Renew Auto Insurance
Anda Boleh Dipenjarakan Jika Ditangkap Menunggang Tanpa Insurans Motosikal Blog Featured Image
Auto Insurance

Anda Boleh Dipenjarakan Jika Ditangkap Menunggang Tanpa Insurans Motosikal

Anda Boleh Dipenjarakan Jika Ditangkap Menunggang Tanpa Insurans Motosikal Blog
3.22KViews

Adakah anda mempunyai motosikal dan gemar manunggangnya? Sama ada anda ke tempat kerja atau ke pasar berdekatan untuk membeli buah, menunggang motosikal merupakan cara yang mudah untuk menempuh trafik. Anda boleh mengelakkan kesesakan lalu lintas dan dapat sampai ke destinasi dengan lebih cepat. Tetapi bagaimana pula dengan insurans motosikal? Adakah ianya wajib? Dan apa akibatnya jika tidak memilikinya? Teruskan pembacaan untuk mengetahui kenapa insurans motosikal sangat penting!

Join Fincrew Official Telegram Channel

Adakah Undang-undang Memerlukan Saya Untuk Memiliki Insurans Motosikal?

Jika anda lihat dalam Undang-undang Pengangkutan Jalan, anda akan mendapati bahawa dalam Seksyen 90 ada mengatakan bahawa, “pengguna kenderaan bermotor harus diinsurankan terhadap risiko pihak ketiga”. Dalam seksyen yang sama juga, jika anda tidak memiliki cukai jalan dan insurans, anda boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga bulan, Selain itu, anda perlu membayar denda sehingga RM1,000! Polisi insurans yang sah diperlukan untuk memperoleh cukai jalan. Jika anda tidak mempunyai cukai jalan, denda boleh meningkat sehingga RM3,000. Tidak mahu membayar denda dan menghabiskan masa di dalam penjara mungkin menjadi sebab ramai yang mendapatkan insurans motosikal. Namun begitu, jika anda lihat kepada sesetengah statistik, anda akan mendapati bahawa keselamatan dan juga ketenangan jiwa merupakan sebab utama kenapa anda perlu mendapatkan insurans motosikal.

Penunggang Motosikal Mengalami Kecederaan Yang Lebih Teruk Dalam Kemalangan

Sekiranya kemalangan berlaku antara motosikal dan juga kereta, penunggang motosikal selalunya akan mengalami kecederaan yang lebih teruk. Ini kerana pemandu kereta akan dilindungi beg udara manakala, penunggang motosikal pula mungkin akan jatuh dari motosikal dan terseret di atas jalan raya. Setiap orang seharusnya bertanggungjawab semasa berada di atas jalan raya. Tetapi, bagaimana anda telah melakukan semuanya dengan patuh, tapi masih juga tercedera?

Mungkin anda mengalami kecederaan otot, kulit terbakar, atau patah tulang, atau mungkin juga kerosakan kenderaan yang ketara. Di sinilah polisi insurans motosikal memainkan peranan penting. Ia bertindak untuk menawarkan pelindungan kewangan untuk sebarang kerosakan yang dialami kenderaan anda disebabkan pihak ketiga. Anda tidak perlu membayar kos kerosakan motosikal. Ini membantu anda daripada terlibat dengan masalah kewangan.

Pelindungan Daripada Kecurian

Statistik untuk kes kecurian motosikal adalah membimbangkan. Selama bertahun-tahun, kes melibatkan kecurian motosikal adalah lebih tinggi berbanding dengan kecurian kereta. Sebagai contoh, sebanyak 6,502 buah motosikal telah dicuri pada tahun 2015. Ini merupakan satu jumlah yang besar. Polisi insurans motosikal akan memberikan pelindungan daripada kecurian. Jika anda telah melakukan segalanya yang termampu untuk menjaga motosikal anda dan ia tetap dicuri, anda boleh mendapatkan pelindungan kewangan.

Join Fincrew Official Youtube Channel

Sekaranglah Masa Untuk Mendapatkan Insurans Motosikal

Jika anda merupakan seorang pemilik motosikal, sekaranglah masa untuk anda mendapatkan polisi insurans. Mengapa anda perlu mengambil risiko untuk membayar denda jika polis menahan anda menunggang tanpa mempunyai dokumen yang sepatutnya? Insurans motosikal juga merupakan salah satu jaminan keselamatan. Anda akan berasa lebih tenang kewangan anda dilindungi sekiranya motosikal anda dicuri. Selain itu jika kemalangan yang dialami oleh anda itu adalah disebabkan oleh kecuaian pihak ketiga, anda tidak perlu membayar sebarang ganti rugi. Pastikan anda mendapatkan polisi insurans yang sesuai dengan keperluan anda dan anda boleh menunggang motosikal anda itu tanpa perlu risau tentang denda dan juga masalah kewangan!

Leave a Reply