Renew Auto Insurance
Ketahui Perkara Penting Ini Sebelum Membeli Insurans Kereta blog featured image
Auto InsuranceDriver Guides

Ketahui Perkara Penting Ini Sebelum Membeli Insurans Kereta

Ketahui Perkara Penting Ini Sebelum Membeli Insurans Kereta blog
2.37KViews

Setiap tahun, pemilik kereta diwajibkan untuk memperbaharui insurans kereta mereka berserta sekali dengan cukai jalan. Ini bagi memastikan kereta anda dilindungi jika berlaku sebarang kecelakaan jalan raya. Tetapi, kami pasti ramai di kalangan rakyat Malaysia memperbaharui insurans mereka sekadar untuk memenuhi tuntutan undang-undang tanpa meluangkan masa untuk memilih insurans kereta yang tepat untuk diri mereka. Pemilihan polisi insurans yang tepat sangat penting bagi memastikan anda bukan sahaja mendapat perlindungan yang sewajarnya tetapi juga berbaloi dengan duit yang anda laburkan itu. Berikut merupakan 5 perkara penting yang perlu anda ambil kira sebelum membeli insurans.

Compare and renew car insurance with fincrew

1. Jenis Perlindungan Yang Diperlukan

Terdapat 3 jenis insurans utama kereta iaitu:

  • Pihak Ketiga – Polisi yang paling asas dan hanya akan melindungi pihak ketiga yang terlibat dalam kemalangan. Jika kemalangan berlaku disebabkan oleh kecuaian anda, polisi insurans ini akan menanggung segala kos kerosakan, kecederaan/kematian pihak lain yang terlibat dalam kemalangan tersebut.
  • Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian – Sama seperti polisi pihak ketiga cuma terdapat perlindungan tambahan jika kereta anda terbakar atau dicuri.
  • Komprehensif – Memberikan perlindungan seperti polisi insurans di atas dengan tambahan perlindungan untuk kereta sendiri andai berlaku kerosakan akibat kemalangan.

2. Perlindungan Tambahan

Walaupun pelan perlindungan komprehensif memberikan perlindungan terbaik, tetapi anda mungkin tetap memerlukan perlindungan tambahan lain sesuai dengan situasi anda bagi mendapatkan perlindungan yang lebih menyeluruh dan sempurna. Sebagai contoh, sekiranya anda gemar menambah aksesori pada kereta seperti ‘sport rim’ dan sebagainya, anda mungkin perlukan polisi tambahan bagi melindungi kenderaan anda itu. Antara beberapa jenis perlindungan tambahan yang boleh diambil oleh pemilik kereta adalah perlindungan cermin hadapan, perlindungan dari bencana alam dan juga perlindungan dari rusuhan.

3. Bandingkan Polisi

Salah satu lagi perkara penting yang perlu anda lakukan sebelum membeli mana-mana pelan insurans adalah membuat perbandingan untuk setiap polisi yang ditawarkan oleh pelbagai syarikat insurans. Perbandingan ini dilakukan bukan sahaja untuk mencari premium yang berpatutan, tetapi juga yang memberikan perlindungan yang tepat dengan kemampuan dan juga keperluan anda. Terdapat terlalu banyak pelan insurans dari syarikat yang berbeza yang boleh dipilih. Untuk memudahkan urusan, kini terdapat pelbagai laman web yang menawarkan khidmat membandingkan sebut harga insurans seperti Fincrew. Di Fincrew, anda boleh membandingkan bukan sahaja sebut harga dari pelbagai syarikat insurans, tetapi anda juga boleh memperbaharui insurans dan juga cukai jalan dengan mudah dan pantas pada bila-bila masa sahaja.

4. Baca Dokumen Perjanjian Polisi

Bila anda sudah memilih polisi yang bakal dibeli, jangan lupa untuk membaca dokumen perjanjian sebelum menandatangani dokumen tersebut. Baca dengan teliti dan cuba fahami setiap butir perjanjian tersebut. Terdapat peruntukan tertentu dalam polisi insurans yang tidak akan memberikan perlindungan kepada beberapa situasi tertentu. Sangat penting untuk anda tahu situasi yang bagaimana tidak memungkinkan anda untuk mendapatkan pampasan daripada syarikat insurans. Jika anda tahu tentang pengecualian ini, anda boleh mengambil langkah berjaga-jaga yang lain bagi melindungi diri anda dan juga penumpang dengan mengambil polisi tambahan dan sebagainya.

5. Elakkan Menggunakan Khidmat Ejen

Sebenarnya tidak salah untuk menggunakan khidmat ejen untuk memperbaharui premium insurans kereta anda. Tetapi di zaman yang serba maju ini, anda boleh menjimatkan lebih banyak wang dengan melakukan segalanya sendiri. Anda juga berpeluang untuk mencari dan membandingkan sendiri lambakan pelan insurans yang tersedia di luar sana. Apa yang penting adalah anda perlu bijak mencari laman web perbandingan insurans yang dipercayai. Mencari insurans kereta yang terbaik boleh menjadi sesuatu yang meletihkan. Tetapi jika anda faham dengan setiap yang kami terangkan kepada anda di atas, percayalah urusan anda akan menjadi lebih mudah.

Leave a Reply