Renew Auto Insurance
Polisi Insurans Motor Blog Featured Image
Auto Insurance

Polisi Insurans Motor

Polisi Insurans Motor Blog
2.84KViews

Adakah anda sedang merancang untuk membeli kereta baharu? Anda juga terfikir adakah mendapatkan polisi insurans motor merupakan langkah yang terbaik? Ini bukan soal insurans kenderaan diwajibkan oleh undang-undang atau tidak. Ini mengenai pelindungan kewangan serta faedah lain yang bakal diperoleh daripada polisi insurans motor. Tujuan utama mendapatkan insurans kenderaan adalah untuk memberikan pelindungan kewangan sekiranya kenderaan anda terlibat dalam kemalangan. Bergantung kepada pelan yang anda pilih, anda mungkin akan mendapatkan pelindungan kewangan untuk perkara berikut:

  • Tuntutan kecederaan dan kematian pihak ketiga – Kenderaan anda terlibat dalam kemalangan yang disebabkan oleh kecuaian pihak ketiga. Jika mereka yang bersalah, anda akan mendapat pelindungan kewangan untuk kecederaan tubuh badan dan juga kematian.
  • Kerosakan harta benda pihak ketiga – Adakah pihak lain menyebabkan kerosakan terhadap kenderaan anda atau kenderaan mereka? Jika ya, anda boleh membuat tuntutan terhadap syarikat insurans. Bergantung kepada siapa yang menyebabkan kemalangan, tuntutan boleh dilakukan terhadap anda atau syarikat insurans pihak satu lagi.
  • Kerosakan harta benda sendiri – Sekiranya kenderaan anda mengalami kerosakan, anda boleh membuat tuntutan ‘No Fault Own Damage’ (NFOD) dan juga tuntutan untuk kesalahan sendiri. Tahap pelindungan kewangan yang diberikan mungkin berbeza-beza.
  • Tuntutan kebakaran dan kecurian – Adakah kenderaan anda dicuri? Adakah kenderaan anda rosak akibat kebakaran atau apa-apa sahaja bencana alam?  Motor polisi akan memberikan perlindungan kewangan kepada anda untuk kes-kes seperti ini.

Untuk mendapatkan pelan insurans kereta, anda boleh memilih satu satu daripada tiga jenis pelindungan ini:

  • Pihak ketiga
  • Pihak ketiga, kebakaran dan kecurian
  • Komprehensif

Join Fincrew Official Telegram Channel

Perlindungan Tambahan

Berikut merupakan beberapa perlindungan tambahan yang boleh anda masukkan ke dalam polisi insurans motor:

  • Liabiliti undang-undang kepada penumpang – Bagaimana jika penumpang atau orang lain di dalam kenderaan lain membuat tuntutan kepada anda kerana kecederaan mereka?
  • Pampasan untuk tempoh pembaikan yang dianggarkan – Anda mungkin tidak dapat menggunakan kenderaan anda itu untuk sementara waktu. Ini akan menampung perbelanjaan anda sepanjang tempoh tersebut.
  • Cermin hadapan – Jika cermin pecah dan bukan diakibatkan oleh kemalangan jalan raya.
  • Banjir – Jika kereta anda rosak akibat banjir, anda akan dilindungi.

Ketenangan Fikiran

Akhir sekali, ketenangan itu tidak boleh dibeli. Ia mungkin bukan cara terbaik untuk menggambarkan bagaimana polisi insurans motor ini akan melindungi anda. Tetapi ianya sangat penting. Memiliki pelan insurans kereta akan membantu anda untuk tidur lena. Ini memang benar apatah lagi jika bukan anda seorang yang akan memandu kenderaan tersebut. Sekiranya berlakunya kemalangan, anda akan berasa lega kerana syarikat insurans akan menanggung kos pembaikan yang perlu. Ini akan memastikan keluarga anda tidak menghadapi masalah kewangan yang teruk akibat daripada kemalangan itu.

Bagaimana Pula Jika Anda Yang Menyebabkan Kemalangan?

Tidak ada siapa pun yang sempurna. Anda mungkin menyebabkan kemalangan semasa anda memandu. Adakah kejadian yang tidak diingini itu merosakkan harta benda orang lain? Jika ini berlaku, memiliki polisi insurans motor mungkin akan memberikan beberapa pelindungan untuk mengelakkan anda kehilangan semua yang anda miliki disebabkan tuntutan mahkamah. Polisi insurans motor yang komprehensif akan membolehkan anda untuk membuat tuntutan kerosakan terhadap syarikat insurans anda.

Join Fincrew Official Youtube Channel

Jika anda terlibat dalam kemalangan, penting untuk anda berada dalam keadaan tenang. Apabila tiba sahaja masa untuk berbincang mengenai kerosakan kenderaan, adalah sesuatu yang kurang bijak untuk menawarkan pembayaran atau penyelesaian dengan segera. Sebaliknya, utamakan apa yang diwajibkan oleh undang-undang terlebih dahulu seperti membuat laporan polis atau mengisi borang pemberitahuan kemalangan untuk dihantar kepada syarikat insurans. Untuk memfailkan sebarang tuntutan secepat yang mungkin, pastikan anda menyelesaikannya sebelum tarikh akhir yang telah ditentukan oleh undang-undang atau syarikat insurans anda.

Leave a Reply