Renew Auto Insurance
Diskaun Untuk Insurans Auto Blog FEatured Image
Insuran360Video Series

Apakah Jenis Diskaun Untuk Insurans Auto?

Diskaun Untuk Insurans Auto Blog
1.1KViews

Masanya sudah tiba lagi untuk tahun ini, dan anda sedang bersiap sedia untuk memperbaharui insurans kenderaan anda. Setiap Ringgit perlu dikira, jadi anda perlu pastikan bahawa anda mendapat nilai yang paling banyak untuk wang anda.Adakah anda sedar bahawa terdapat banyak ciri diskaun yang ada untuk pemilik kenderaan? Adakah anda tahu jika anda layak untuknya? Bagaimana anda boleh memanfaatkan faedah ini untuk keuntungan anda? Dapatkan jawapan untuk persoalan-persoalan ini dan banyak lagi sekarang!

Anda perlu memiliki insurans supaya dapat memandu di negara ini. Bagaimanapun, anda mungkin mendapati kos standard untuk membiayai insurans kenderaan adalah agak tinggi. Harga ini boleh menjadi lebih murah jika anda dapat memanfaatkan banyak ciri diskaun di hujung jari anda! Beberapa diskaun insurans auto yang perlu anda tahu adalah:

Diskaun Pemanduan Defensif

Insurans berfungsi ke atas risiko. Sekiranya anda merasakan dapat mengurangkan tahap risiko kepada syarikat insurans anda, mereka biasanya bersedia untuk memberikan potongan harga kepada anda. Mengambil kelas memandu secara defensif boleh memberikan anda diskaun sehingga 15% dengan pelbagai syarikat insurans. Apa yang perlu anda lakukan adalah mendapatkan sijil kelulusan dari sekolah memandu dan anda sudah bersedia!

Diskaun Memandu Tanpa Kemalangan

Seperti yang kami nyatakan tadi, dengan insurans segalanya berkaitan dengan risiko. Atas sebab ini, jika anda mempunyai rekod memandu tanpa pernah kemalangan, mana-mana syarikat insurans diluar sana pasti akan memberikan diskaun bonus yang hebat kepada anda. Kerana ciri ini, ramai pemandu tidak akan mendapat manfaatnya. Juga, ‘standard’ kelayakan yang ditetapkan untuk diskaun ini bergantung kepada setiap syarikat insurans. Ini bermakna, nilai sebenar yang anda dapat jika memenuhi syarat perjanjian itu adalah berbeza-beza dari satu syarikat insurans ke satu syarikat insurans yang lain.

Diskaun ‘Mileage’ Rendah Dan Penggunaan Kenderaan

Salah satu faktor utama yang akan menentukan berapa yang anda perlu bayar untuk insurans adalah lokasi geografi anda serta sejauh mana dan berapa kerap anda memandu kenderaan anda. Semakin selamat kawasan tempat tinggal anda, semakin tinggi diskaun yang anda akan dapat. Begitu juga, semakin pendek jarak perjalanan harian kereta anda semakin tinggi kadar diskaun yang anda terima.

Diskaun Kesetiaan Pelanggan

Ciri diskaun ini juga berbeza antara satu syarikat insurans dengan satu syarikat insurans yang lain. Sekiranya anda dapat mengekalkan polisi anda tanda sebarang masalah, biasanya pihak insurans akan memberikan anda diskaun sebagai tanda penghargaan dan insentif bagi mendorong anda untuk terus kekal bersama mereka.

Diskaun Untuk Kenderaan Berganda

Anda juga secara automatik berhak untuk mendapat diskaun, jika anda menggunakan polisi insurans auto ke atas beberapa kenderaan dengan syarikat insurans yang sama. Anda boleh mendapat diskaun sebanyak 25% untuk semua polisi yang anda ambil. Syarat yang diikuti oleh kebanyakan syarikat insurans adalah, kereta yang diinsuranskan merupakan milik individu yang memiliki ikatan kekeluargaan yang kuat. Ingin tahu lebih banyak lagi tentang diskaun yang boleh anda manfaatkan? Jadi. ‘Like’ video ini supaya ketinggalan video seterusnya! ‘Subscribe’ dan aktifkan notifikasi sekarang supaya anda akan mendapatkannya sebaik saja video disiarkan! Jumpa lagi!

Leave a Reply