Renew Auto Insurance
Apakah Susut Nilai Sifar Dalam Insurans Auto Blog Featured Image
Insuran360Video Series

Apakah Susut Nilai Sifar Dalam Insurans Auto

Apakah Susut Nilai Sifar Dalam Insurans Auto Blog
2.53KViews

Terma dalam insurans boleh menjadi sukar! Tetapi anda tetap perlu cuba untuk memahaminya kerana ia adalah penting. Salah satu aspek penting yang kurang diketahui oleh para pemilik kenderaan adalah susut nilai sifar atau Nil Depreciation. Apakah maksudnya? Dan bagaimana ia berfungsi? Bagaimana pula anda sebagai pemilik kenderaan boleh mendapat manfaat daripada perkara ini? Baiklah, mari kita lihat!

Hello, dan selamat datang. Saya merupakan duta jenama Fincrew, Yuna dan hari ini anda akan memberikan maklumat lengkap tentang insurans ini dan bagaimana ia berfungsi. Dan saya juga akan terangkan kepada anda adakah ia sesuai untuk anda dan jika ya, bagaimana anda dapat memanfaatkannya sepenuhnya! Insurans merupakan sebahagian dari pengalaman anda sebagai pemandu. Tonton Siri Video Insurans 360 untuk memahaminya hari ini! ‘Subcribe’ saluran kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana pelbagai aspek insurans berfungsi dan cara menggunakannya semula untuk keuntungan anda! Jangan lupa juga untuk mengaktifkan notifikasi! Sekarang, setelah anda lakukannya, mari kita teruskan.

Dalam insurans auto, susut nilai merujuk kepada proses di mana kenderaan anda atau mana-mana bahagian kenderaan tersebut hilang nilai dalam suatu tempoh masa yang telah ditetapkan. Kehilangan nilai ini selalunya berlaku disebabkan oleh:

  1. Terlalu kerap digunakan
  2. Usia dan juga
  3. Usang

Contoh yang paling mudah adalah, kereta baharu lebih mahal berbanding dengan kereta lama. Satu perkara yang perlu anda tahu, bahagian kereta yang berbeza akan memberikan susut nilai yang berbeza. Sebagai contoh, kadar susut nilai untuk bahagian logam kenderaan adalah berbeza dengan kadar susut nilai pada bahagian cermin bagi kenderaan yang sama.

Compare & Renew Auto Insurance
Savings up to RM300 + Road Tax Deliver To Your Door Step

Susut nilai sifar sangat penting dalam insurans kerana sekiranya kenderaan anda mengalami kerosakan teruk akibat kemalangan, insurans biasa hanya akan membayar setelah susut nilai dikeluarkan dari kos pembaikan kenderaan. Tapi, jika anda mengambil pelindungan insurans susut nilai sifar, jika kenderaan anda mengalami kerosakan, anda akan dibayar penuh bagi mana-mana bahagian yang perlu dibaiki.

Beberapa perbezaan ketara yang anda dapat lihat antara insurans susut nilai sifar dengan insurans biasa adalah:

  • Anda akan mendapat pampasan penuh dengan susut nilai sifar, sementara insurans tradisional dibayar setelah kadar susut nilai ‘standard’ ditolak.
  • Apa yang anda bayar sebagai premium untuk susut nilai sifar adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan apa yang anda bayar untuk premium insurans biasa.
  • Dengan insurans biasa, anda perlu menanggung kos baik pulih yang berkaitan dengan bahagian gentian, kaca, dan getah kenderaan menggunakan duit sendiri. Syarikat insurans akan menanggung segala perbelanjaan tersebut apabila anda menggunakan insurans susut nilai sifar.
  • Hanya kereta yang berusia di bawah 3 tahun yang layak untuk susut nilai sifar. Ia tidak berlaku untuk insurans biasa.

Dengan mempertimbangkan faktor-faktor ini, anda seterusnya hanya perlu menentukan sama ada insurans susut nilai sifar adalah untuk anda atau tidak. Walaupun anda boleh mengambil insurans ini dengan syarat kereta anda tidak melebihi 3 tahun, susut nilai sifar berfungsi dengan lebih baik sekiranya anda tergolong dalam kategori berikut:

  • Kereta anda masih baru
  • Anda memandu kereta antik atau eksotik
  • Anda bukan merupakan pemandu yang benar-benar berpengalaman
  • Kawasan anda mempunyai statistik kemalangan yang agak tinggi
  • Harga alat ganti kereta anda adalah sangat mahal
  • Anda sama sekali tidak sukakan calar atau kemek pada kenderaan anda

Kesimpulannya, anda telah mengambil pelindungan asas sebelum memilih pilihan insurans auto ini.

Leave a Reply