan. Ini mempunyai kaitan langsung dengan apa yang akhirnya anda bayar sebagai premium.

Risiko Rendah Sama Dengan Premium Rendah Dan Risiko Tinggi Sama Dengan Premium Tinggi

Untuk menentukan tahap risiko dengan tepat bagi memberikan pelindungan kepada anda, pihak insurans akan memeriksa perkara berikut mengenai anda:

  • Sejarah pemanduan anda
  • Sejarah kredit dan kewangan anda dan
  • Rekod jenayah anda

Sejarah Pemanduan Anda

Ini biasanya maklumat pertama dan terpantas yang boleh dicari oleh syarikat insurans kenderaan ketika menyediakan tawaran pelindungan kepada anda. Ini adalah mustahak bagi syarikat insurans kerana mereka percaya bahawa cara pemanduan anda pada masa lalu adalah petunjuk paling jelas tentang bagaimana anda mungkin memandu pada masa hadapan. Setiap syarikat insurans mempunyai alat untuk melihat sejarah pemanduan anda di komputer mereka. Sekiranya sejarah anda dipenuhi dengan kes-kes tuntutan kesalahan, anda boleh menjangkakan premium anda akan menjadi sangat tinggi.

Rekod Kredit Anda

Perkara berikutnya yang mereka akan lihat adalah latar belakang kewangan anda. Motivasi utama untuk melakukan pemeriksaan ini adalah untuk memastikan sama ada anda akan dapat membayar apa yang anda harapkan sebagai premium. Untuk ini, banyak syarikat insurans biasanya akan menggunakan maklumat kredit yang anda isi semasa memohon polisi untuk berhubung dengan bank anda.

Rekod Jenayah Anda

Tindakan jenayah tertentu sebenarnya berkaitan dengan polisi insurans kenderaan anda. Sebagai contoh, jika anda pernah terlibat dengan kes langgar lari, ini mungkin akan mempengaruhi sama ada syarikat insurans anda akan memperluaskan pelindungan anda atau tidak. Ini tanpa mengira keputusan kes. Kadang kala alat mudah seperti enjin carian lebih daripada cukup untuk mendedahkan sesuatu rekod jenayah. Dalam kes lain, syarikat insurans anda mungkin akan menghubungi pihak polis untuk memeriksa maklumat mengenai anda.

Compare & Renew Auto Insurance
Savings up to RM300 + Road Tax Deliver To Your Door Step

Kami akan mendedahkan dengan lebih lanjut mengenai hal ini dalam video berikutnya, jadi pastikan untuk terus menonton! ‘Subscribe’ saluran ini, dan jangan lupa untuk mengaktikfkan notifikasi. Jumpa anda lagi dalam video kami yang seterusnya!

Leave a Reply