Semua orang tahu bahawa pemilik kenderaan di Malaysia ini wajib memperbaharui cukai jalan dan juga insurans kenderaan bagi setiap kenderaan milik mereka. Tetapi ada juga situasi di mana pemilik kenderaan gagal memperbaharui cukai jalan dan juga insurans sehingga bertahun lamanya. Kalau dahulu, cukai jalan yang luput melebihi tempoh setahun perlu membuat pelbagai pemeriksaan sebelum dibenarkan untuk membuat permohonan cukai jalan yang baru. Kini, bermula 4 September 2020, kerajaan memberi peluang kepada rakyat untuk memperbaharui cukai jalan mereka seperti biasa walaupun tarikh cukai jalan telah luput asalkan tidak melebihi tempoh 3 tahun.Macam mana pula kalau cukai jalan tersebut telah luput melebihi 3 tahun. Apa yang perlu anda lakukan?
1. Bawa Kenderaan Ke PUSPAKOM
Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah menghantar kenderaan anda ke Pejabat PUSPAKOM terdekat bagi tujuan pemeriksaan. Anda boleh melayari laman web PUSPAKOM atau menghubungi terus pejabat mereka untuk menempah slot temujanji. Bayaran yang dikenakan untuk pemeriksaan ini adalah RM20. Tetapi anda boleh mengurangkan lagi bayaran ini dengan cara membuat pemeriksaan pada waktu Raya Aidilfitri dan juga Tahun Baru Cina. Sebelum ke Pejabat PUSPAKOM untuk pemeriksaan, pasti anda telah memperbaiki segala kerosakan yang ada pada kenderaan anda bagi melancarkan segala urusan pemeriksaan.
2. Dapatkan Permit Perjalanan Sementara
Memandu tanpa cukai jalan yang sah merupakan satu kesalahan jalan raya yang serius. Jadi, kalau cukai jalan kenderaan anda telah mati, bagaimana caranya untuk anda membawa kenderaan anda itu ke PUSPAKOM? Anda perlu memohon untuk mendapatkan permit perjalanan sementara (JPJ K12) dari pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang terdekat. Permit ini ibarat cukai jalan sementara dan hanya boleh digunakan sekali sahaja. Selain daripada permit ini, anda juga perlu bersedia dengan geran original kenderaan, kad pengenalan dan juga lesen memandu untuk dibawa bersama ke PUSPAKOM.
3. Pemeriksaan Kenderaan
Selepas mendaftar dan membuat bayaran di PUSPAKOM, anda hanya perlu menunggu pegawai mereka untuk datang dan memeriksa kenderaan anda itu. Antara perkara yang akan mereka lakukan adalah membandingkan nombor chasis pada kenderaan sama atau pun tidak dengan yang ada pada geran. Kemudian mereka akan melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan seperti cermin, lampu, lampu signal, brek dan sebagainya. Jika semuanya berfungsi dengan baik, mereka akan mengeluarkan laporan kelulusan pada hari yang sama. Laporan ini hanya sah dalam tempoh sebulan sahaja. Jadi, anda perlu segera memperbaharui cukai jalan dalam tempoh tersebut. Jika kenderaan anda gagal dalam pemeriksaan ini, anda perlu kembali untuk membuat pemeriksaan semula dalam tempoh 30 hari. Sebab itulah, kami menyarankan supaya anda memperbaiki sebarang kerosakan kenderaan sekiranya ada bagi memudahkan urusan.
4. Perbaharui Cukai Jalan Dan Insurans
Apabila selesai segala urusan di PUSPAKOM, bolehlah anda memperbaharui cukai jalan dan juga insurans dengan melakukannya sendiri atau dengan bantuan ejen. Tetapi di zaman serba maju ini, anda boleh melakukannya sendiri pada bila-bila masa di mana jua mengikut keselesaan anda. Jika anda melakukannya urusan ini sendiri, anda bukan sahaja boleh membuat pilihan insurans terbaik mengikut keperluan anda. Anda juga boleh menjimatkan lebih banyak duit tanpa penggunaan oleh tengah.
Join Fincrew Official Youtube Channel
Di dalam internet, terdapat pelbagai pilihan pelan insurans dari syarikat insurans yang berbeza. Di Fincrew.my anda boleh membuat perbandingan insurans kenderaan dengan lebih mudah dan pantas. Proses untuk memperbaharui cukai jalan dan juga insurans kenderaan boleh dilakukan dalam tempoh sepantas 3 minit sahaja! Jadi buat apa nak bersesak serta beratur panjang untuk mendapatkan cukai jalan dan juga insurans. Lakukannya di Fincrew hari ini juga!