Renew Auto Insurance
Bolehkah Insurans Auto Membayar Untuk Kos Membaiki Kereta Blog Featured Image
Insuran360Video Series

Bolehkah Insurans Auto Membayar Untuk Kos Membaiki Kereta?

Bolehkah Insurans Auto Membayar Untuk Kos Membaiki Kereta Blog
1.5KViews

Terima kasih kepada peraturan yang telah ditetapkan, setiap pemilik kenderaan di negara ini mempunyai sekurang-kurangnya satu pelindungan insurans auto atau lebih. Tapi apakah yang sebenarnya dilindungi oleh polisi ini? Adakah semua polisi insurans yang diambil merangkumi kos membaiki kereta anda? Kami akan membincangkan isu yang kurang jelas dalam insurans auto ini secara meluas pada hari ini!

Setiap pemilik kenderaan tahu bahawa pembaikan kereta akan selalu berlaku. Itulah satu satu dugaan memiliki dan mengendalikan kenderaan. Mempunyai polisi yang merangkumi kos membaiki kereta pastinya lebih baik. Ia akan mengurangkan beban kewangan untuk menaggung perbelanjaan yang tinggi. Anda hanya boleh mendapatkan satu daripada tiga jenis insurans auto di Malaysia Anda sama ada mendapat:

  1. Perlindungan Pihak Ketiga
  2. Perlindungan Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian atau
  3. Perlindungan Komprehensif

Mari kita lihat pelan-pelan perlindungan ini:

Perlindungan Pihak Ketiga

Ini merupakan polisi pilihan bagi kebanyakan pemandu di negara ini. Ia terkenal kerana harganya yang murah dan memenuhi syarat asas undang-undang bagi mendapatkan insurans kenderaan. Seperti namanya, ia hanya melindungi pemilik kenderaan dari beban kewangan yang meliputi pembaikan dan bil perubatan ke atas kenderaan, harta benda dan juga individu dari pihak ketiga.

Perlindungan Pihak Ketiga, Kebakaran Dan Kecurian

Seperti pelindungan asas Pihak Ketiga, anda akan dilindungi sepenuhnya untuk semua kerosakan yang menimpa individu lain. Tapi, dengan polisi Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian, anda juga akan menikmati kelebihan untuk tidak perlu mengeluarkan duit poket sendiri jika kereta anda menjadi mangsa kebakaran atau kecurian.

Perlindungan Komprehensif

Polisi ini pada dasarnya turut melakukan perkara yang sama dengan pakej Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian. Salah satu peningkatan yang besar dari pakej sebelum ini adalah kos pembaikan kenderaan anda akibat kemalangan akan ditanggung asalkan anda tidak bersalah. Berdasarkan penjelasan ringkas mengenai pelbagai jenis pelindungan yang tersedia untuk pemandu, anda dapat melihat dengan jelas bahawa jika anda mengambil polisi asas Pihak Ketiga, anda tidak dapat mengharapkan sebarang bayaran untuk pembaikan kereta anda.

Jika anda menggunakan pelindungan Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian, anda tidak perlu menanggung kos pembaikan sekiranya kenderaan anda mengalami kerosakan. Ini tentunya untuk kerosakan yang disebabkan oleh kecurian atau kebakaran sahaja. Anda perlu membayar sendiri jika kerosakan berlaku akibat seperti masalah lusuh atau pelanggaran. Anda mempunyai lebih banyak kebebasan dari mengambil berat tentang pembaikan kereta anda bila menggunakan polisi insurans Komprehensif. Anda berhak mengemukakan tuntutan jika kereta anda rosak dalam kemalangan kenderaan dan anda tidak bersalah. Bagaimanapun, anda masih tidak akan dilindungi jika anda perlu membaiki kereta tersebut akibat lusuh. Akhirnya, kaedah terbaik untuk memastikan sama ada anda dinsuranskan untuk pembaikan kereta atau tidak adalah dengan membaca cetakan polisi anda. Ia secara terperinci menjelaskan semua keadaan di mana anda berhak mendapat bayaran daripada syarikat insurans

Leave a Reply